Farm In The City yang terletak di Sri Kembangan, Kuala Lumpur telah diiktiraf oleh Malaysia Book Of Record sebagai petting zoo yang memiliki paling banyak species haiwan ternakan yang dipamerkan.
Serius berbaloi datang bawa anak-anak ke sini. Ni kali ke-4 aku bawak Akiff dan kali pertama untuk Azif. Kali terakhir ke Farm In The city tahun 2015 dulu..
Korang tahu kan yang kat sini adalah petting zoo. Bukan macam zoo biasa tu. Kalau nak tengok haiwan liar dan ganas macam harimau, singa, beruang, gajah, buaya dan lain-lain tu, korang kena pergi tengok kat zoo. Kat petting zoo ni hanya ada haiwan-haiwan yang boleh dipelihara, dimain dan dibelai.
Konsep Farm In The City adalah Typical Malaysian Kampung. Suasa dan persekitaran kat sini sebijik macam kat kampun. Walaupun cuaca panas tapi takde la terasa terik sangat sebab dikelilingi pokok.
Baru-baru ni aku dengan geng-geng blogger sekali lagi datang ke Farm In The City selepas beberapa tahun. Sebelum masuk kitorang sempat main permainan tradisional yang disediakan kat situ. Ehh dulu takde pun permainan ni. Ni antara benda baru yang ada kali ni.
Ada 3 jenis permainan kat sini. Boling kelapa, teng teng dengan baling bola ape ntah. Yang baling bola tu aku sendiri pun tak pernah main sebelum ni.
Oh yaaa.. Harga tiket masuk Farm In The City dah berubah. Dah mahal sikit dari beberapa tahun lepas tapi still worth it untuk bawak family. Harga terkini macam kat bawah ni. Dewasa RM37, kids RM30..
Kanak-kanak kurang 90cm masuk percuma. Tapi si Azif dah terlebih beberapa cm. Alahai cepatnya membesar..
Okeh jom tengok apa yang menarik dalam tu. Gambar-gambar kali ni menggunakan phone Huawei P10. Malas pulak nak usung DSLR..
Haiwan kat sini kebanyakannya dilepaskan bebas tapi masih dalam kandang yang luas. Jadi laluan kite kena melalui kandang-kandang tersebut.. Kita boleh bagi makan, berselfie, berpelukan dengan haiwan-haiwan yang ada.
Part kambing dengan rusa tu agak cuak sebab bila nampak jer kite pegang makanan, die sendiri akan datang dekat mintak makanan. Siap gesel-gesel dengan kita.
Kemudian ada juga melalui sangkar burung yang besar. Ada banyak spesis burung kat situ, itik dengan ayam pun ada. Burung-burung cantik dan comel ni pun korang boleh bagi makan. Letak jer makanan kat tapak tangan then diorang datang makan.
Makanan untuk kura-kura, kambing, rusa, arnab, burung dan lain-lain yang ada kat situ tak perlu dibeli. Mintak jer dengan staff yang bertugas kat situ. Cuma makanan ikan jer kena beli sendiri. Itu pun murah jer, RM2 kalau tak silap aku.
Ular pun ada tapi dalam bilik kaca. Yang ni tak boleh masuk, kang jadi lauk die pulak. Tapi kalau nak pegang dan bergambar dengan ular, diorang ada sediakan ular kecik. Gambar aku dengan ular takde sebab aku memang penggeli dengan reptilia.
Okeh yang ni paling menarik dan boleh dikataran retis kat sini adalah Alpaca. Spesis ni belum pernah ada dimana-mana di Malaysia kecuali kat sini jer. Even kat Zoo Negara pun belum ada lagi Alpaca yang comel ni.
Sekali tengok nampak macam llama tapi yang ni lagi comel dan jinak. Bulu dia tebal giler sebab asalnya adalah dari Amerika Selatan yang mana habitat asal bersuhu bawah 24c. Sebab tu kat kandang Alpaca ada aircond. Kerlasss kann..
Okeh… Aku yakin korang akan banyak habiskan kat area Pet Village ni sebabnya kat sini ada longkang ikan. Hehehe.. Teringat zaman kecik kat kampung dulu sauk ikan dalam longkang. Haaaa kat sini la anak-anak dapat merasai pengalaman tu.
Penyauk di sediakan dan anak-anak bebas untuk menyauk ikan dalam longkang kat sini. Jangan risau sebab air longkang kat sini jernih, bersih dan terjaga. Lama jugak aku melepak area sini sebab si Akiff dan Azif seronok menyauk ikan.
Kat sini jugak ada arnab dan guinea pig. Boleh la nak dukung, peluk, cium dan bergambar. Nak bagi makan pun boleh, makanan ada disediakan oleh petugas.
Ni aku perkenalkan spesis monyet terkecil di dunia. Comel sangat muka dia, aku ajak selfie die sebok nak pegang handphone. Hahaha. Monyet ni agak pemalu dan tak agresif.
Sebelum balik jangan lupa untuk tengok show burung kakak tua dan naik poney ride.
Show burung ni tak jauh beza dengan show yang pernah aku tengok kat tempat lain. Tapi untuk bebudak diorang mesti excited tengok kebijaksanaan burung-burung tu.
Poney ride kat sini kena bayar RM7 seorang. Ada had ketinggian budak yang dibenarkan. Dulu Akiff tak berani nak naik kuda tapi sekarang dah besar, kemain excited nak naik kuda tu.
Sebenarnya ada banyaaaak lagi spesis haiwan yang ada kat situ tapi tak semua aku sempat ambik gambar. Korang nak tahu kena pergi sana sendiri. Serius berbaloi bawak anak-anak ke sini. Pendedahan macam ni merupakan satu pengalaman baru dan jugak learning proses untuk diorang.
Terima kasih Farm In The City sebab menceriakan anak-anak kami hari tu. Dalam kereta tak berhenti bebudak ni dok bercerita pasal binatang-binatang yang ada kat situ. Pastu ajak datang lagi nanti. Yer baiklah, nanti kita pergi situ lagi yer.
SHAFYQAH AZAHAR says
bestnya! sha suka tempat mcm ni
ann says
memang setiap pengunjung akan terima sijil ke
Admin says
Setiap kanak-kanak akan diberikan sijil sebagai kenangan dan bukti mereka pernah melawat tmpt ni. Sijil kosong jer, balik parents kena isi nama sendiri.