Aku jarang sangat jenjalan area Cyberjaya kecuali kalau ada urusan. Aku rasa Cyberjaya ni macam bandar moden yang membosankan. Ntah laa… Mungkin sebab jalan tak jem kot. Hahaha…
Tapi korang tahu tak yang kat Cyberjaya ada Dpulze Shopping Centre iaitu pusat tumpuan untuk masyarakat sekitar sini. Ada banyaaak kedai makan yang best-best kat dalam shopping mall ni. Dari yang jenama antarabangsa hingga la yang jenama tempatan. Salah satunya adalah Restoran Mangkuk Ayam yang baru jer dibuka kat area Ground Floor. Haa yer.. Mangkuk ayam tau, bukan mangkuk ayun..
Baru-baru ni aku ke restoran tu dengan rakan-rakan blogger untuk cuba apakah kelainan restoran lain. Mulanya aku agak pelik dengan nama Mangkuk Ayam. Rupanya semua pinggan mangkuk cawan sudu segala bagai peralatan yang digunakan kat sini ada gambar ayam kat dalamnya. Nice giler… Dekorasi dalam kedai tu sendiri pun menggunakan pinggan mangkuk yang ada gambar ayam.
Konsep makanan kat sini takde yang western atau italian atau yang acah-acah makanan luar negara. Semuanya hanya makanan tempatan yang confirm sesuai dengan tekak kita orang Malaysia. Kalau ada yang mengaku tekak tak sesuai dengan menu kat sini, aku cadangkan sila pindah dari Malaysia. Hahaha…
Menu apa yang aku maksudkan tu? Haaa meh nak tunjuk gambar. Sebelum tu aku izinkan korang untuk jilat screen kalau rasa dah terliur sangat.
Aduhh.. Favourite aku asam laksa dia wehhh… Pekat lekat dia punya kuah. Tapi kurang pedas sikit bagi aku. Nak tambah pedas boleh letak cili lagi.
Mee kari tu aku tak makan pun cuma rasa sikit jer kuahnya. Yummy sangat… Punnn kurang pedas bagi aku, mungkin sebab aku jenis makan pedas kot. Tapi takda hal sangat sebab memang ada sedia sambal extra kalau nak pedas. Bagus jugak dia buat kurang pedas supaya orang yang tak tahan pedas masih boleh layan makanan kat sini. Sambil tu yang suka pedas masih boleh letak sambal ikut tahap pedas yang suka.
Rojak ada beberapa pilihan, pilih jer ikut selera tekak masing-masing. Yang tengah berdiet, tolong jangan dekat dengan restoran ni sebab aku yakin korang akan tergoda dengan aroma dan menu yang ada. Hahaha…
“Lan, ko cuba rasa rendang daging ni… Serius sedap..” Paksa si blogger Yana
“Aku kenyang dah weh… Tak mampu nak makan lagi dah..” jawab aku.
“Nanti balik ko menyesal kalau tak rasa” Huh.. Main ugut lak si Yana ni. So, nak jaga hati aku try jugak la rasa menu kat bawah ni.
“Hah… Ko rasa apa?” Tanya Yana.
“Aku rasa macam hari raya wehh… Hahaha..” Serius! Biasa rendang sedap aku makan time raya jer… Itu sebab bila makan jer rendang ni terus terasa macam hari raya. Over kannn… Wakaka… Tapi menu ni recommended sangat untuk korang yang nak makan nasi.
Tapi kalau tak nak makan menu berat, korang masih ada beberapa pilihan menu yang lebih ringan macam aneka rojak tadi. Selain tu ada juga bubur nasi, taufu sumbat, pecal sayur dan kari bebola ikan.
Sejujurnya aku tak sempat merasa semua makanan… Bukan tak sempat sebab takde masa tapi tak sempat nak penuhkan perut sebab dah kenyang giler lepas makan beberapa jenis makanan kat situ.
Haaa nampak? Ni kalau aku sorang yang makan maksudnya aku ada ‘membela’ la tu… Ehhh lupa nak cakap, desert kat sini pun katigori must try jugak tau… Mangga air tu betul-betul isi mangga dia letak…
Sebelum balik, sambil membawang pekena teh tarik dulu. Sedap sangat. Rasa berlemak secukup rasa. Cuma kalau kurang manis sikit lagi best.
Untuk panduan dan rujukan korang, aku kongsikan list dan harga menu di Restoran Mangkuk Ayam. Bagi aku harga ni dikira reasonable sebab portion setiap makanan agak besar. Boleh kongsi dua orang kalau aku.
Rakyat Cyberjaya, Putrajaya, Dengkil dan sewaktu dengannya, jangan lupa pergi Dpulze Shopping Centre dan cuba makanan di Restoran Mangkuk Ayam ni sendiri. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi details bawah ni:
Restoran Mangkuk Ayam Malaysia
P10, D’Pulze Shopping Centre
Cyberjaya
Facebook : Restoran Mangkuk Ayam Malaysia
yanamib says
aku xleh move on rasa rendang tuu…hahaha mmg kena repeat lagi niii
cik nor says
wah..semua sdap2..rasa macam nak mkn jer semua..:)
Zharif Azis says
asam laksa dengan air kedondong asam boi kat mangkuk ayam sangat terbaik !!
Mama Kembar Tiga says
Menarik. Ni tempat makan yang kalau bawa si kembar, ada benda depa nak makan hehe
Cik wata says
Salam. Outlet ni ade sijil Halal Jakim tak? TQ