Hari raya pertama baru-baru ni si Azif kuat sangat tantrum. Rupanya tu petanda yang dia nak demam. Malam raya pertama tu aku nampak ada beberapa bintik kat bahagian kaki dia. Masa ni aku belum syak apa-apa lagi.
Pagi raya kedua baru nampak ketara ada bintik-bintik berair mula keluar kat beberapa bahagian badan dia. Yang paling banyak kat area kaki. Badan dan tangan ada sikit jer. Tapi kat muka takde langsung. Mujur gak sebab kalau naik kat muka habis la hilang muka korea dia tu.
Sekarang kan ada cuti kuarantin khas untuk ibu bapa yang anak kena penyakit berjangkit, so dapat la aku cuti raya extra seminggu lepas doktor dah sah kan yang bintik-bintik kat badan Azif tu memang demam campak. Ubat yang biasa klinik atau hospital bagi adalah ubat demam, ubat tahan gatal dan krim sapu calamine lotion.
Selain ubat hospital, aku ada jugak ikut petua orang dulu. Biasa la kan bila dah kat kampung, orang tua mesti suruh mandikan dengan daun semambu, tido beralaskan daun semambu dan letak bedak sejuk.
Nasib baik kat kampung senang nak dapat daun semambu, kalau kat KL ni memang susah la. Tapi bagusnya sekarang sebab dah ada produk yang berasaskan daun semampu untuk masalah kulit macam demam campak ni iaitu Pinetarsol.
Pinetarsol adalah larutan antiseptik pengganti sabun yang efektif membunuh kuman serta membantu mengurangi gatal dan kemerahan pada kulit termasuk biji-biji akibat demam campak. Ada beberapa pilihan produk Pinetarsol seperti sabun, gel dan spray. Kebanyakan farmasi dah ada jual produk ni.
Okeh ni aku nak share petua yang boleh korang amalkan bila anak disahkan demam campak.
- Dapatkan pengesahan doktor.
- Minum air kelapa untuk keluarkan saki baki bintik-bintik yang ada dalam badan.
- Gunakan daun semambu untuk mandi dan bilas dengan air bersih.
- Ketika mandi, gunakan sabun berasaskan daun semambu. Jika tiada, tak perlu sabun pun takpe.
- Keringkan badan dengan tuala bersih. Jangan berkongsi tuala.
- Sapu bahagian terlibat dengan calamine lotion atau boleh gunakan spray Pinetarsol.
- Masukkan daun semambu yang telah dibersihkan dalam kain batik dan jadikan alas ketika tidur.
- Kerap mandi sebab badan perlu sentiasa bersih dan tidak berpeluh untuk mengurangkan gatal.
- Jangan garu, makan ubat tahan gatal yang dibekalkan jika perlu.
- Elakkan makan makanan yang boleh membuatkan gatal seperti seafood.
- Kurangkan aktiviti luar dan elakkan cuaca panas yang boleh menyebabkan badan berpeluh.
Haa itu jer yang aku nak share. Alhamdulillah, demam campak Azif baik sepenuhnya dalam masa seminggu. Dalam tempoh tu kena jaga betul-betul sebab demam campak sangat mudah berjangkit terutamanya masa bintik-bintik kat badan tu mula kering dan gugur.
Leave a Reply