Kawasan Rehat & Rawat (R&R) yang ada di sepanjang lebuhraya kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS) kini bukan lagi kawasan rehat yang membosan. Kalau dulu aku singgah R&R sebab nak pergi toilet jer tapi lepas ni boleh la singgah untuk bersantai sambil betulkan urat sebab PLUS tengah giat naiktaraf beberapa kawasan R&R mengikut konsep semasa, selari dengan kehendak pengguna.
Baru-baru ni PLUS dah memeterai perjanjian bersama 10 jenama terkemuka untuk bekerjasama di beberapa kawasan rehat yang terlibat. Antara jenama tersebut adalah Starbucks, Krispy Kreme, Harold’s Bread, Mohd Chan, Famous Amos, A&W, Dunkin Donuts, MyNews, Kenny Rogers dan Nasi Kandar Line Clear.
Fuhhh terbaek. Jenama ni kan biasa ada dalam shopping mall, tapi sekarang ni dah ada kat R&R. Paling aku teruja adalah Nasi Kandar Line Clear, silap-silap nanti orang pergi R&R sebab nak makan nasi kandaq jer. Hahaha…
Jangan ada nanti lepas dah melantak nasi kandaq mengantuk pulak masa drive. Kena rileks dan bersantai dulu sebab hiasan dalaman kat R&R pun dah diberi nafas baru dan lebih moden dengan konsep minimalis. Kawasan permainan kanak-kanak juga diperbaharui. Bebudak happy, dalam kereta takde la meragam kann…
Aku selalu guna highway ke arah utara semenanjung sebab kampung aku kat Kedah dan Penang, memang selalu la singgah R&R sebab perjalanan kitorang memakan masa antara 5 hingga 6 jam. Selalu port favourite aku untuk singgah adalah kat R&R Rawang, Tapah dan jugak Sg. Perak. Takde la semua aku singgah tapi itu yang selalu jadi pilihan.
Sekarang ni sejak ada Starbucks drive thru kat R&R Rawang, memang selalu la singgah beli. Kekadang jer singgah minum situ. Starbucks situ pun menarik, luas dan selesa sangat. Kalau mengantuk masa drive memang sesuai la singgah untuk dapatkan balik kesegaran.
Dalam majlis signing caremony yang diadakan di Persada PLUS baru-baru ni, Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata “Kami perlu mengakui bahawa citarasa pelanggan juga turut berubah dengan peredaran masa. Berdasarkan kepada beberapa kajian pasaran dan kajian pelanggan, kami telah mengenalpasti beberapa segmen pelanggan serta corak atau tabiat perjalanan mereka di lebuh raya. Justeru, strategi kami pada ketika ini adalah memberi fokus terhadap jenama yang mempunyai pengikut yang besar. Bermula tahun ini, kami akan berkolaborasi dengan lebih banyak jenama lain untuk beroperasi di R&R kami.”Haaa bagus la kan. Maksudnya PLUS ada membuat kajian kehendak pengguna dan bergerak mengikut peredaran zaman. Kalau masih kekal macam dulu rasanya kawasan rehat hanya kekal sebagai tempat singgah untuk buang air jer la.
Lagi pun setiap kali musim perayaan, highway mesti jem giler dan masa perjalanan menjadi lebih lama. Jadi kawasan rehat elok sangat lah menjadi daya penarik untuk pengguna singgah dan bersantai sebelum meneruskan perjalanan.
Antara kawasan rehat yang terlibat dalam proses pengubahsuian ni adalah R&R Rawang (Arah Utara), R&R Machap (Arah Selatan), R&R Gelang Patah (Arah Selatan), Restoran Jejantan Sungai Buloh, R&R Seremban (Arah Selatan) dan Hentian Sebelah Bukit Gantang (Arah Selatan). Harapnya lepas ni lagi banyak kawasa rehat lagi yang terlibat. Kerja-kerja naiktaraf ni kena buat secara berperingkat, nanti kalau semua tutup serentak kat mana pulak kita nak singgah kannn..
Dalam memodenkan kawasan rehat, PLUS juga telah memperkenalkan projek perintis pembayaran tanpa tunai menerusi Aplikasi BOOST di R&R Ayer Keroh (Arah Selatan) dan jugak pembayaran tanpa sentuh menerusi Visa PayWave di R&R Dengkil (Arah Utara). Canggih oii.. Aku pun tak pernah guna lagi kekdah pembayaran ni, nak kena try laa…
Harapnya lepas ni ada banyak lagi rangkaian jenama terkenal yang turut bekerjasama dengan PLUS untuk kemudahan dan keselesaan pengguna lebuhraya.
YB Shehan says
menarik. xde la bosan sgt otw blk kg. selalu pening xtau nk makan apa. hehehehe