Satu pengalaman yang cukup bermakna dan berjaya membangkitkan rasa cintakan negara. Itu yang aku rasa bila kali pertama meraikan Hari Kebangsaan di Putrajaya pada 31 Ogos lepas.
Pukul 5.30 pagi aku dah sampai kat Putrajaya. Awal giler kan, tapi sebenarnya ramai lagi orang lagi awal. Semua datang awal sebab nak dapat port terbaik untuk tengok perarakan.
Tips untuk korang yang nak datang perarakan dengan anak-anak. Sila bawa tikar sebagai alas. Anak-anak lebih selesa. Lagi pun orang tak menyelit dah kat atas tikar kita tu. Hehehe..
Sebenarnya yang buatkan aku lagi teruja nak meraikan Hari Kebangsaan kali ni sebab ini kali pertama aku bawak anak-anak tengok perarakan. Satu pengalaman baru untuk diorang walaupun diorang belum faham sangat pun sambutan ni untuk apa sebenarnya. Tapi takpe sebab itu tugas kita sebagai parents untuk terangkan.
Bila anak-anak happy, kita pun happy. Akiff la orang paling seronok sebab dia memang suka tengok kenderaan ketenteraan dan teruja bila nampak anggota beruniform. Biasa nampak abam polis jer, kali ni macam-macam ada.
Perarakan Hari Kebangsaan kali ni hanya melibatkan pasukan anggota beruniform. Jentera-jentera aset negara yang sebelum ni kita tak pernah tengok pun ada ditunjukkan. Pasukan berkuda dan anjing polis pun ada berarak sekali.
Paling mencuri perhatian adalah pertunjukkan udara yang melintasi ruang udara. Beberapa helikopter berlainan jenis berterbangan di udara. Kapal terbang pun ada dan paling best bila jet pejuang meluncur laju sambil buat aksi akrobatik berpusing-pusing. Serius best.
Cuma kali ni agak terasa kekurangannya bila dah tak ada perarakan kereta berhias. Kalau ada mesti lagi best sebab bukan senang nak tengok kereta berhias yang macam-macam tu.
Perarakan dari pasukan pancaragam pun takde. Pancaragam hanya buat persembahan depan pentas utama jer.
Perarakan dulu ada melibatkan syarikat swasta jugak. Boleh nampak pelbagai bank, syarikat-syarikat besar, atlit, maskot animasi dam banyak lagi berarak sambil menayangkan pakaian diorang yang berwarna-warni. Tapi kali ni semua tu takde.
Kerajaan baru kan, semua pun baru. Ada la tu reason kenapa semua tu dah tak terlibat. Mungkin taknak berlaku pembaziran. Oh yaa.. Sambutan bunga api sambut merdeka pun takde tau. Kerajaan sekarang betul-betul nak mengelakkan pembaziran.
Tapi aku harap tahun depan sambutan lebih meriah dengan pembabitan pelbagai pihak. Kereta berhias tu pleaseeeee adakan balik. InsyaAllah tahun depan kalau lokasi masih sama di Putrajaya, aku nak bawak anak-anak pergi tengok perarakan lagi. Akiff seronok dapat bergambar dengan abam-abam beruniform.
Korang kalau ada peluang bawak la anak-anak merasai pengalaman sambutan hari merdeka. Bukan peringkat kebangsaan pun takpe, kat negeri masing-masing pun ok. Ini acara tahunan negara dan boleh dikatakan acara terbesar setiap tahun.
Ini salah satu cara untuk memupuk semangat patriotik dalam diri. Semangat cintakan negara. Sayangi Malaysiaku!
alhamdulillah bawa juga anak sambut merdeka baru-baru ni. seronok dan teruja mereka
Seronok tgk ank2 happy kan