Dulu pernah viral kuih keria gula melaka yang kat Melaka tu… Sanggup orang beratur panjang untuk dapatkan keria tu. Sedap namati katanya.. Tapi aku tak pernah rasa lagi yang viral tu… Ada yang datang dari jauh semata-mata keria gula melaka tu. Ada yang kata memang betul-betul sedap, ada yang kata biasa jer… Normal lah tu, selera setiap orang kan berbeza…
Bila dah viral, ramai la peniaga yang mula buat resepi sendiri dan berniaga. Kat area rumah aku kat Cheras ni, dulu banyak jugak yang meniaga keria gula melaka ni. Tapi semuanya ampeh… Tapi sekarang aku dah jumpe keria gula melaka yang betul-betul sedap kat area rumah aku. Diorang memang specialist dalam kuih keria gula melaka…
Haaa nampak terliur tak? Nampak elok jer kejadiannya kan… Rasanya pun memang sedap. Lembut dan sesedap rasa. Sekarang ni kalau ada tetamu datang rumah memang aku pergi beli yang ni jer jamu orang. Semua pun akan kata sedap sangat.
Harga agak mahal tapi dengan kualiti yang dia bagi aku tak kisah sangat. Lebih baik dari beli kuih yang harga murah tapi bila makan nak habiskan seketul pun tak lalu.
Harga kuih kat sini 60 sen sebiji. List harga kat belakang tu bukan harga diskaun tau. Ramai yang kata, ingatkan list tu harga makin murah bila beli banyak. Hahaha… Dulu aku pun fikir yang sama. Rupanya sama jer…
Korang kalau nak cari kuih keria gula melaka yang sedap, boleh cari kat Cheras ni haa… Berdekatan dengan Taman Desa Baiduri. Tepi jalan jer.. Satu deretan dengan sup meletop, lori cendol dan ade beberapa gerai lagi. Kalau dari Alam Damai nak ke Bandar Tun Hussien Onn, gerai adik ni ada kat belah kiri jalan. Kalau tak jumpe boleh call no kat banner tu untuk guide jalan…
Diorang tutup setiap hari isnin. Start meniaga pukul 12 tengah hari sampai kuih habis. Kalau keadaan biasa, pukul 5 lebih dah habis dah.. Kalau ada yang memborong, pukul 4 lebih dah habis. Kalau hari hujan, kekadang pukul 6 pun ade lagi…
Diorang hanya jual keria gula melaka jer… Kekadang tu ade jugak kuih badak tapi tak banyak. Aku pernah dapat beli sekali jer kuih badak. Pun sedapp giler. Lepas tu dah tak pernah dapat beli. Asyik habis sebab diorang jual sikit jer.
YB Shehan says
kt area umah pn ada. nak hilangkan ngidam, leh g bli.. heeee. yg penting, xyh beratur. huhuh
Faridah Hanim says
wowwww – dekat umh kter kuih keria ni
Daus Redscarz says
Fuhh pernah gak pergi sini.. Peminat kueh keria tak perlu gi melaka dah pasni..