Kalau dulu harga durian dijual ikut longgok. Selonggok RM10 atau sebakul RM10. Tapi sekarang harga durian dijual ikut timbangan berat. Dulu kita hanya kenal durian kampung, durian kahwin, durian siam. Tapi sekarang durian dah ada macam-macam nama. Ada durian musang king, udang merah, ioi, xo, D24 dan banyak lagi.
Nak rasa aneka durian terbaek dari ladang korang boleh pergi kat DurianBB Park kat Jalan Imbi. Aku dah try situ, memang terbaek tapi dulu harga mahal namati sebab belum musim lagi. Tapi sekarang dah murah sebab harga durian situ ikut harga pasaran.
Baru-baru ni aku berpesta durian kat office dengan kengkawan ofic. Tapi takde la makan kat dalam office, kitorang makan kat kawasan parking. Makan ramai-ramai best. Pantang nampak durian isi kuning, semua berebut nak. Hahaha…
Paling best sebab ramai yang outstation dan ada meeting kat luar. Itu yang tak ramai sangat, dapat la makan puas-puas. Hahaha… Siap ada yang tapow lagi.
Kitorang berkendurian masa lunch, terpaksa aku skip makan tengah hari. Aku memang hantu durian tapi compare dengan officemate yang lain, diorang lagi hantu dari aku. Hahaha…
Terima kasih hamba Allah yang belanja durian hari tu. Semoga murah rezeki hendaknya.
Makan durian ada banyak tips dan petua orang dulu-dulu. Meh aku nak kongsikan beberapa petua berkaitan durian.
- Durian boleh menyebabkan badan terasa panas. Jadi, minum air kosong yang diletakkan dalam kulit durian untuk menyejukkan badan.
- Cara yang sama juga boleh digunakan untuk menghilangkan bau mulut selepas makan durian dengan kumur air kosong dari bahagian dalam kulit durian.
- Alirkan air ke atas duri kulit durian untuk membasuh tangan bagi menghilangkan bau durian di tangan.
- Untuk menghilangkan bau durian di dalam pejabat, rumah atau kereta. Letakkan arang atau roti untuk menyerap bau durian. Atau boleh juga bancuh secawan kopi panas dan biarkan di atas meja supaya bau durian hilang.
- Biasanya penjual durian juga ada menjual manggis. Jadi selepas makan durian, jangan lupa makan juga buah manggis sebab buah manggis dapat menyejukkan badan selepas makan durian.
Rugi siapa yang tak makan durian kan sebab buah durian mengandungi banyak khasiat yang baik untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Ini kerana buah durian mengandungi vitamin A,C,E,B1,B2, Kalsium, Protein, Serat, Karbohidrat, Kalium, dan Fosforus.
Antara khasiat durian adalah mengubati insomnia, menguatkan tulang dan gigi, mengawal keseimbangan gula dalam badan, merawat anemia, mencerah dan mencantikkan kulit.
Tapi walaupun durian banyak khasiatnya tapi jangan makan secara berlebihan dan tak terkawal tau. Nanti sakit lain pulak yang datang.
Leave a Reply