Senangnya hati seorang ayah bila ada tempat yang menyediakan pelbagai aktiviti dan permainan percuma bukan hanya untul bebudak jer tapi untuk orang dewasa juga. Hehehe… Fiesta penuh warna warni Southville City yang dinamakan Art & Light Play kini sedang berlangsung dari 9 September sehingga 28 Oktober 2018.
Sebenarnya aku dah 3 kali pergi kat sini dan baru hari ni nak up kat blog. Wakaka… Tapi sempat jer lagi kalau korang nak pergi tempat ni. Tapi sebelum tu aku nak share ape yang ada kat situ.
Sampai jer kat situ nanti, korang pergi daftar dulu kat show room Mah Sing. Tak perlu bayar apa pun. Lepas daftar nanti diorang akan cop setiap tangan. Takde cop kat tangan ni, tak boleh join aktiviti diorang tau.
Ada banyak section/room kat sini dengan tema yang berbeza. Aku dah masuk hampir semua room. Japg aku share gambar-gambar aku okeh.
Ada 13 section semua kalau tak silap aku.. Memang banyak. Ada yang tempat main, ada yang tempat bergambar… Ni antara gambar yang kami sempat ambik.
Penuh warna warni… Nak datang sini make sure battery handphone penuh sebab korang confirm teruja nak bergambar.
Memang best sangat untuk bergambar.. Masa 1st week aku pergi sini masih tak ramai orang. Tak yah beratur panjang pun tapi sekarang ni orang dah makin ramai.
Selain section untuk bergambar, ada juga tempat main untuk anak-anak. Akiff dengan Azif tiap minggu ajak datang sini sebab nak main tembak-tembak.
Dalam room ni tempat main tembak-tembak dalam bilik glow in the dark. Bilik ni paling ramai orang beratur.
Oh yaaa.. Setiap sesi adalah selama 5 minit dan diorang ada limitkan beberapa orang jer untuk setiap sesi supaya korang ada ruang tersendiri untuk bergambar dan bermain.
Ini antara ruangan tempat main terbuka. Ada banyak lagi tau tapi aku tak sempat ambik gambar semua. Konsep kat sini memang santai. Best jer..
Area makan food truck pun ada tapi tak banyak pilihan makanan.. Untuk alas perut sementara tunggu anak-anak boleh laa…
Waktu malam lagi cantik dengan lampu kat taman yang berwarna warni. Boleh la bergambar sepuasnya..
Tapi ingat, Art & Light Play hanya dibuka bermula jam 3 petang hingga 9 malam jer pada setiap hari sabtu dan ahad sehingga penghujung bulan Oktober.
Bagi aku program macam ni memang menarik dan berjaya menarik orang luar untuk mengenali kawasan baru seperti Southville City ni…
Korang yang bercadang nak ke sini boleh waze jer Savanna Boulevard Shops @ Southville City.
Leave a Reply