Ada tak yang pemalas jaga kulit muka macam aku? Aku memang malas nak cuci muka, malas nak letak krim atau apa-apa kat muka. Kalau jerawat naik lantak ko la.. Nanti dah bosan menapak kat muka aku hilang la tu. Wakaka…
Aku yang sekarang tak macam aku yang dulu. Zaman muda belia remaja dulu, aku memang ambik berat bab kulit muka. Rajin jer cuci muka dengan pencuci muka dan kalau ada jerawat aku guna krim jerawat untuk kecutkan. Tapi sekarang ni bila dah abah-abah ni tak kisah sangat dah. Hehehe..
Tapi baru-baru ni aku diperkenalkan dengan produk dari BioXcellent yang berfungsi untuk menjaga dan memelihara kesihatan kulit muka. Produk ni namanya Colla W.Diamond iaitu sejenis minuman kolagen. Wow… cantik la aku lepas ni.. Hahaha…
Korang yang mempunyai kulit kering, berparut dan mempunyai masalah seperti jerawat memang elok sangat consume Colla W.Diamond. Jangan risau sebab produk ni mempunyai kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.
Antara bahan yang digunakan dalam menghasilkan produk ni adalah :
- Campuran beri ( Ia diperkaya dengan anti oksidan)
- Tripeptide Kolagen
- Astaxanthin
- Acacia gum
- Ekstrak Buah Anggur
- Tomato
- Epal
- Rasberi
- Buah Delima
Kesan penggunaan produk ni boleh dilihat seawal 7 hari. Korang boleh rasa kulit muka lebih anjal dan gebu. Garis-garis halus dan kedutan kat muka juga semakin hilang sebab nutrien dari bahan-bahan yang digunakan tu akan membaiki struktur kulit dari dalam. Selain itu, ia juga mampu mengatasi masalah jerawat, jeragat, pigmentasi dan tompok hitam. Kulit muka juga akan lebih terjaga dari kesan sinaran UV dan kotoran.
Cara nak amalkan produk ni simple jer. Bancuhkan 1 scoop (20 gram) ke dalam 200ml/250ml air suam atau sejuk, goncang sehingga larut dan minum serta merta. Rasa air Cola W.Diamond ni sedap, memang terasa masam-masam manis ekstrak berry. Korang boleh tengok video aku kat bawah ni.
Selain untuk kecantikan kulit, Colla W.Diamond juga memberikan kesan baik kepada kuku dan rambut. Kuku akan lebih berkilat dan rambut menjadi lebih sihat serta mengurangkan kuguguran rambut. Badan juga akan terasa lebih segar dan bertenaga. Tapi kena ingat, korang kena banyakkan minum air kosong sepanjang hari.
Kesan penggunaan produk ni untuk setiap orang adalah berbeza bergantung kepada penerimaan tubuh badan masing-masing. Jadi, jangan pulak korang minum baru seminggu pastu bising sebab tak bertukar jadi putih gebu lagi. Nak putih segera sila sental kulit muka dengan klorox. Hahaha…
Produk ni boleh di dapati di mana-mana rangkaian Watsons seluruh Malaysia. Sesuai untuk lelaki dan wanita yang berusia 16 tahun ke atas. Bebudak jangan bagi, kulit diorang tak memerlukan nutrisi tambahan macam kita yang dah dewasa ni.
Untuk maklumat lanjut boleh dapatkan info di https://www.bioxcellent.com/colla-w-diamond dan boleh lihat sendiri testimoni pengguna yang dah mengamalkan produk ni.
lisa nurulain says
wowww… gebus la lepas ni abg lan