Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Team Building di Cyberview Resort & Spa best giler! Mencabar dan menyeronokkan. – Day 1

September 10, 2018 by Admin 2 Comments

Spread the love

Aku baru jer balik dari Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya. Best giler dapat luangkan masa kat resort bertaraf 5 bintang dan buat aktiviti Team Building bersama rakan-rakan blogger.

Sebenarnya banyak sangat benda aku nak ceritakan sepanjang berada di Cyberview Resort and Spa sebab facilities kat sini best giler dan aktiviti yang kami buat jugak mencabar dan menyeronokkan.

Tapi takpe, untuk mengelakkan entry aku ni jadi caca merba, rasanya elok aku fokuskan dulu cerita program Team Building yang kami ikuti selama 2 hari 1 malam kat sini.. Sumpah ia merupakan satu pengalaman menarik yang tak boleh dilupakan.

Program Team Building ni adalah salah satu servis  yang ada di Cyberview Resort yang dikendalikan oleh Sarjan Idris yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang ketenteraan.

Kalau korang dengar pengalaman sarjan sebagai salah seorang dari team Special Force Malaysia, mesti korang akan kagum giler. Masa pesawat MH17 yang ditembak di Ukrain dulu, dia salah seorang yang pergi ke sana untuk mengambil kotak hitam pesawat dari pemberontak.

Yang berjalan sorang kat kanan tu dia lahh.. Sarjan Idris jugak adalah pakar menyelam, pakar penembak tepat dan pakar segala macam bidang ketenteraan. Impress giler dengan background die sebagai trainer Team Building kat situ…

Pengisian Program Team Building

Aktiviti pertama kami adalah sesi ice breaking. Walaupun kitorang semua dah lama kenal tapi untuk menjalin kerjasama berpasukan bukan sesuatu yang mudah sebab kami lebih banyak berinteraksi di media sosial. Masing-masing dengan karektor tersendiri. Jadi sesi pertama ni berjaya menyatukan kami sebagai satu pasukan.

Kami seramai 10 orang  blogger dibahagikan kepada 2 pasukan dan setiap pasukan kena creat nama group dan logo masing-masing. Group aku nama Buddies Blogger, group pihak ‘musuh’ pulak nama X-Team.

Ada beberapa permainan yang kami buat masa sesi ni. Semuanya aktiviti dalam dewan jer. Tapi seriously fun giler! Setiap game tu menguji kitorang punya team work dan macam mana kami fokus dengan setiap arahan yang diberikan.

Masa sesi ini lah kami diperkenalkan dengan Mila. Sepanjang program team building ni, pasukan yang kalah dalam mana-mana game akan didenda. Dendanya ialah kena bawa Mila bersama sepanjang program. Nanti aku tunjukkan siapa Mila tu. Hehehe…

Sesi petang ada beberapa lagi game yang kitorang main.

Permainan paling best dan betul-betul menguji adalah imbang bola pingpong atas batang paip sambil berjalan mengelilingi dewan dengan setiap orang memegang hujung tali yang diikat pada batang paip.

Mulanya macam tak logik wehh.. Bayangkan nak imbang dan kekalkan bola pingpong atas paip pun susah inikan pulak nak kena berjalan mengelilingi dewan. Kitorang bermula dari dalam dewan dan kena keluar melalui pintu dewan yang sempit dan masuk balik ke dalam dewan tanpa menjatuhkan bola pingpong tuu..

Paling mencabar masa nak melepasi pintu sebab kena biar seorang demi seorang keluar dulu. Setiap orang main peranan penting, kalau sorang jer hilang fokus, paip jadi tak balance dan bola pingpong akan jatuh.

Tapi akhirnya berjaya jugak selesaikan game ni. Banyak benda yang kitorang belajar melalui permainan ni. Fokus, team work dan leadership. Seseorang perlu jadi ketua dan kawal pergerakan kumpulan..

Settle game indoor kami ke tepi kolam renang untuk main water game.

Tapi sempat main 1 game ni jer sebab lepas tu kitorang buat aktiviti water confident. Sebelum mula kena lah pakai life jacket dulu. Aku baru tahu yang life jacket pun ada tahap ketahanan dan jugak expired.

Lepas tu Sarjan Idris terangkan apa yang perlu dibuat bila kapal yang kita naik karam.  Apa yang perlu dibuat sementara menunggu bantuan sampai.

Kolam kat sini dalam oii. Sebelah hujung sana kaki tak sampai dasar, kena kekal terapung. Yang sebelah sini masih boleh berdiri dalam air.

Seronok buat aktiviti water confident ni. Banyak benda baru yang aku belajar. Yang penting kena bertenang saat dalam kecemasan.

Habis water confident baru dapat rest kejap sementara tunggu program malam. Kitorang bermula agak lambat, ingatkan sebab nak bagi kitorang rest yang cukup untuk aktiviti Night Walk. Rupanya nak tunggu suasana lebih gelap dan lebih sunyi. Huhuhu.. .

Kitorang dibawa masuk ke dalam hutan kat tepi resort ni jugak. Kena menuruni tebing, melalui denai dan menempuh obstacle yang dibuat. Kemudian bila sampai kat satu chek point kat tengah-tengah hutan tu, kitorang kena berjalan seorang demi seorang untuk keluar dari hutan ikut laluan lain tanpa lampu suluh. Yer aku ulang sekali lagi, tanpa lampu suluh dan tak boleh guna cahaya lampu handphone jugak sebab tak nak menarik perhatian makhluk lain.Harapkan cahaya bulan jer la..

Tapi sepanjang laluan tu ada tali yang akan jadi petunjuk supaya kitorang tak sesat. So, kena sentiasa menyusuri tali tu. Tak boleh terlepas dari tangan. Kalau ada gangguan kena anggap sebagai cobaannnn, teruskan perjalanan dan jangan pandang belakang. Huhuhu…

Laluan gelap sorang-sorang tu sejauh 140 meter. Bila sorang dah sampai hujung baru orang seterusnya jalan. Kiranya kami dilepaskan seorang demi seorang untuk berjalan dalam tu. Daannnnnnn aku peserta terakhir dilepaskan!!! Siot..

Risau jer kot ada yang ikut belakang. Tapi alhamdulillah aku selamat sampai walaupun ada terdengar bunyi yang mengusik. Alahhh, mesti staff sarjan kan tu.. Hehehe…

Jadi aktiviti hari pertama kitorang habis selepas semua berjaya keluar dari hutan dengan selamat. Takde yang menjerit, takde yang berlari, takde yang kena kacau.. Semua steady jer termasuk yang perempuan.

Ohh yaaa.. Lupa nak tunjuk siapa Mila yang aku bagi tau kat atas tadi. Pasukan yang kalah kena bawak Mila dalam setiap aktiviti yang dibuat.

Batang kayu biru tu lah Mila. Berat jugak la, masa night walk tu team aku yang kena bawak Mila sekali sebab kalah game sesi petang.. Huhuhu… TQ Fazrol sebab jadi peneman Mila malam tu.

Aktiviti hari kedua best giler wehh… Tapi aku kena ceritakan di next entry sebab entry ni dah panjang sangat. Lagi pun ada banyak gambar yang aku nak kongsikan dalam next entry. Gambar bawah ni aku bagi teaser jer dulu k. Hehehe…

Cyberview Resort & Spa
www.cyberviewresort.com
Tel: 03-8312 7000
Facebook : Cyberview Resort & Spa
Instagram : @Cyberviewresort
Twitter : @CyberviewResort

Loading

Filed Under: Blogger, Event, Hotel, Review, Servis, Sport Tagged With: Cyberview resort, program team building cyberview resort, Team building

« Rumah Ronald Mcdonald akan dibuka di Hospital USM, Kelantan.
Team Building di Cyberview Resort & Spa. Laluan Jungle Trail yang awesome giler – Day 2 »

Comments

  1. Qaseh says

    September 10, 2018 at 9:20 am

    Ada zombie belakang Alan masa tu hahaha .. memang terbaik gila team building kali ni takde la mcam main sukaneka je .. nak lagi !

    Reply
  2. miminadam says

    September 11, 2018 at 11:31 am

    siapakah gernagannya ! hahahahhaha aduhai nasib baik bukan min yang terakhir

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Masuk usia 40an dah kena pakai cermin mata, tanda-tanda rabun dekat makin ketara.
  • Semua dah beli masa promosi keperluan sekolah di Pusat Pakaian Hari Hari.
  • NextGen, playground theme park yang sesuai untuk sekeluarga.
  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative