Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Belajar Memasak Dengan Bantuan Video Seminit Resepi

November 28, 2018 by Admin 1 Comment

Spread the love

Tak tahu masak ok lagi tapi kalau malas memasak? Tak dapek den nak nolongnya. Sekarang dah tak boleh bagi alasan tak pandai masak sebab resepi masakan terlalu mudah diperolehi. Hanya taip sahaja menu apa yang ingin dimasak dan korang akan dapat puluhan malah ratusan resepi yang diingini. Hanya pilih sahaja resepi mana yang lebih mudah untuk dicuba.

Tapi kalau dengan bantuan resepi di google pun korang rasanya susahnya nak memasak, apakata cuba bantuan video masakan pula. Paling mudah dan tengah trending sekarang adalah koleksi video masakan dari Seminit Resepi.

Tapi dulu memang la video masakan dari Seminit Resepi semuanya berdurasi seminit. Tapi sekarang Seminit Resepi dah tambah durasi video masakan kepada 3 minit supaya korang lebih mudah faham dan ikuti resepi yang di ajar. Salah satu contohnya macam kat bawah ni.

Miss Permaisuri pernah cuba resepi masakan dari video Seminit Resepi, memang menjadi. Tak percaya? Korang kena cuba sendiri. Aku sendiri pun belum pernah cuba sebab aku dalam kategori malas memasak. Hahaha… Nak lagi mudah, download jer terus applikasi Seminit Resepi dalam handphone korang. Lebih mudah untuk cari video resepi yang korang nak.



Dengan Apps lagi mudah korang nak cari resepi sebab dah dibahagikan berdasarkan menu sarapan, kuih muih,

Seminit Resepi Taja Pavlova Untuk Pelajar Istimewa

Baru-baru ni Seminit Resepi berbesar hati menaja kek pavlova 2 tingkat untuk pelajar istimewa sekolah tempat Miss Permaisuri mengajar bersempena jamuan akhir tahun. Fuhh seronok la bebudak tu dapat kek pavlova dari Seminit Resepi.

Aku pun dapat merasa sikit sebab dah pesan kat Miss Permaisuri bawak balik sikit untuk aku. Wakaka… Serius memang sedap. Tak manis sangat dan tak kedekut buah. Aku pernah makan pavlova sebelum ni, ada yang terlebih manis. Yang ni memang ok.

Korang yang nak tempah Pavlova dari Seminit Resepi boleh WhatsApp No 017-3116185. Harga pavlova adalah RM70 untuk saiz 10.5 inci. Takda delivery, kena pickup sendiri kat Putrajaya.

Sekali lagi aku wakil kepada pelajar dan guru-guru mengucapkan jutaan terima kasih kepada Seminit Resepi kerana berbesar hati menaja dan menceriakan hari pelajar-pelajar tersebut dengan kek pavlova. Semoga Seminit Resepi lebih sukses dan terus membantu masyarakat untuk lebih mahir beraksi di dapur.

Filed Under: Food, Info, Produk, Review, Servis Tagged With: applikasi seminit resepi, resepi mudah, seminit resepi, video masakan

« Outdated Small Space Decorating Rules That You Should Break
Weekend Getaway di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur betul- »

Comments

  1. YB Shehan says

    November 29, 2018 at 12:14 pm

    sedapnya tgk pavlova tu.. nk install la apps ni

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Logo KBBA

Archives

Article Terkini

  • Susahnya nak jadi Youtuber.. Baik jadi Blogger lagi senang.
  • Siap dah pasang pintu kitchen cabinet yang aku tempah dengan tukang kayu pallet.
  • Settle beli semua keperluan sekolah Akiff di Pusat Pakaian Hari Hari.
  • Review Film : Ejen Ali The Movie. Filem Animasi tempatan yang cukup membanggakan
  • Bila kerajaan wajibkan penggunaan Car Seat bermula tahun 2020
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2019 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative