Makin banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tampil dengan motif dan usaha untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan dalam pelbagai sudut. Kita boleh lihat senarai badan sukarelawan di Malaysia yang semakin hari semakin banyak. Antara contoh badan sukarelawan di Malaysia adalah Pertubuhan Sukarelawan Muslim Volunteer Malaysia (MVM) yang telah didaftarkan pada 30 Disember 2014. Tak lambat dah nak sambut ulangtahun ke 4 dah tapi masih ramai yang belum tahu mengenai Muslim Volunteer Malaysia.
Aku sendiri pun baru tahu lepas diceritakan oleh rakan facebook. Kebiasaan yang aku tahu, golongan yang aktif dengan aktiviti NGO adalah mereka yang berusia 30an dan ke atas. Tapi sangkaan aku meleset apabila dapat tahu yang MVM mempunyai sukarelawan lebih 50,000 remaja berusia antara 18 hingga 24 tahun. Wow! Dulu dalam usia aku macam ni aku hanya fikirkan nak cari duit dan enjoy jer. Rupanya ramai remaja yang daftar sebagai sukarelawan Muslim Volunteer Malaysia untuk berbakti kepada masyarakat melalui pertubuhan sukarelawan ni.
Aku tertarik dengan visi dan misi MVM dimana diorang fokus kepada bantuan secara berfasa. Maksudnya kat sini, sekali ko dah tersenarai sebagai penerima bantuan MVM, diorang akan pantau dan pastikan yang kehidupan penerima bantuan diperbaiki dari masa ke semasa. Bukannya lepas dah bagi bantuan terus senyap jer.
Ada antara penerima bantuan dibantu untuk meningkatkan taraf hidup dengan diajar berniaga dan dibekalkan kelengkapan perniagaan. Haaa ini baru la betul. Kita tak suapkan nasi tapi kita bekalkan beras dan ajar cara masak nasi.
MVM mengutamakan bantuan kepada rakyat Malaysia sendiri berbanding luar negara. Tapi tak bermaksud isu kemanusiaan luar negara tidak diendahkan langsung. Contohnya macam tahun 2018, sebanyak 68 program bantuan dilaksanakan dan hanya 6 daripadanya melibatkan program di luar negara. Untuk tahun 2019, sebanyak 89 program bantuan telah dilaksanakan dan 8 daripadanya adalah di luar negara seperti di Indonesia.
Tak hairan lah MVM pernah tersenarai sebagai 5 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) terbaik di Malaysia oleh iM4U masa Volunteer Malaysia Awards pada tahun 2016.
Bagusnya jadi sukarelawan di bawah MVM sebab mereka juga memfokuskan pembangunan sukarelawan dimana para sukarelawan diajar skill dan kemahiran sebagai sukarelawan kemanusiaan dalam program yang dibuat.
Ada banyak jenis aktiviti sukarelawan yang dibuat yang dibahagikan kepada beberapa Segmen dengan motif dan jenis bantuan yang berbeza dihulurkan. Antaranya MVM HOPE iaitu bantuan yang diberikan merangkumi bantuan asas, kemahiran perniagaan dan pemantauan komitmen.
MVM UNITY pulak adalah program untuk mengeratkan hubungan antara sukarelawan dengan masyarakat melalui aktiviti bersama seperti gotong royong dan sukan.
MVM REACH adalah program yang melibatkan syarikat korporat, persatuan dan syarikat swasta atau kerajaan dengan menyediakan peluang kerjasama dalam aktiviti khidmat masyarakat.
MVM RELIEF adalah program khas untuk bantuan bencana kecemasan tak kira di dalam Malaysia atau luar negara.
MVM TOUCH pula adalah bantuan berkonsepkan “one touch” berdasarkan aduan orang ramai.
Memang banyak program yang disusun secara teliti oleh MVM bagi memastikan segala jenis aktiviti yang hendak dijalankan betul-betul memberi impak dan kesan positif bukan hanya kepada penerima tetapi juga pihak-pihak lain. Terbaek!
Korang sebagai rakyat Malaysia yang prihatin boleh juga membantu melalui kempen RM10. Kempen ni memberi peluang kepada kita untuk menyumbang bagi menambah dana MVM untuk menanggung kos perbelanjaan tadbir urus dalam usaha melaksanakan program dan aktiviti. MVM jugak membuka peluang kepada mana-mana badan korporat untuk menyumbang dengan menghubungi Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia ditalian 03-8074 0434.
Korang boleh layari www.donation.mvm.org.my untuk semak cara menyumbang di Muslim Volunteer Malaysia. dan mendaftar sebagai sukarelawan ngo. Melalui website tu jugak korang boleh dapat informasi terkini tentang kempen tajaan yang ada.
Untuk maklumat lanjut korang boleh juga chek akaun social media diorang kat bawah :
Facebook : Muslim Volunteer Malaysia
Instagram : @muslimvolunteermalaysia
Twitter : @VolunteerMVM
Telegram : https://t.me/MuslimVolunteerMalaysia
Youtube :
YB Shehan says
good effort. kempen RM10 tu bgs sgt diwar2kan..
ina says
bagus misi macam ni.. sekurangnya dpat lah menabur bakti kpd mereka.
fizafantagiro says
Bagusnya part yang dorang akan pantau once dh pernah terima bantuan tu
miminadam says
walaupun RM10 tetap dapat meringankan beban kepada yang memerlukan. Semoga teruskan program misi amal ni
mas saari says
Bagusnya ada NGO camni!