Sunway Velocity Hotel, Cheras. Seronok Akiff dengan Azif bila aku cakap nak bawak diorang bermalam di hotel. Diorang bukannya kisah pun hotel tu kat mana, janji dapat duduk hotel. Siapa yang tak suka duduk hotel kan. Hotel yang kitorang pergi kali ni hanya 15 minit jer dari rumah aku. Wakaka..
Sampai jer kat Hotel Sunway Velocity, bebudak ni dah tanya.. “Dah sampai ke? Dekatnya..” Diorang baru jer nak start bergaduh dalam keter tapi dah sampai. Hahaha… Haaa selalu kalau pergi jauh-jauh, korang sebok tanya “lambat lagi ke nak sampai..”. Kali ni betul-betul dekat kite bercuti.
Ni bukan lah bercuti sangat pun, kiranya macam weekend getaway jer. Juz nak lepak santai hujung minggu. Kenapa Sunway Velocity Hotel jadi pilihan kitorang?
- Sebab hotel ni berkembar dengan Sunway Velocity Shopping Mall
- Sebab nak makan senang. Dalam mall ada segala yang ko teringin makan.
- Sebab nak tengok wayang ada kat bawah jer.
- Sebab nak ke Ikea Cheras atau MyTown hanya perlu jalan kaki.
- Sebab stesen MRT ada kat sebelah jer.
- Sebab ada infinity pool di roof top hotel dengan superb city view.
- Sebab bilik yang sangat selesa dan berpatutan
- Sebab ada kemudian ‘travel buddy’. Apa tu? Haaa baca kat bawah lagi..
Kitorang sampai lobby hotel dalam pukul 2.15 petang. Proses chek-in kejap jer. Bebudak ni tak sempat pun nak berlari kat lobby. Haa masa ni la aku buat surprise kat Miss Permaisuri. Aku guna servis surprise planner by Teddy Prank… Kejutan ni sebenarnya menjadikan percutian kitorang lebih bermakna.
Masuk jer dalam bilik terus berlari bebudak ni naik atas katil melompat-lompat. Biasa laa kan, tilam kat rumah mana sama dengan tilam hotel. Tapi baru melompat dah kena marah dengan aku. Abah tak ambik gambar lagi laa, nanti bersepah bilik.. Grrrr.. Jom selfie dulu.
Bilik memang sangat best dan serba baru. Iyer la hotel ni baru setahun lebih beroperasi. Korang tengok la carpet, dinding dan langsir tu.. Kehijauan dan flora fauna sangat…
Toilet pun ok jer cuma takde bath tub. Oh yaaa… Reason kenapa bilik air hotel ni takde bath tub sebab diorang design untuk mesra OKU. Luas dan kat shower room ada tempat duduk.
Kemudahan yang disediakan dalam bilik serba lengkap antaranya :
- Toiletries
- Coffee and tea set
- Mineral water
- Iron & iron board
- Safe box
- Torch light
- Mini refrigerator
- Wifi
Tapi ada sesuatu yang 1st time aku jumpe adalah travel buddy iaitu smartphone lengkap dengan data internet untuk kegunaan guest. Free unlimited local atau international call. Perghhh… Boleh bawak keluar ke mana-mana sepanjang menginap kat sini…
Stay sini jangan lepaskan peluang untuk menikmati panorama city view dari roof top hotel. Lebih-lebih lagi waktu sunset. Terbaek giler!
Menikmati view sambil berenang dan berendam dalam infinity pool. Kesian Miss Permaisuri sebab tak bawak baju mandi. Hehehe… Pool sini bukak sampai pukul 9 malam, mesti view malam pun awesome kann… tapi kitorang tak sempat tengok sebab malam tu pergi makan kat Ikea. Jalan kaki jer uolls…
Pagi esoknya kitorang breakfast di Kaffeinate. Konsep dalam cafe cantik weh… Ala-ala hipster gitu…
Tapi kalau malas nak makan situ boleh ambik set GrabnGo, RM10 jer… Terkejut aku sebab set breakfast kat hotel pun ade serendah RM10..Tapi bagi aku, makan kat cafe lagi selesa dan best. Pilihan menu menarik walaupun tak banyak sangat. Tapi cukup dah bagi aku… Wajib try mee rebus die… ehh mee rebus ke mee kuah ntah… Hehehe.. 2 kali aku repeat…
Lepas breakfast kitorang naik ke roof top sekali lagi. Kali ni bersenam dulu kat gym sambil layan view pagi. Banyak jugak kelangkapan dalam gym ni. Sempat layan kejap jer sebab bebudak ni dah sebok ajak teman kat pool. Lepas tu turun berendam dalam pool sampai kecut. Hehehe..
Tepat pukul 12 kitorang chekout. Tapi tak terus balik lagi sebab meronda dalam mall dulu. 2 hari 1 malam kat sini memang tak puas.. Facilities dan location memang terbaik. Recommended!!
RATING ABAH CARENO
Facilities – 5/5
Rooms- 4.5/5
Pool – 4.5/5
Location – 4/5
Value – 4/5
Cleanliness – 5/5
Sunway Velocity Hotel
Lingkaran SV
Sunway Velocity
55100 Kuala Lumpur
Tel: 03-2726 3988
Website: velocity.sunwayhotels.com
Hafiz Rahim says
Menariknya ada fon tu.. Tapi tak senang orang rembat ke? Kalau jatuh pecah?