Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Pengalaman menarik di Kidzania Kuala Lumpur sempena Family & Friends Night : Dia De Los Muertos

November 9, 2018 by Admin 9 Comments

Spread the love

Pengalaman yang jarang-jarang dibuka kepada pengunjung Kidzania apabila ibu bapa juga berpeluang membuat ‘kerja-kerja’ yang terdapat di dalam Kidzania bersama anak-anak dalam program istimewa Family & Friends Night : Dia De Los Muertos. Bertuah rasanya dapat luangkan masa dengan Akiff dan Azif dalam program ni.

Korang pernah tak bawak anak-anak pergi Kidzania Kuala Lumpur? Alaaa tempat yang nampak kepala kapal terbang Air Asia terkeluar dari bangunan kat sebelah Ikea Damansara tu…

Kidzania adalah education indoor themepark yang satu-satunya ada di Malaysia. Kat sini anak-anak kita berpeluang merasai pengalaman ‘bekerja’ seperti orang dewasa dalam dunia mereka sendiri. Bila masuk dalam Kidzania tu, korang akan rasa macam berada dalam satu bandar sebenar sebab kat situ ada balai polis, kedai makan, saloon, kilang, hospital, klinik dan macam-macam lagi.

So, anak-anak kita boleh pilih untuk bekerja kat mana yang dia suka. Boleh jadi pilot, boleh jadi abam bomba, boleh jadi tukang masak, boleh jadi doctor dan apa sahaja. Kalau kerja kat restoran McDonald, diorang akan diajar buat burger then burger tu boleh makan. Haaa best giler kan… Diorang boleh pilih beberapa pekerjaan yang diorang suka dan akan dipakaikan dengan pakaian yang sesuai dengan pekerjaan tu.

Kalau jadi bomba akan pakai baju bomba, jadi polis pakai uniform polis… Menarik kan?! Diorang akan dibayar gaji untuk setiap kerja yang dibuat tu. Gaji tu boleh masukkan dalam akaun atau cash. Oh yaa… Nanti masa masuk sini, setiap bebudak akan dapat duit dan diorang boleh pergi bank untuk creat atm kad sendiri. Lepas tu duit gaji yang diorang dapat boleh masukkan dalam atm tu dan duit tu jugak boleh digunakan untuk beli cenderahati dalam kedai yang ada kat situ.

Aku ada 14 entry pegalaman Akiff di Kidzania masa umur dia 4 tahun. Korang boleh baca pengalaman menarik di Kidzania yang aku dah tulis. Serius best dan berbaloi sangat.

Tapi baru-baru ni Kidzania ada menjalankan program khusus yang dinamakan Family & Friends Night : Dia De Los Muertos. Program istimewa ni dibuka selama 2 hari jer iaitu pada 3 & 4 November 2018 bermula jam 6 petang sehingga 10 malam.

Apa yang best sangat program ni? Haaa… Biasanya aktiviti dalam dunia Kidzania tu hanya melibatkan kanak-kanak berusia 4 tahun sehingga 16 tahun. Tapi kali ni ibu bapa juga boleh turut serta buat aktiviti ni dengan anak-anak. Tak percaya? Haa tengok gambar bawah ni… Hehehe…

Aku jadi ahli bomba uolsss… hahaha… Aku yang teruja sebab dapat pakai uniform bomba dan naik kereta bomba pergi padamkan api. Hehehe…

Selain tu aku sempat jadi doctor kat Hospital Gleneagles dengan si Azif. Abang Akiff yang jadi patient kitorang.. Acah-acah kemalangan dan patah tangah. Hahaha… Seronok weh dapat luangkan masa macam ni dengan diorang. Tapi tak semua aktiviti dibuka untuk program family and friends, hanya 15 sahaja yang antaranya :

  • Fire Station
  • F&N Wall Climbing
  • Design Studio (Arts & Craft)
  • Kurlz Beauty Salon
  • Fly FM & Hot FM Studio
  • Energy Control Room
  • Window Washing
  • Volvo Car Dealership
  • Emergency Room
  • Police Station
  • KidZania Post
  • Surgery Room
  • AirAsia Flight Simulator
  • Brother Sewing & Embroidery Centre
  • Spritzer Bottling Plant

Walaupun hanya 15 jer aktiviti yang dibuka dari 100 lebih aktiviti yang ada dalam tu, tapi dah memadai sebab bukan semua sempat nak buat. Aku dengan Akiff sempat berlumba panjat bangunan kat F&N Wall Climbing. Cuma terkilan sikit aku tak sempat jadi pilot Air Asia. Huhuhu..

 

View this post on Instagram

 

Sesekali dapat buat aktiviti macam ni bersama.. Terkejut gak sebenarnya tengok Akiff boleh panjat sampai atas sebab budak sebelum dia tak berjaya naik sampai atas pun.. . . @kidzaniakl #KidzaniaKL #LanCarenoDotCom #KBBA9 #ParentingBlogger #MalaysianBlogger

A post shared by Lan Careno www.lancareno.com (@lan_careno) on Nov 9, 2018 at 12:00am PST

Sebenarnya program ni bersempena Halloween Celebration dimana kita meraikan kekuatan ikatan kekeluargaan. Aku baru tahu bahawa sambutan perayaan Halloween ni sebenarnya adalah perayaan besar orang Mexico. Kiranya perayaan bersama mereka yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia. Dia nak kite sentiasanya mengingati ahli keluarga kita yang dah meninggal. Costume hantu yang biasanya dipakai bersempena halloween tu adalah simbolik kepada mereka yang dah mati. Tapi itu perayaan orang Mexico, cara kita berbeza dengan diorang tapi kita cuba ambil yang positif iaitu ikatan kekeluargaan adalah paling utama dan tidak akan terputus even dah meninggal dunia.

Dalam program istimewa selama 2 hari di Kidzania, Family & Friends Night : Dia De Los Muertos, ada banyak aktiviti yang disediakan antaranya : 

  • Dia de los Muertos parade & dance
  • Best Dia de los Muertos costume
  • Parent-kid face painting
  • Calabera origami decoration
  • Dia de los Muertos maze

Aku harap lepas ni ada lagi program istimewa macam ni yang memberi peluang kami mak ayah merasa buat aktiviti dengan anak-anak. Korang kena selalu ushar facebook Kidzania dan website diorang sebab kat situ selalu die akan update segala aktiviti dan kempen apa yang diorang buat.

Website : www.kidzania.com.my
Facebook : KidZania Kuala Lumpur
Instagram : KidzaniaKL
Email : kzkl.events@kidzania.com.my
Hotline : 1 300 13 KIDZ (5439)

 

Loading

Filed Under: Advertorial, Info, Parenting, Travel Tagged With: Halloween celebration, KidZania KL, Kidzania Kuala Lumpur, pengalaman di Kidzania Kuala Lumpur

« Lebih mudah jaga kecantikan kulit muka dengan BioXcellent Colla W.Diamond.
Bagi jus Chlorophyll SURYA sebagai alternatif untuk anak yang tak makan sayur »

Comments

  1. Hafiz Rahim says

    November 9, 2018 at 4:29 pm

    Anak aku dah pernah g kidzania.. aku je belum pernah sampai. Macam best je tengok

    Reply
  2. Lynn says

    November 9, 2018 at 7:23 pm

    Hahahaha join naik bomba tu best

    Reply
  3. ummi nani says

    November 9, 2018 at 8:30 pm

    Bawa anak yg besaq untung. kalau byr bawa anak kecik rugi.. nyr mahal ,xdapat main. Tapi bagus untuk kids 8thn keatas

    Reply
  4. Haida says

    November 9, 2018 at 8:30 pm

    Seronok bawa anak2. Diaorang pun mesti suka. Boleh belajar sambil bermain

    Reply
  5. Shazillahsani says

    November 9, 2018 at 8:54 pm

    Anak sha dua kali pi sini.. Hihihi

    Reply
  6. Angah Judin says

    November 9, 2018 at 11:28 pm

    Bestnya.. xpernah pi lagi.. nk kena plan bawa anak p pasni

    Reply
  7. Nadia Johari says

    November 10, 2018 at 1:06 am

    bila lah boleh bawak fariza ke sini..mesti dia seronok datang sini..nanti ade rezeki lebih bolehlah datang sini

    Reply
  8. mas saari says

    November 11, 2018 at 11:27 am

    Wahhh makin bestlah Kidzania, lama dah tak bawak anak².

    Reply
  9. Ai says

    November 14, 2018 at 12:38 pm

    Seronok nya.. Kalau ai yang nak main dalam tu boleh?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Rabun Pun Ada Gaya – Misi Tukar Cermin Kat Eye Pro Vision, Sungei Wang
  • Tiada tajuk yang sesuai. Hanya nak bercerita.
  • Beli Keperluan Sekolah Awal di Pusat Pakaian Hari-hari.
  • Kalau malas cat sendiri, hadap jer kos upah tukang cat sekarang.
  • Iternary Ringkas Percutian ke Medan, Indonesia
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2025 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative