Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Cuba produk Bonnisan dari Himalaya untuk naikkan selera makan anak.

October 15, 2018 by Admin 3 Comments

Spread the love

Aku rasa ramai ibu bapa yang menghadapi masalah anak tak nak makan atau hilang selera makan. Aku pun tengah melaluinya sekarang sebab si Azif susah betul nak suruh dia makan.

Macam-macam cara dah aku cuba tapi hasilnya tak seberapa. Pelbagaikan menu kesukaan dia, hias menu bagi kreatif dan menarik, bagi suppliment tambahan dan banyak lagi… pun gagal nak pujuk dia makan. Sebelum usia 2 tahun, masa tu seronok tengok dia berselera makan. Sebab tu dulu dia tembam tapi sekarang dah kurus.

Pernah terjadi bulan lepas, perut dia kosong dan masuk angin. Malam tu aku bagi susu, lepas tu dia muntah. Pastu minum air pun muntah balik. Bagi dia makan roti pun muntah balik. Cuak giler waktu tu, terus bawak ke klinik. Doctor kata perut dia bunyi berkeroncong, maksudnya perut kosong la tu. Then doktor bagi ubat tahan muntah melalui punggung, lepas tu kena pujuk dia makan. Alhamdulillah lepas tu ok.

Baru ni aku dok berborak dengan member-member yang ada masalah yang sama, ada yang rekemen untuk cuba produk Himalaya iaitu Bonnisan. Katanya produk khusus untuk kanak-kanak yang bermasalah macam Azif. Aku terus google cari info tentang produk ni.

Menarik untuk dicuba… Banyak kebaikan dan kelebihan produk Bonnisan dari Himalaya ni antaranya :

1- Meningkatkan selera makan.
2- Memastikan pencernaan yang betul, penyerapan dan asimilasi makanan.
3- Mengurangkan kolik, kembung perut dan senak.
4- Membantu penambahan berat badan.
5- Memastikan pertumbuhan gigi sihat.
6- Meningkatkan pertumbuhan yang sihat dan menjamin kesejahteraan kesihatan.

Dah tahu tentang produk ni, tercari-cari jugak kat mana butik Himalaya yang terdekat sebab aku nak kena survey dulu sebelum bagi Azif try. So, aku pergi ke butik Himalaya di KLCC.

Besar jugak butik ni, ada banyak produk. Ada skin care, hair care, oral care, body care dan macam-macam care lagi. Produk untuk detox dan kurus pun ade. Masa staff situ datang tanya aku, aku cakap nak cari produk untuk anak yang kurus. Then terus die ceritakan pasal produk Bonnisan ni, sama macam apa yang aku tulis kat atas tu. Bukan sekadar menambah berat badan tapi meningkatkan selera makan anak.

Panjang lebar jugak apa yang dia ceritakan. Dari situ aku tahu yang produk ni 100% dari herba terpilih dan sangat selamat digunakan. Kiranya ia bebas dari alkohol, klorofom, opium, sedative dan sodium bicabonate. Dan yang penting jugak adalah HALAL. Harga pun berpatutan.

Korang kalau ada masalah yang sama macam aku, apa kata bagi anak cuba produk ni dan nanti boleh share hasilnya dengan aku. Maklumat lanjut boleh korang refer instagram  Himalaya Malaysia atau Facebook Himalaya Healthcare Malaysia.

 

Loading

Filed Under: Advertorial, Info, Kesihatan, Parenting, Produk, Review Tagged With: anak tak nak makan, anak tiada selera makan, bonnisan, Produk himalaya

« Dapat jugak merasa Hershey’s Freeze di stesen Petron.
Perkembangan Akiff & Azif. Dua personaliti yang jauh berbeza… »

Comments

  1. mas saari says

    October 15, 2018 at 8:51 pm

    Memang bagus Bonnisan ni, anak² amalkan memang bertambah selera depa.

    Reply
  2. Daus Redscarz says

    October 19, 2018 at 7:00 pm

    Banyak gak kelebihan produk ni.. Nanti nak beli la kat Akif dan Faheem..

    Reply
  3. Siti says

    August 7, 2021 at 5:35 pm

    Boleh letak dalam Susu x

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Rabun Pun Ada Gaya – Misi Tukar Cermin Kat Eye Pro Vision, Sungei Wang
  • Tiada tajuk yang sesuai. Hanya nak bercerita.
  • Beli Keperluan Sekolah Awal di Pusat Pakaian Hari-hari.
  • Kalau malas cat sendiri, hadap jer kos upah tukang cat sekarang.
  • Iternary Ringkas Percutian ke Medan, Indonesia
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2025 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative