Orang kata makanan kat Penang best, dari sarapan pagi hingga supper ade jer menu yang boleh diterjah. Baru-baru ni aku dan keluarga mertua pergi bersarapan pagi roti bakar popular di Transfer Road, Penang.
Ada 2 warung mamak kat area situ. Salah satunya aku dah pernah try tahun lepas yang popular dengan Roti Bakar Telur Goyang dan jugak Roti Canai Special. Rujuk gambar bawah ni.
Tapi masa kitorang sampai hari tu orang beratur panjaaaaaaang giler kat tepi jalan untuk makan kat situ. Kalau tak bawak anak kecik sanggup jer nak beratur tapi sebab ada bebudak ni, memang tak la nak beratur situ. Korang boleh baca article roti bakar transfer road yang aku pernah tulis tahun lepas. Ramai yang komen cakap situ memang port breakfast terbaik kat Penang.
Sebab situ ramai sangat orang, so kitorang ke gerai satu lagi yang tak jauh dari situ. Situ pun ramai jugak cuma tak perlu sampai beratur.
Tempat dia kat celah bangunan jer. Tak panas sebab terlindung dengan bangunan sekeliling, cuma kalau matahari terpacak atas kepala baru terasa panas. Kitorang semua order roti bakar telur goyang. Sejam wehhhh tunggu semua dapat makanan. Die hantar sikit-sikit. Yang datang lewat pun boleh dapat awal dari kitorang. Bengang jugak laa…
Just imagine, seramai-ramai orang tu dia hanya guna pembakar ni jer. 4 keping jer sekali bakar. Jenuh nak tunggu..
Ni hasilnya selepas puas menunggu. Tak berbaloi bagi aku sebab takda yang special pun. Dan lagi satu, kebersihan sini hancussssss.. Sebab fikirkan its just roti bakar dan telur rebus, jadi makan jugak laa… Hahaha…
Yang berniat nak makan roti bakar Transfer Road Penang, aku syorkan pergi yang satu lagi tu. Itu pun kalau sanggup tunggu dan beratur.
Suria Amanda says
Mak aiii..pun beratur jugak…susah jugak erk kalau dh popular..kena terjah awal pagi la kot..teringin nak makan yg roti canai viral tu…dapnyaaa…
Hafika says
Berapa rm ye untuk 1 set tu?