Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Azif tercekik tulang ikan. Susah nak ikut petua yang ada sebab dia taknak buka mulut.

July 18, 2018 by Admin 9 Comments

Spread the love

Semalam masa makan malam agak kecoh jugak kat rumah sebab si Azif tercekik tulang ikan. Masa tu aku dengan Akiff dah habis makan dah. Tinggal Miss Permaisuri jer tengah temankan si Azif makan.

Menu semalam ikan cencaru belah belakang, ayam masak kicap dengan telur mata. Menu telur tu macam dah wajib kena ada sebab bebudak ni kalau ada menu lain pun tetap request nak telur.

Masa makan semalam, Miss Permaisuri dan cubitkan lauk ikan untuk si Azif. Ntah macam mana ada jugak terlepas tulang ikan. Tiba-tiba Azif macam nak muntah tapi tak muntah. Rupanya tulang ikan tercekik kat kerongkong dia.

Gelabah jugak la aku bila dalam situasi macam tu. Tindakan pertama adalah ambik air suruh dia minum dengan harapan air tu dapat tolak tulang ikan tu masuk dalam. Tapi Azif tak nak minum air. Miss Permaisuri kepalkan nasi dan suruh Azif telan. Pun tak nak jugak, dia luah balik nasi yang kitorang sumbat dalam mulut dia. Dalam situasi macam ni, bila dia tak bagi kerjasama terus sumbat jer. Hahaha…

Azif masih lagi nangis dan macam nak muntah tapi tak muntah. Aku terus jolok mulut dia dengan jari then baru dia muntah. Tapi tulang tu masih kat situ.

Lepas tu Miss Permaisuri teringat pasal minyak angin yang kitorang beli kat kg. Mak pernah cakap yang minyak tu bagus kalau tercekik tulang. Sapu jer kat tekak, nanti ok la… So, kitorang just cuba jer la sebab dah tak tahu nak buat macam mana lagi dah.

Kat label botol ni memang ada tulis untuk kegunaan tercekik tulang. Dah lepas sapu minyak tu, dengan izin Allah baru nampak si Azif ok sikit. Pastu aku tanya dia nak makan apa-apa tak? Dia kata nak ais krim. Kemain kan ambik kesempatan. Hahaha…

Terus aku bergegas keluar pergi beli ais krim kat 7Eleven. Haaa lepas habis jer makan ais krim, si Azif ni cakap “ehh tulang dah takde laa… dah hilang” Hahaha… Sabor jer la aku… Gelabah setengah jam semalam. Kalau tak ok jugak memang nak terus ke klinik jer.

Kalau anak tercekik tulang, korang jangan panik macam kitorang. Boleh cuba beberapa petua di bawah kalau si kecil boleh bagi kerjasama.

  1. Nasi
    Ini adalah petua yang biasanya diamalkan. Kepalkan nasi menjadi bebola kecil dan telan perlahan-lahan supaya tulang yang terlekat dapat ditolak bersama nasi.
  2. Roti
    Masukkan roti di dalam mulut dan kemam untuk seketika. Apabila roti tersebut kembang, telan roti tersebut perlahan-lahan.
  3. Pisang
    Gigit pisang mengikut saiz yang berpadanan dan telan pisang tersebut perlahan-lahan.
  4. Garam
    Masukkan sedikit garam ke dalam secawan air suam dan minum sekerap mungkin sehingga tulang tidak lagi melekat pada tekak.
  5. Minyak Zaitun
    Minum satu sudu teh minyak zaitun. Teksturnya yang licin boleh membantu mengeluarkan tulang ikan dengan mudah.
  6. Madu
    Celupkan jari ke dalam madu dan selawat sebanyak 3 kali dan hisap jari tersebut.
  7. Air suam
    Cara lain yang boleh dicuba oleh orang Muslim ialah dengan menggunakan air suam. Sebelum diminum, selawat sebanyak 3 kali dan minum hingga habis.
  8. Kaedah rawatan doa.
    Bacakan doa ini sambil mengurut bahagian halkum. Ulangi sebanyak 3 kali sehingga 7 kali bacaan.

