Korang dah baca belum cerita Team Building Day 1 yang aku tulis sebelum article ni. Haaa pergi baca sana dulu sebab entry ni adalah sambungan hari ke-2 program Team Building geng blogger yang kami attend baru-baru ni.
Hari kedua bermula seawal jam 7 pagi. Nama pun team building kan, jangan mimpi nak tido puas-puas walaupun pagi tu susah giler nak tinggalkan katil bilik yang super duper empuk tu.
Sebelum start jungle trail, kitorang kena settle beberapa task dulu sebagai persediaan untuk masuk ke hutan yang ada banyak obstacle.
Tapi sebelum tu kena main game dulu untuk menentukan pasukan mana yang kena bawak Mila masuk ke hutan.
Lepas warming up, kami mulakan game cari bola dengan mata tertutup. Team aku Buddies Blogger menang besar game ni. Hehehe..
Makanya Mila bertukar tangan kepada pihak lawan. Kehkehkeh… Giler la nak kena usung si Mila sepanjang dalam hutan. Ade obstacle pun Mila kena tempuh sekali. Wakaka… Kat bawah nanti aku tunjuk gambar Mila melalui obstacle.. Hehehe..
Ni antara latihan sebelum jungle trail bermula sebab kat dalam sana nanti akan melalui rintangan yang lebih kurang macam ni jugak.
Okeh sebelum tu kami diuji untuk satu cabaran berkumpulan. I Can’t But We Can..
Kami kena melepasi dinding tu. Permulaan takde masalah sangat sebab ada bantuan untuk tarik dan tolak dari bawah. Yang masalahnya bila tinggal sorang sebab takde support dari bawah untuk tolak.
Mulanya aku jadi orang terakhir untuk panjat tembok tu. Tapi gagal, lepas tu tukar strategi bagi Daus Redscarz yang terakhir dan baru lah kami berjaya selesaikan cabaran ni.
Sumpah best giler laluan yang kitorang lalu. Tak bosan langsung. Siap kena bergayut, meniarap, masuk terowong dan macam-macam lagi. Pinggang ke bawah memang basah laa..
Oh yaa… Sesekali akan terdengar bunyi keretapi laju melintasi kawasan ni.
Perjalanan jungle trail ni sejauh 2.8km dan memakan masa lebih kurang satu jam setengah. Kitorang berjalan slow and steady jer. Siap berhenti rehat kat dalam hutan.
Sepanjang perjalanan tu kami ditemani berjuta ekor nyamuk hutan. Banyak giler wehh.. Tapi mujur sebelum masuk dah sapu krim anti mosquito. Yang takut lintah atau pacat jangan risau sebab kawasan ni terhindar dari binatang tu.
Kitorang habis jungle trail sekitar pukul 9.30 pagi. Satu pengalaman yang cukup menarik untuk dikenang.
Terima kasih Sarjan Idris dan juga team Recreation Department. Pengisian program team building kat sini memang bertaraf 5 bintang. Next time jemput kitorang untuk main telematch pulak tau. Hahaha… Oh yaaa… Tak lupa juga kepada rakan-rakan blogger yang terlibat. Korang memang awesome giler!!!
Penutup program adalah penyampaian sijil penyertaan oleh pihak Cyberview Resort & Spa.
Korang yang berminat nak tahu apa lagi yang ada kat sini boleh hubungi pihak resort untuk maklumat lanjut. Untuk makluman korang, antara aktiviti yang disediakan di sini adalah seperti berikut :
- Telematch Games
- Water Games
- Team Building Games
- Obstacle Course (10 Elements)
- Water Confidence
- Jungle Tracking / Jungle Trail
- Night Tracking
- Motivation Camp
Korang boleh datang dan jumpa sendiri dengan Sarjan Idris atau cari Recreation Department untuk berbincang. Maklumat lanjut seperti details di bawah.
Cyberview Resort & Spa
www.cyberviewresort.com
Tel: 03-8312 7000
Facebook : Cyberview Resort & Spa
Instagram : @Cyberviewresort
Twitter : @CyberviewResort
Dkna Abza says
Bestnyaaaa.. Dah lama aku tak join team building ni. Anak² kecik, lagi la susah nak join. Next time boleh buat family day kat sini .. Cam best jer.