Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Cukuplah sekali merasa Teh Ais Tarik Madu Warung Pak Mat di Kg. Baru KL

October 19, 2018 by Admin 9 Comments

Spread the love

Siapa lah punya angkara share kat facebook baru-baru ni pasal teh ais tarik yang berbuih melimpah tu. Buat aku teringin jer.. Nampak pulak warung tu kat Kg. Baru KL ni jer.. Dekat jer dengan ofic aku.. Lepas jumaat tadi terus ke sana dengan Daus Redscarz untuk try teh ais madu ni..

Mujur time kitorang sampai tadi tak ramai orang pun. Order pun kejap jer sampai… Ada teh ais madu, teh tarik madu, teh ais madu with float dan menu-menu lain. Silap pulak kitorang order yang sama, kalau tak boleh try yang ais dengan panas macam mana rasanya.

Rasa teh ais madu ni memang kow giler. Yup manis, standard manis kedai mamak. Buih yang melimpah tu yang special, aku nampak diorang add on kemudian buih tu. Dan memang sengaja letak bagi melimpah kat tepi gelas. Tujuannya untuk korang ambik gambar. Hehehe..

Kat situ ada sediakan air kosong free… elok lah korang bilas mulut dengan ais kosong lepas minum teh ais madu ni. Rasa tu melekat dalam mulut dan pewarna teh pun agak terang. Warna melekat kat jari bila terpegang buih yang melimpah tu. Ce tengok gambar atas ni…

Bagi aku, rasa memang sedap dan kow. Tak sama macam teh ais mamak. Cuma kalau dia guna ais hancur mesti lagi best.

Bab harga pulak sangat mahal bagi aku. Teh ais madu ni RM6 segelas.. 2 gelas RM12 uolsss… Cukup lah sekali aku dah merasa, kalau sajer-sajer nak datang minum mungkin tak kot. Melainkan ada member ajak teman sebab nak merasa jugak. Korang yang nak merasa tu boleh datang try sendiri dan komen kat bawah k.

Selain tu, ada jugak menu lain kat sini. Aku makan nasi kosong dengan sup daging. Nasi kosong RM2, sup daging RM8… Terkejut aku dengan harga RM8 tu sebab dagingnya sikit jer. Rasa pun boleh laaa… sedap la jugak… pedas dan sedikit masam..

Korang yang nak datang cuba boleh la cari di Kg. Baru KL. Tak susah nak cari sebab Warung Pak Mat Pulau Pisang ni betul-betul tepi jalan besar. Depan sikit dari masjid kampung baru dah boleh nampak warung ni. 

Loading

Filed Under: Food, Produk, Viral Tagged With: teh ais madu, Teh ais madu kg baru, teh ais tarik madu, teh tarik madu, teh tarik madu kg baru, warung pak mat pulau pisang kg baru, warung pak mat pulau pisang kl

« Keria gula melaka di Cheras memang sedap. Takyah nak ke Melaka lagi dah…
Weekend Get Away di Sunway Velocity Hotel, Cheras… »

Comments

  1. Daus Redscarz says

    October 19, 2018 at 6:55 pm

    Boleh repeat ni.. TQ blanja hahaha… Kena time rilex boleh la. Sambil tunggu ais dia cair.

    Reply
  2. Kinah says

    October 19, 2018 at 9:07 pm

    Biasala benda viral memang laju je orang nak cuba. Manis sangat takut pulak nak minum haha nanti penyakit lain pulak datang. Sesekali bolehlah kot kan hihi

    Reply
  3. ema says

    October 26, 2018 at 4:27 pm

    tengok kaler air tu.. dah agak cam terlebih warna jer… tak pernah lagi cuba walaupun kat Kelantan.

    Reply
  4. dp tahun baru says

    November 20, 2018 at 2:01 am

    nampaknya nyegeriin .. hehe

    Reply
  5. Yangdahlia says

    November 20, 2018 at 7:52 am

    Dah pergi.. memang sekali jer lah pergi.. tak akan pergi lagi.. harga mahal.. service x bagus.. minta sudu jer.. lama baru dapat.. harga mahal.. sup bersepah dengan segala jenis rampai.. isi dagung sikit.. teh tarik madu jer yg power tapi warna teh tu yg takut.. tak tahu kenapa jadi viral.. pergi la cuba… baru tahu…

    Reply
  6. Ameid says

    November 20, 2018 at 10:00 am

    Terbaik …
    tak cuba rugi ..
    dah cuba mau igat sendiri…
    orang datang dan pergi…
    makan kat sini pasti puas hati…
    harga makan minum pasti tak peduli…
    yang pasti kenyang perut suka hati…
    esok lusa mesti nak pi lagi…

    Makan …makan…minum sampai puas hati…

    Reply
  7. wafi says

    November 23, 2018 at 4:18 pm

    dh bukak cawangan kat KL yer? hahaha

    Reply
  8. Ekin says

    January 5, 2019 at 6:32 pm

    Xsesedap kelantan..huhu frust,daging boleh harga..hurmmm first n lasttt

    Reply
  9. Aman says

    March 29, 2021 at 4:00 pm

    Memang trbaik ahh teh trik buih pak mat dia memang paduuuu bak hangg hahaah ade rezki lain lain pulak pegi

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Rabun Pun Ada Gaya – Misi Tukar Cermin Kat Eye Pro Vision, Sungei Wang
  • Tiada tajuk yang sesuai. Hanya nak bercerita.
  • Beli Keperluan Sekolah Awal di Pusat Pakaian Hari-hari.
  • Kalau malas cat sendiri, hadap jer kos upah tukang cat sekarang.
  • Iternary Ringkas Percutian ke Medan, Indonesia
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2025 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative