Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Shopee belanja tengok game final World Cup di GSC, 1 Utama

July 18, 2018 by Admin Leave a Comment

Spread the love

Dah habis dah musim demam bola World Cup. Team pilihan aku dari dulu lagi semestinya Argentina tapi sebab dah out awal, aku support Portugal pulak sebab ada Ronaldo. Hehehe… Punnnn tak dapat pergi jauh. Aku bertukar kepada Belgium pulak. Hahaha… Layan bola ni kena ada pasukan pilihan. Tengok kosong macam tu jer ko takkan dapat rasa keterujaan tu.. Macam mana nak bersorak kalau takde pasukan pilihan…

Semi final World Cup hari tu game awal pagi, pukul 2 pagi wehhh. Dua-dua game aku tengok walaupun esoknya kejer. Tapi itu la, layan sengsorang jer kat rumah. Sunyi sepi jer tengok game. Nak jerit tak boleh, nak bersorak tak boleh. Anak-anak tengah tido. Hehehe…

Aku dah plan nak tengok Final World Cup dengan kawan-kawan kat mamak. Baru la meriah bila tengok ramai-ramai. Tapi tiba-tiba pulak Shopee jemput untuk Grand Final Viewing Party di GSC 1 Utama. Perghhh… 1st time layan game bola kat panggung wayang.

Sedondon kitorang malam tu sebab takde jersey nak pakai… Gigih tau beli baju World Cup Russia 2018. Hahaha… Rasanya dalam hall hari tu kitorang yang paling bising dan kecoh.

Sebenarnya lebih 200 penyokong bertuah yang mengundi dalam pencarian Pasukan Bola Sepak Kegemaran Malaysia menerusi Kempen Demam Bola Shopee telah dijemput menghadiri event match view ni.

Kempen Demam Bola anjuran Shopee ni telah dilancarkan khas untuk meraikan semangat cintakan sukan bola sepak dan sebagai sokongan terhadap usahasama Shopee dengan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Kalau nak tahu, tiket Shopee Piala FA Malaysia dan Liga Super Malaysia telah terjual lebih 20,000 tiket menerusi kedai rasmi MFL. Fuh terbaek…

Masa dalam hall GSC hari tu, Shopee ada buat kuiz dan cabutan bertuah masa permainan tengah berehat untuk menunggu separuh masa kedua. Dan aku rasa sungguh bertuah sebab terpiilh untuk memenangi hadiah utama iaitu sehelai Jersey France. Hehehe… Sorry guys. Next time mungkin rezeki korang pulak…

Mujur malam tu game tak berlanjutan ke masa tambahan atau sepakan penalty. Kalau tak mesti lagi lambat habis game. Aku sampai rumah pukul 3 pagi hari tu. Apa pun thanks Shopee sebab bagi peluang ni. Harapnya lepas ni ada lagi event yang menarik macam ni.

www.shopee.com.my
Facebook ShopeeMY

Filed Under: Event, Sport Tagged With: Event, GSC, Shopee, world cup 2018

« Kepelbagaian menu menarik dengan konsep hipster di Whip and Whisk Bake Shop & Cafe.
Azif tercekik tulang ikan. Susah nak ikut petua yang ada sebab dia taknak buka mulut. »

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
  • Bukit Gambang Water Park kembali dibuka untuk orang ramai selepas PKP
  • Tak susah pun pasang wall panel sendiri. Follow jer tutorial aku ni. Memang nice terokk.
  • Menginap di boutique hotel, Penang. Ada bathtub depan katil.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative