Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Tersinggah Restoran Aroi Thai… Best rupanya makan kat sini… Menu macam Boat Noodle..

June 28, 2018 by Admin 3 Comments

Spread the love

Minggu lepas aku tersinggah di restoran Aroi Thai kat Ayer@8 Putrajaya. Niat asalnya nak makan kat restoran Tom Yam Kung tapi restoran tu tutup pulak. Kemain beraya sakan korang eh.. Aku dah la tak tahu port makan lain kat Putrajaya tu..

Sebenarnya banyak lagi kedai makan kat Ayer@8 yang mengadap tasik tapi aku nak elakkan pergi area situ sebab situ ada banyak tarikan untuk budak-budak. Kat situ la yang ada kereta lampu kayuh yang cantik-cantik tu… Kang tak jadi nak makan, dok melayan si Akiff dengan Azif jer…

Masa pusing-pusing situ ternampak kedai makan Aroi Thai. Mulanya aku ingatkan macam kedai Tom Yam Kung tapi rupanya konsep kedai ni macam Boat Noodle.. Korang yang pernah makan kat Boat Noodle mesti tahu kan…

Menu utama kat sini adalah 3 jenis noodle iaitu chicken, beef dan tomyam soup… Kalau korang datang sini wajib order noodle ni tau… Serius sedap…

Tapi aku lagi suka yang tomyam soup… Pedas sikit, mungkin tak sesuai untuk bebudak. Nak yang tak pedas order noodle ayam atau daging, tapi yang makan pedas boleh tambah chili flakes yang ada atas meja tu..

Pulut mangga pun ada tapi ntah macam mana aku tak perasan ada menu tu. Kalau tak mesti aku order jugak.. Hahaha… Harga semuanya sama jer iaitu RM1.90 semangkuk. Kecuali side dish dan jugak air… Hari tu aku order air Thai Tea, tak kow sangat tapi sedap jugak laa… Abah aku dengan Miss Permaisuri order air lemongrass. Abah kata air tu sedap tapi Miss Permaisuri kata tak sedap. Hehehe… Ikut tekak masing-masing laa…

Kitorang hari tu 5 dewasa, total order adalah 40 mangkuk… Giler wehhh… Hahaha… Bukan orang yang order tapi nafsu yang order… Terkejut abah aku sebab waitres berulang-alik dok hantar menu yang kitorang order. Sampai penuh meja.

Ni aku nak pesan, korang jangan ikut perangai macam kitorang ni. Order 2 mangkuk jer dulu untuk setiap sorang, lepas tu baru order tambah lepas dah habis makan. Servis kat sini laju jer, tak sampai seminit lepas order tambah diorang dah hantar.Bila dah jadi macam kitorang ni, hujung-hujung tu noodle dengan nasi pun dah sejuk. Masuk restoran ni macam masuk kedai RM2. Sebab menu tu kan murah, jadi bila order tu jadi tak beringat. Sudahnya bila sampai bil jenuhhhh nak bayar. Hahaha… So, pastikan masa order tu kawal nafsu korang.

Portion setiap mangkuk agak banyak. 2 atau 3 mangkuk dah mencukupi untuk seorang makan. Itu kalau orang yang macam aku la…

Bagi aku menu yang berasaskan nasi tak sedap sangat. Bukan aku jer yang kata tak sedap, kakak aku dengan Miss Permaisuri pun cakap tak sedap. Tapi kitorang sebulat suara sependapat yang noodle kat sini memang sedap.

Kalau tanya aku nak datang lagi tak? Ehh mesti laa… Tak sabar pulak nak repeat makan kat sini lagi. Bagi aku harga dan menu memang sangat berbaloi.. Korang pergi la cuba. Kalau tak silap aku, ada cawangan kat tempat lain jugak.

Filed Under: Food, Personal, Review Tagged With: aroi thai, ayer@8, boat noodle, food, Food Review, Tempat Makan

« Design dan tempah tshirt custome made secara online dengan Printcious
Viral kisah ibu bapa tak peduli anak ketika beraya di rumah orang »

Comments

  1. Sheila Adziz says

    June 28, 2018 at 7:04 pm

    yuhuu… sedap n murah giler… mesti la rabun mata sy nk pilih mee apa

    Reply
  2. IQ aka Izyan Balqis says

    July 3, 2018 at 2:38 pm

    IQ makan aroi thai dekat utropolis glenmarie, best! suka macam banyak2 macam tu, boleh rasa semua! heheeheh

    Reply
  3. Dkna Abza says

    July 13, 2018 at 7:41 pm

    Tamaknya koooo… 40 mangkuk hahah

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Semua dah beli masa promosi keperluan sekolah di Pusat Pakaian Hari Hari.
  • NextGen, playground theme park yang sesuai untuk sekeluarga.
  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
  • Bukit Gambang Water Park kembali dibuka untuk orang ramai selepas PKP
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative