Beberapa bulan lepas viral pasal kopi untie cina kat Penang yang katanya sedap namati. Aku sebagai penggemar coffee memang tunggu hari balik Penang jer untuk terjah kopi viral tu. Nak rasa sendiri betul ke sedap sangat macam orang dok viralkan tu.
Baru-baru ni aku dengan family mertua aku buat food hunting sekitar Penang. Walaupun aku ni kawin dengan orang Penang tapi port makanan popular sekitar Penang aku tak tahu sangat.
Tapi kali ni dalam sehari kitorang terjah beberapa tempat makan menarik yang popular dan semuaaanyaaa kena beratur dan bersesak untuk makan kat situ.
Start dari pagi kami ke roti bakar transfer road, kemudian ke Teochew Chendul di Penang Road. Kemudian baru ke kopi viral ni. Penutup kami ke Ombak Damai pekena laksa tempurung. Korang boleh baca review yang aku dah tulis dengan klik nama tempat yang aku bold kat atas.
Okeh berbalik kepada kopi viral ni, sesampainya kat lokasi untie ni berniaga, orang dah pun beratur panjang. Tapi sebab gigih nak jugak merasa kopi ni, beratur la jugak.
Lepas sejam beratur baru dapat wehhh… Korang sanggup ke beratur sejam tepi jalan semata-mata sebungkus kopi ais. Tapi serious memang sedap dan worth beratur untuk kopi ni.
Kopi untie ni kow giler. Sedap! Pahit dan manis die tak melampau, sedang elok jee. Sebungkus atau secawan RM2.50 jer!!!
Kat situ ada beberapa meja jugak kalau korang berniat nak minum dan melepak tapi agak tak selesa. Tapi kalau minum situ boleh la order kopi bakar sekali. Cicah dengan kopi panas memang terbaek bakhang!! Roti bakar RM3 1 set.
Dah alang-alang beratur panjang, aku order la kopi ais dan kopi panas untuk minum kat situ dan jugak bawak balik. Cuma yang bawak balik tu bila ais dah cair jadi kureng sikit dah.
Aku ada share kat facebook hari tu dan ada jugak kena kecam sebab beli air bancuhan cina. Hohoho.. Rilex la, air jer kowt… Jangan tanya aku ada sijil halal tak sebab dah tentu la takde sijil halal. Kalau korang was-was better jangan minum. Dah jatuh haram bila was-was.
Cuma mungkin agak tak sedap mata memandang bila yang buat adalah husband si untie ni yang berpakaian agak selekeh. Selalunya memang untie cina yang bancuh air tapi kekadang uncle ada jugak take over kjap sementara untie masuk dalam rumah. Diorang bergilir bila untie nak rest. Masa aku sampai hari tu turn uncle ni yang bancuh air tapi selepas tu baru untie ni keluar dan ‘perform’..
Ada yang tertanya apa resepi rahsia kopi untie ni, info yang aku dapat katanya diorang menggunakan kopi local dari Penang jugak. Jenama apa tak sure. Susu yang digunakan pun dirahsiakan bagi memelihara resepi khas diorang. Semua tin susu yang digunakan dah dibuang label. Bijak bijak…
Korang yang nak cuba kopi viral ni boleh la waze Lebuh Noordin. Lokasi gerai untie ni terletak di belakang Hotel Wembley. Tak jauh pun dari Komtar atau pasaraya Gama. Dibuka dari pukul 8 pagi hingga 5.30 petang. Ditutup hari apa tak pasti pulak.
Rir says
Kopi tak de lebel..anda rasa??ada tambahan minyak..#$%& bro..aku dulu kerja kopitiam..aku tau la..tobat la xkeja bila dah tau sumber kopi dari mana..cari kopi melayu je lah..ada je kliang kopi melayu..
Pak Mat says
Butoh la kau. racist