Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Klinik Kesihatan Bandar Tun Hussien Onn baru dibuka. Besar dan selesa..

July 27, 2018 by Admin 7 Comments

Spread the love

Yeaa akhirnya Klinik Kesihatan Bandar Tun Hussien Onn dah dibuka kepada penduduk sekitar.. Lama dah aku tunggu pembukaan klinik ni, sejak dalam pembinaan lagi. Klinik ni dekat sangat dengan rumah aku. Jalan kaki dalam 10 minit sampai.

Dulu pernah cakap kat Miss Permaisuri nanti kalau mengandung lagi senang sikit chekup dekat sini. Takyah pergi Klinik Kesihatan Batu 9 sana. Kat sana dah la jauh dari rumah, kecik dan sesak. Paling stress bab parking sebab sana takde parking.

Sekarang dah bukak klinik kesihatan baru ni lagi senang nak berurusan. Baru-baru ni si Akiff demam, kitorang belum pernah bawak anak ke klinik kesihatan kalau demam. Ni 1st time cuba, takde la lama sangat servisnya. Sejam lebih jer. Masa tu kitorang datang petang.

Hari ni aku pergi lagi ke situ, kali ni bawak si adik Azif pulak. Semalam asyik muntah-muntah kat rumah. Kali ni lama sikit servisnya, hampir 2 jam baru settle semua. Orang agak ramai tapi mujur banyak petugas dan bilik dibuka.

Best weh.. Teruja pun ade sebab free jer. Hehehe.. Kalau tak, melayang RM50 ke atas setiap kali bebudak ni demam. Habis la sales klinik-klinik swasta sekitar Bandar Tun Hussien Onn jatuh.

Servis klinik kerajaan pun dah bagus sangat. Klinik pun besar, bersih dan system yang digunakan pun agak teratur. Kerusi menunggu pun banyak.

Parking so far nampak mencukupi. 2 kali aku pergi memang ade jer parking. Cuma ada beberapa perkara yang aku boleh cadangkan kat sini. Letakkan vending mesin kat kawasan klinik dan pasang tv dengan siaran kartun. Playground area memang dah ade dan terima kasih sangat sebab sediakan kawasan berbumbung untuk playground.

Korang yang nak cari kat mana lokasi Klinik Kesihatan Bandar Tun Hussien Onn, boleh cuba waze kalau ada. Lokasi klinik ni adalah ditengah antara stesen minyak Petronas Bandar Tun Hussien Onn dan jugak Sek Men Keb Bandar Tun Hussien Onn.. Tak susah pun nak cari.

Waktu beroperasi di klinik ni adalah dari pukul 8 pagi – 5 petang setiap hari. Sabtu, ahad dan hari cuti umum diorang tutup. Antara kemudahan perubatan yang disediakan kat sini:

  • Klinik Rawatan Pesakit Luar
  • Klinik Kesihatan Ibu dan Anak
  • Klinik Pergigian
  • Perkhidmatan Rawatan Kecemasan
  • Perkhidmatan Patalogi (makmal)
  • Pengimejan dan Diagnostik (x-ray)
  • Perkhidmatan Rehabilitasi / Fisioterapi
  • Klinik berhenti merokok
  • Kaunseling pemakanan

Nampak kan begitu banyak servis yang disediakan kat sini. Harap kakitangan pun mencukupi.

No telefon Klinik Kesihatan Bandar Tun Hussien Onn : 03-9081 0266

Klinik Kesihatan Bandar Tun Hussein Onn
Tun Hussein Onn, 43200 Cheras 9 Miles, Selangor
03-9081 0266

https://goo.gl/maps/fsjppBAEmCF2

Loading

Filed Under: Info, Personal, Servis Tagged With: bandar tun hussien onn, klinik bandar tun hussien onn, klinik kesihatan, Klinik kesihatan bandar tun hussien onn, no telefon klinik kesihatan bandar tun hussien onn

« Resepi bubur durian mak… Lain-dari lain tapi mudah dan sedap.
Jom masuk Bangi Wonderland PERCUMA sempena kempen Gempak Merdeka bersama selebriti. »

Comments

  1. Faizal Kacak says

    July 31, 2018 at 1:14 pm

    wah bestnya….tp tetap x suka gi klinik melainkan bila betol2 perlu

    Reply
  2. Natasha says

    December 10, 2018 at 2:30 pm

    Kalau nak dpt injection tifoid ada tak?

    Reply
  3. ain says

    February 26, 2019 at 9:58 am

    kalau hiv test masa dia bila n hari apa

    Reply
  4. Sistem busuk says

    October 24, 2019 at 12:41 pm

    Besar tapi sistem mcm org kampung. Sapa dia capai buku dulu, dia siap walaupun sy datang appointment pukul 8am. Jam 7 dah terpacak kat kk lahanat ni

    Reply
  5. SK says

    August 14, 2020 at 8:11 pm

    Dr. Nurul Ain Binti Hamdan sungguh baik. Dia buat pepriksaan dengan tiliti dan lengkap. Dia terangkan keskitan dengan jelas dan kepuasan hati saya Jika ada markah saya bagi Dr Nurul 10/10. Saya harap semua Doktor kerajaan mengikuti tauladan dia. Syabas Dr Nurul. Dr ada kepeluang baik di hadapan dr.

    Reply
  6. Ika says

    August 17, 2020 at 3:42 pm

    Kol tk pernah nak jawab!! Servis Bad

    Reply
  7. Shah says

    June 11, 2021 at 8:52 am

    tadi saya baru call…tak berjawab…dah agak dah…sibuk

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Masuk usia 40an dah kena pakai cermin mata, tanda-tanda rabun dekat makin ketara.
  • Semua dah beli masa promosi keperluan sekolah di Pusat Pakaian Hari Hari.
  • NextGen, playground theme park yang sesuai untuk sekeluarga.
  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative