Baru jer aku tanya khabar member aku yang anak dia menghidap sindrom usus pendek sejak berusia 7 bulan. Hospital tu dah macam rumah pertama dia. Tapi Alhamdulillah sekarang ni anak dia dah boleh balik rumah selepas sekian lama ‘menetap’ di hospital. Anak dia sekarang dah berusia 5 tahun dan masih lagi mendapatkan rawatan rutin di hospital selain rawatan khusus di rumah.
Aku terfikir macam mana dia manage keluarga dia sebab dia ada 2 orang lagi anak yang sedang membesar yang perlu diuruskan. Rumah dengan hospital pulak bukannya dekat. Kesian kat anak dia yang dua orang lagi tu sebab terpaksa berjauhan dengan ibu dan adik yang tinggal kat hospital.
Kan bagus kalau Rumah Kebajikan Ronald Mcdonald ada di hospital tempat anak dia mendapatkan rawatan. Boleh la dia dan anak-anak yang lain tinggal kat situ sementara si adik mendapatkan rawatan.
Korang tahu tak apa itu rumah Ronald McDonald?
Rumah Ronald McDonald adalah sebuah rumah kebajikan yang serba lengkap yang terletak di dalam kawasan hospital yang boleh menempatkan ahli keluarga pesakit pediatrik yang sedang mendapatkan rawatan di hospital. Tujuannya supaya anak yang sakit dan keluarganya akan sentiasa berada dekat antara satu sama lain.
Sebenarnya aku pun baru tahu pasal rumah Ronald Mcdonald ni masa hadir sidang media Kejohanan Golf Amal RMHC yang diadakan di Tropicana Golf and Country Resort baru-baru ni. Kejohanan golf amal ni bertujuan mengumpul dana untuk pembinaan rumah kedua Ronald McDonald di Malaysia iaitu di Hospital USM, Kelantan.
Rumah McDonald yang pertama telah dibina di Hospital UKM, Cheras pada tahun 1999. Dah hampir 20 tahun pun beroperasi dan lebih 600 keluarga pernah menginap di Rumah McDonald ni.
Mereka ni antara keluarga yang merasai manfaat rumah Ronald McDonald tersebut. Dalam majlis amal yang berlangsung baru-baru ni, aku agak tersentuh bila mendengar cerita pakcik berbaju batik tu menceritakan saat sukar dia berulang alik mengorbankan tenaga, masa dan wang ringgit dari Lukut, Negeri Sembilan ke HUKM demi mendapatkan rawatan terbaik buat kesihatan anak lelakinya yang menghidap Talasemia. Dalam masa yang sama dia perlu menguruskan anak-anak yang lain. Mujurlah dengan adanya Ronald McDonald House ini dapat meringankan kesusahan yang terpaksa ditempuhi.
Kini rumah kedua dijangka siap pada Mac 2019 dan akan memberi manfaat kepada lebih ramai orang.
Kalau korang nak tahu, Kejohanan Golf Amal anjuran Ronald McDonald House Charity (RMHC) kali ni berjaya mengumpul dana sebanyak RM440,000. Perghhh… Giler laaa… Hasil kutipan tu akan digunakan untuk menampung pembiayaan rumah kebajikan Ronald McDonald di Kelantan.
Kalau korang nak turut sama menderma pun boleh jugak. Pergi jer mana-mana restoran McDonald’s seluruh Malaysia dan masukkan sumbangan korang dalam tabung merah yang terdapat di kaunter.
Sebelum ni mungkin kita tak tahu kemana duit sumbangan tu disalurkan. Sebenarnya duit sumbangan tu akan di masukkan ke akaun Persatuan Kebajikan Ronald Mcdonald yang mana akan digunakan untuk membantu kanak-kanak dalam bidang kesihatan, pendidikan dan kebajikan. Salah satunya Rumah Kebajikan Ronald McDonald ni laaa…
Kalau korang nak tahu, hasil kutipan tabung merah ni sebenarnya mencecah RM1 juta setahun. Haaa nampak jer macam sikit kan tapi sebenarnya banyak giler. Jadi menyumbanglah walaupun sedikit.
Menurut Profesor Dato’ Dr Ahmad Sukari Halim, Pengarah Hospital USM & Pengarah Kampus Kesihatan USM berkata, “Rumah Ronald McDonald yang baharu ini semestinya memberi manfaat yang besar memandangkan kebanyakan keluarga yang mendapatkan rawatan untuk anak-anak mereka di Hospital USM merupakan golongan berpendapatan rendah.“
Banyak sangat manfaat kewujudan rumah Ronald Mcdonald ni selain mengurangkan beban bagi proses rawatan yang kadangkala melibatkan jangka masa yang panjang, ia juga sebagai salah satu cara menguatkan semangat pesakit yang sedang mendapatkan rawatan apabila keluarga dapat sentiasa berada dekat.
Apa syarat untuk menginap di rumah kebajikan Ronald McDonald?
Mereka yang layak memohon untuk menginap di sini adalah mereka yang mempunyai anak berusia bawah 18 tahun yang sedang mendapatkan rawatan di wad pediatrik. Berapa lama nak stay takda limit tapi caj minimum dikenakan iaitu hanya RM5 semalaman. Wang tu nanti akan disumbangkan kembali kepada tabung kebajikan Ronald McDonals.
Harapan aku supaya pembinaan Rumah Kebajikan Ronald McDonald di Hospital USM, Kelantan ni berjalan dengan lancar dan dapat disiapkan mengikut jadual. Dan semoga lepas ni ada lagi rumah Ronald McDonald yang ketiga dan seterusnya.
Maklumat lanjut berkenaan sumbangan derma boleh didapati di rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation. Atau kalau korang nak maklumat lebih lanjut mengenai RMHC boleh layari laman web rasmi di rmhc-malaysia.my.
Leave a Reply