Alahai susah betul nak suruh bebudak ni makan sayur. Akiff dengan Azif cukup tak suka makan sayur hijau. Sayur yang warna selain hijau ok jer macam carrot, tomato dengan kentang. Yang lain kalau nampak hijau jer terus tak nak.
Dah macam-macam cara cuba untuk bagi bebudak ni makan sayur. Kekadang sayur tu buat celup tepung dan goreng. Haa itu baru diorang makan tapi tak bagus jugak amalkan sebab benda-benda bergoreng ni kan berminyak, kena kurangkan.
Kekadang Miss Permaisuri siap deco cantik-cantik dalam pinggan tapi takde maknanya dia nak sentuh yang hijau-hijau tu. Main lagi ade laa… Dalam mind set diorang dah tertulis yang sayur hijau tu tak sedap. Aduhhh… Susah kan macam ni walhal dalam tumbesaran diorang memang perlukan nutrien dari sayur-sayuran.
Dulu pernah dah terlintas nak tukar susu diorang kepada susu yang mengandungi nutrisi dari sayur-sayuran, tapi tak jadi tukar sebab kandungan gula dalam susu yang aku maksudkan tu agak tinggi. Jadi aku cuba fikir cara dan alternatif lain untuk bekalkan diorang dengan nutrien yang diperlukan iaitu dengan berikan makanan suppliment.
Banyak makanan tambahan yang ada kat pasaran sekarang tapi aku tertarik nak cuba produk Chlorophyll SURYA. Aku pilih produk ni sebab ia sangat sesuai untuk orang yang tidak makan sayur dan tidak mengambil hidangan sayur yang mencukupi sewaktu makan.
Hanya perlu bancuh dan minum. Rasanya pun sedap, ada pilihan rasa laici dan buah peach. Aku suka flavor laici, nanti nak try yang peach pulak..
Klorofil SURYA ni adalah minuman yang diekstrak dari daun Mulberry yang dikenali sebagai pokok yang jauh dari serangan serangga perosak. Kandungan alkali nya yang semulajadi baik untuk pembersihan dalaman yang membantu menjadikan kulit lebih cantik , cerah dan bebas dari jerawat. Untuk bebudak yang ada masalah kulit sensitif sangat bagus amalkan klorofil ni.
Selain itu, ia juga mampu memperbaiki sistem pengahadamam dan mengawal berat badan. Haaa ni untuk aku yang dah makin terlebih berat badan. Wakaka… Khasit lain jus klorofil ni adalah mempercepatkan proses penyembuhan luka, membantu melawan kanser, mengurangkan masalah bau badan dan nafas berbau serta banyak lagi. Klorofil dianggap sebagai superfood kerana ia kaya dengan mineral dan multivitamin yang sangat diperlukan oleh tubuh badan.
Sebenarnya jus ni bukan khas untuk kanak-kanak tau, ia sesuai untuk sesisi keluarga dan elok dijadikan sebagai minuman harian. Bancuh dengan air sejuk lagi sedap. Aku dah cuba bagi AKiff dan Azif dan diorang dua-dua suka. Mulanya si Azif tanya jugak air apa ni sebab nampak warna air lain macam jer, aku cakap jer air laici baru die nak minum.
Cara bancuhan jus klorofil SURYA ni mudah jer, hanya tambahkan jus ke dalam segelas air sejuk. Kacau dan sedia untuk diminum. Seeloknya tak perlu tambah gula sebab jus tu sendiri pun dah manis. Cuma jangan letak air banyak sangat, nanti kalau tawar jadi tak sedap pulak walhal tak reti bancuh. Hehehe…
Jus ni sesuai diminum kanak-kanak seawal usia 2 tahun. Ia selamat diminum sebab tiada bahan pengawet dan paling penting telah mendapat pengiktirafan serta mempunyai sijil HALAL, GMP ,HACCP & BioNexus Certified. Korang boleh cari di farmasi Watson yang berhampiran atau beli secara online di www.mynaturaloption.com
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai SURYA CHLOROPHYLL boleh berhubung di :
Facebook : Surya Malaysia
Instagram : Surya Malaysia
Leave a Reply