Sedapnya kalau dapat pekena cendol sedap lebih-lebih lagi cuaca panas macam sekarang ni. Aku bukan peminat cendol tapi kalau ada, aku makan jer.
Baru-baru ni aku dengan family mertua buat food hunting sekitar Penang. Awal pagi kitorang ke Transfer Road untuk try roti bakar telur goyang. Orang beratur panjang giler kat warung tu, terpaksa kitorang beralih ke warung lain kat area situ jugak. Boleh baca previous entry aku pasal roti bakar transfer road.
Next destination kitorang adalah cendol paling popular di Penang yang terletak di Penang Road iaitu Teochew Chendul.
1st time sebenarnya aku sampai kat sini dan seperti biasa trademark kedai makan popular kat Penang ni semestinya kat celahan bangunan.
Korang boleh nampak lukisan lelaki tengah makan cendol kat dinding bangunan ni. Seperti dijangka, ramai giler orang beratur tapi kat sini tak risau sangat sebab servis diorang laju. Beratur panjang pun tak terasa sangat…
Kitorang sampai sini waktu tengah hari. Cuaca tengah panas terik. Memang ngam sangat pekena cendol. Mulanya aku pun beratur sama macam orang lain, tapi adik ipar aku kata kalau ada meja kosong kat dalam pergi duduk jer dan order. Tak yah susah-susah beratur.
Ooo.. Boleh main order jer rupenyer. Tak sampai 5 minit diorang dah bawakkan cendol. Sedap wehhh… Aku yang bukan peminat cendol pun boleh akui cendol ni sedap.
Nampak tak si Azif pun pulun. Tapi tak habis pun semangkuk die sorang. Ais kisar yang digunakan agak halus, tak manis sangat, berlemak dan sesedap rasa.
Sijil halal rasanya memang takde tapi diorang faham dan sensitif jugak tentang keperluan halal kita. Ada jugak aku nampak beberapa staff dia yang berbangsa melayu sebagai pelayan ambik order. Kalau korang rasa was-was lebih baik jangan cuba.
Korang boleh nampak pelbagai bangsa ada makan kat sini.. Mungkin bagi sesetengah orang agak sensitif untuk makan kat tempat macam ni.. Cendol kat sini dah beroperasi sekian lama dan sememangnya jadi tumpuan semua kaum.
mamatisya says
cuaca panas dpt cendol mmg best
Jim says
Sijil halal takde rasanya. Tapi mereka faham soal halal . baik nya statement. Mencari yg halal tak susah.. haram pun tak susah. Tanya diri jangan sampai perbuatan menghalalkan cara.
Suria Amanda says
Kena pi makan kat sini jugak nanti ni..sebab yg franchais kat KL dalam mana2 mall x berapa ummphh laa…
Anon says
Setuju… Halal bukan hanya pada bhn yg digunakan tp juga kena tgok samaa ada peralatan & pengendaluan tak bercampur dgn benda2 haram.
Sedih tgok dewasa ini ramai a0mbil mudah psl perkara ni. Asalkan famous/viral menyonyong yg islam pergi makan.
Abang Pie says
SERVE NO PORK pun ramai Melayu bertudung pi makan. Memang la diorang tak hidang daging babi. Tapi ramuan/ingredients pada bahan masakan kita tak tahu. Bahan masakan seperti kicap kadang2 ada mengandungi lemak babi atau wine/alkohol mereka gunakan
Tasha says
Usually orang Islam local mmg tak makan sini. Mungkin sebab marketing viral tourists rasa teringin.
Berhati hati ya
Admin says
Ye ker? tmpt ni better dari nasi kandaq yg famous amos tu…