Mana datang ntah darah keturunan Jepun kat anak-anak aku ni. Diorang ni lagi suka makan makanan Jepun dari makan nasi. Jenuh la abah nak layan selera Jepun korang dua beradik..
Masa bermalam kat Sunway Putra Hotel hari tu, siangnya aku dah pekena kari kepala ikan kat coffee house hotel. Bebudak tu tak makan sangat pun. Malamnya aku bawak diorang makan Japanese food, layankan selera diorang pulak…
Kat Sunway Putra Hotel ada restoran makanan Jepun terbaik di KL iaitu Gen Japanese Restaurant.. Kat sini ada pilihan set bento, ala cart dan jugak buffet.
Set bento berharga RM55 jer. Puas hati makan, sedap sangat. Kitorang ambik 2 set pastu kongsi 4 orang. Hehehe…
Next day kitorang try buffet japanese pulak sebab malam sebelum nampak menu-menu buffet mengancam giler. Banyak giler pilihan yang ada. Bebudak ni fokus kat sushi jer.Ada banyak pilihan sushi yang ada. Tapi malam tu si Azif dok ulang makan salmon sashimi. Favourite dia tu…
Sashimi ada beberapa pilihan tapi yang ni jer pilihan dia. Ada jugak octopus sashimi tapi kitorang tak try pun. Takut aku tengok cotopus sekor kat kaunter sashimi tu. Hahaha…
Aku tertarik dengan live cooking teppanyaki. Pilih jer bahan apa yang kita nak pastu nanti chef akan masakkan. Yang ni korang wajib cuba. Dua kali aku repeat.. Serius sedap! Tak sama langsung dengan teppanyaki yang biasa aku makan kat luar.
Meh aku tunjuk sikit antara pilihan menu lain yang ada. Banyak sangat tapi tak semua aku ambik gambar. Hehehe..
Desert kat sini pun ohsemmm… Puas makan makanan jepun, kitorang juz lepak-lepak makan desert pulak. Sampai dah tak mampu nak makan baru kitorang beredar.
Suasana dalam Gen Restaurant ni sunyi dan tenang sangat. Waktu malam boleh nampak KLCC dan menara KL yang tengah bermain lampu berwarna-warni. Kalau tengok ke bawah boleh nampak lrt silih berganti keluar masuk stesen.
Untuk smoker, don’t worry sebab ada open space untuk korang. Sila berasap kat area yang disediakan. Area tu pun cantik sangat, macam ala-ala Japanese Garden.
InsyaAllah kitorang akan repeat lagi ke sini sebab aku suka tengok anak-anak enjoy the food. Korang kalau nak cari makanan jepun terbaik di KL, yes sini memang tempatnya.
Korang boleh datang sama ada untuk lunch or dinner.. Tempat ni boleh muat sehingga 150 orang dalam satu masa. Boleh la buat majlis kat sini, nak buat meeting pun boleh sebab ada tatami room jugak. Alaaa bilik-bilik kecik macam kat Jepun tu, yang makan sambil duduk bersila tu. Nice giler!
Maklumat lanjut dan tempahan tempat duduk boleh hubungi detail kat bawah ni k…
Gen Japanese Restaurant, Sunway Putra Hotel
100 Jalan Putra 50350 Kuala Lumpur
Tel : 03-4040 9888
Email : spkl.dine@sunwayhotels.com
YB Shehan says
sedap lak tgk.. rs mcm pnh mkn kt sini.. lupa dah