Tapi petua-petua ni adalah rawatan kecemasan di rumah. Kalau masih berlanjutan kena dapatkan rawatan susulan dari klinik atau hospital dengan segera sebab risau ada luka dan boleh menyebabkan jangkitan.

Filed Under: Family, Info, Parenting, Personal, Tips Tagged With: anak tercekik tulang, Parenting, petua, Petua tercekik tulang, tercekik tulang, tips parenting

« Shopee belanja tengok game final World Cup di GSC, 1 Utama
GSC bukan untuk tayangan movie sahaja tapi lebih dari tu… »

Comments

  1. Perdu Cinta says

    July 18, 2018 at 7:06 pm

    Nak amalkan petua ni di rumah sekiranya tercekik tulang untuk yang dewasa mungkin agak mudah..tetapi sekiranya terjadi pada kanak-kanak agak mencabar juga…lebih-lebih lagi kalau kanak-kanak atau anak-anak terus nangis dan tutup mulut rapat…Allahu.

    Reply
    • Zanita says

      November 4, 2020 at 12:59 am

      Tau sis anak sy baru jak tadi tercekik tulang rasa mau mati separuh jiwa ni… Allahu Akbar…sy jolok punya jolok tulang tu dan terus tarik…ank umur 2 tahun…satu inci besar dia dan lebar tulang tu…tak tau la mybe cedera jg mulut anak kat dlm tu…jnji tulang tu keluar…bhya kan

      Reply
  2. mrhanafi says

    July 18, 2018 at 7:44 pm

    saya kalau tercekik tulang makan buah pisang..

    in sha Allah mudah je tulang tu kan berlalu pergi..

    kesian juga kat anak kecik bila insiden seperti ni..

    Reply
    • Aniss says

      July 2, 2019 at 3:13 pm

      Saya tercekik tulang ikan. Gelabah juga sbb tinggal rumah sorang2. Lepas minum air banyak tapi tulang tak keluar juga, last2 saya ambik 3 biji kita, selamat 3 kali, kunyah sikit kurma dan telan. Alhamdullilah dah hilang tulang ikan. Kawan2 boleh try cara ni. Semoga Allah permudahkan urusan semua.

      Reply
  3. Suria Amanda says

    July 18, 2018 at 10:03 pm

    Bab mintak eskrem tu akak gelak…adoi..sure panik kalau anak tercekik tulang..Dania dulu masa umur setahun tercekik kacang..apak eh pandai sgt bg kacang..cuak kejap..

    Reply
  4. cik nor says

    July 19, 2018 at 8:58 am

    good sharing lan

    Reply
  5. Anjasmara says

    November 4, 2018 at 6:28 pm

    SAYA JUGA PERNAH ALAMI NI… di blog saya juga ada kongsikan pengalaman saya & cara atasi bila tercekik tulang ikan, semoga bermanfaat buat semua, in syaa Allah. Baca Di LINK >> http://anjasmara-abdul-razak.blogspot.com/2016/04/apa-nak-buat-kalau-tercekik-tulang-ikan.html

    Reply
  6. NURUL FARHANY BINTI RAZI says

    January 23, 2021 at 2:16 am

    minyak tu kat mana ada jual ye…sy nk beli

    Reply
    • Admin says

      January 27, 2021 at 2:30 pm

      myk tu sy bli kat kg.. tp dah xde org jual dah sbb org yg buat myk tu dah meninggal…

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
  • Bukit Gambang Water Park kembali dibuka untuk orang ramai selepas PKP
  • Tak susah pun pasang wall panel sendiri. Follow jer tutorial aku ni. Memang nice terokk.
  • Menginap di boutique hotel, Penang. Ada bathtub depan katil.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative