Dah lama rasanya aku tak update cerita hero-hero aku… Kalau 4 5 tahun dulu, blog aku ni banyak cerita pasal Akiff jer. Apa dia buat semua aku cerita kat blog. Sebab tu nama blog aku Blog Abah Careno. Acah-acah cerita seorang yang bergelar abah. Hehehe…
Dulu takde sangat cerita bab review itu ini… Semua personal jer. Macam catatan diari. Tapi sekarang dah lain kekdah penceritaan aku. Walaupun ada jer cerita personal tapi tetap jugak berbentuk review untuk rujukan reader.
Ok takpe, aku nak cerita perkembangan si AKiff dulu. Sekarang dia dah darjah 1 oi… Dah besar dahhh… Dah macam abang-abang sangat… Cuti sekolah hujung tahun ni dah nak sunat. Tiap hari dok pangkah kalender tarikh sunat. Aku pun pelik dengan si Akiff ni. Biasa orang cuak nak sunat tapi dia ni excited pulak. Hahaha…
Pembelajaran Akiff kat sekolah ok jer. Subjek paling dia suka adalah matematik. Kat sekolah jenis yang aktif. Ape jer aktiviti sekolah dia nak terlibat. Baru ni masa program Hari Sukan Negara peringkat sekolah, kelas dia yang datang 2 orang jer dari 36 orang. Hahaha… Kat kelas dia la tukang jaga pintu perhatikan cikgu datang, bila cikgu datang jer terus jerit cakap cikgu datang dan semue bertempiaran lari dok kat meja masing-masing. Hahaha.. Ni Akiff yang cerita kat aku.. Dia bukan ketua kelas tapi dia teringin nak jadi ketua kelas. Dah aim nak jadi pengawas nanti. Hahaha…
Bab mengaji pun dah pandai. Sekarang ni dia tengah gigihkan nak habiskan buku Iqra sebab tak sabar nak baca -Al-Quran. Kekadang waktu solat aku tak yah suruh, dia yang ajak berjemaah.
Okeh… Cerita pasal si adiknya pulak, Azif. Tahun depan dah nak masuk tadika. Aku memang biasa hantar diorang tadika start umur 4 tahun. Personaliti si Azif ni jauuuuh sangat beza dengan abang dia. Yang ni lasak 5 kali ganda dan banyak cakap pun 5 kali ganda dari si abang. Hahaha… Korang kalau lepak dengan dia memang letih layan dia borak.
Kuat menyakat si abang. Biasa yang suka mengamuk dan kuat menangis si Azif ni la.. Akiff biasanya beralah jer setiap masa. Akiff tak buat adik dia, cuma pernah sekali jer kot kalau tak silap. Gaduh tu biasa la tapi bukan jenis gaduh bertumbuk lawan-lawan tu. Jenis gaduh rebut barang, rebut chanel tv, rebut tempat duduk… Haaa gitu-gitu jer…
Azif belum kenal ABC dan belum pandai kira yang betul-betul… Sukati sebut jer… Warna pun kekadang betul kekadang salah dia cakap. Tak pe la, tahun depan kita start pulun belajar k.
Tido malam diorang dah tido bilik sendiri. Tak kacau bilik abah. Ajak tido bilik abah pun tak nak sebab dah terbiasa tido bilik sendiri. Cuma sebelum tido mesti nak suruh ummie temankan. Kekadang sekali ummie tido dalam bilik diorang, kesian aku tido sengsorang. Hahaha… Tapi kalau aku tengok semua dah tido kat bilik diorang, aku pun menyempit jer sekali.
Hah itu jer nak cerita.. macam tulis diari jer.. hehehe…
Daus Redscarz says
terbaik la part tido bilik sendiri tu… bagus2