Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Resepi bubur durian mak… Lain-dari lain tapi mudah dan sedap.

July 25, 2018 by Admin 2 Comments

Spread the love

Musim durian datang lagi tapi tahun ni harga durian betul-betul jatuh paras terendah. Ada tempat yang jual sebiji RM1. Giler murah. Member aku siap beli 50 biji sampai penuh bonet keter pastu agih-agihkan kat jiran-jiran… Terbaek bro!

Musim durian kali ni aku tak membeli sangat walaupun murah. Dalam rumah aku hanya aku sorang jer yang hantu durian, Miss Permaisuri dengan anak-anak tak sangat. Diorang kalau takde durian pun takpe, kalau ade diorang makan tapi sikit jer.

Baru-baru ni aku teringin nak makan serawa durian atau bubur durian versi mak. Cicah dengan roti, perghhhh terbaek! Serawa durian resepi mak aku memang sedap giler. Walaupun aku boleh jer buat sendiri sebab resepi ni mudah jer tapi sebab dah ada bini mesti la nak bini yang masakkan. Hehehe…

So, Miss Permaisuri pun masakkan bubur durian versi mak aku punya. Kali ni aku nak share dengan korang pulak kot ade yang nak cuba.

Bahan-bahan

  • Isi durian
  • Santan (tak nak santan kotak)
  • Susu cair
  • Susu pekat
  • Gula & garam
  • Sagu (direndam)
  • Daun pandan (disimpul)

Cara-caranya

  • Masukkan isi durian yang telah diasingkan dari biji ke dalam periuk. Tapi boleh jugak masukkan sekali beberapa ulas durian beserta dengan biji. Menarik sikit kalau ada biji durian tapi jangan banyak sangat.
  • Masukkan santan. Banyak mana korang kena agak-agak jer. Berpadanan dengan isi durian. Jangan pulak santan banyak tapi isi sikit jer. Aku andaikan kuantiti santan tu mesti meneggelamkan isi durian.
  • Buka api kecil dan gaul. Sambil tu boleh masukkan biji sagu yang telah direndam tadi.
  • Bila dah nampak santan dan durian tergaul sebati, campurkan susu cair. Kuantiti pun main agak-agak jugak. Hahaha… Maaf lah yer sebab mak aku bagi resepi pun semua cakap agak-agak jer. Tapi nak ingatkan yang kuantiti susu cair tu tak sampai separuh dengan kuantiti santan tadi. Maksudnya, kalau santan tu 5 cawan, susu cair 2 cawan jer.
  • Kemudian masukkan sedikit susu pekat, gula dan garam. Yang ni pun main agak-agak jer. Masukkan sikit-sikit lepas tu rasa. Dan jangan lupa masukkan daun pandan untuk bau harum yang memikat. Hehehe…
  • Gaul sehingga mendidih. Siap!!!!

Senang jer kan… Cuma special resepi mak aku ni sebab ada susu cair. Rasanya lebih manis dan lemak berkrim. Tapi sebenarnya, faktor penentu serawa durian korang sedang ke tak adalah isi durian tu. Kalau guna durian yang sedap maka bertambah sedap lah bubur durian korang. Selamat mencuba guys!

Loading

Filed Under: Food, Info Tagged With: Durian, resepi bubur durian mudah dan sedap, resepi durian, resepi serawa durian mudah dan sedap, Resipi bubur durian, resipi durian, resipi serawa durian

« Pesta durian di office… Cuba amalkan petua ini selepas makan durian…
Klinik Kesihatan Bandar Tun Hussien Onn baru dibuka. Besar dan selesa.. »

Comments

  1. sueizza says

    July 27, 2018 at 6:08 am

    boleh try ni..macam sedappppp je

    Reply
  2. Ksjb @ kerjasendirijb says

    August 3, 2018 at 5:49 pm

    Durian dah ada, tinggal nak try buat dan try rasa je.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Siap! Tak yah fikir lagi pasal keperluan sekolah anak-anak.
  • Program Rancakkan Madani Bersama Malaysiaku patut dijadikan acara tahunan
  • Rabun Pun Ada Gaya – Misi Tukar Cermin Kat Eye Pro Vision, Sungei Wang
  • Tiada tajuk yang sesuai. Hanya nak bercerita.
  • Beli Keperluan Sekolah Awal di Pusat Pakaian Hari-hari.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2026 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative