Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Rakyat Syria Perlukan Bantuan Kita. Jom Bersama Muslim Volunteer Malaysia (MVM) Untuk Membantu.

December 18, 2018 by Admin 3 Comments

Spread the love

Syria kini menjadi perhatian seluruh dunia. Setiap hari ada sahaja kematian melibatkan orang awam yang tidak berdosa. Rakyat Syria kini sedang bersedia dengan segala kemungkinan yang berlaku. Perang saudara di Syria dah berlanjutan sejak tahun 2011. Dari isu ketidakpuasan hati rakyat kepada pemerintah hingga sekarang berlanjutan sampai ada campur tangan kuasa luar. Yang menderita adalah rakyat terutamanya wanita dan kanak-kanak.

Pernah tak kita tanya kepada diri sendiri, apakah bantuan yang kita hulurkan untuk mereka sebagai saudara seagama? Hurrmm… Macam takde kan? Sebenarnya kita juga boleh membantu. Sebab itu Muslim Volunteer Malaysia (MVM) membuka peluang dan ruang untuk kita rakyat Malaysia membantu penduduk Syria dengan cara menyalurkan sumbangan atau setidak-tidaknya kita menghebahkan tentang misi kemanusiaan supaya dapat perhatian netizen. Mana tahu dengan informasi yang kita share ni boleh sampai ke pengatahuan individu atau badan korporat yang berminat untuk menyumbang.

Sumbangan yang terkumpul akan diserahkan sendiri oleh pasukan sukarelawan MVM yang akan ke sana pada 16 hingga 25 Januari 2019 nanti. Ini adalah kali ketiga misi kemanusian ke Syria. Kali pertama dulu, MVM menyerahkan kit musim sejuk yang keseluruhan nilainya mencecah RM100,000 dengan kerjasama Malaysia Life Line For Syria (MLLFS).

Pada Januari 2018 lalu pula adalah misi kedua dimana nilai bantuan bernilai RM200,000 telah diberikan. Antara keperluan yang diberikan adalah baju sejuk, selimut dan susu bayi. Misi kedua jugak adalah kerjasama dengan MLLFS.

Untuk misi kali ni, MVM bekerjasama dengan Global Peace Malaysia (GPM) akan menyalurkan kotak makanan serta baju sejuk kepada lebih 6,000 rakyat Syria di kem pelarian Syria Gaziantep. Syria – Turki yang memasuki musim sejuk. Sebanyak RM300,000 dana diperlukan untuk misi kali ni. Untuk mengumpul dana, MVM menggunakan platform media sosial supaya orang ramai lebih mudah mendapatkan maklumat dan menyumbang untuk misi ini.

Kalau nak guna media sosial, impaknya pasti lebih kuat jika kita bekerjasama dengan mereka yang berpengaruh di media sosial. Oleh sebab itu, MVM telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa selebriti dan usahawan terkemuka supaya hebahan dan perkongsian positif dari mereka ni boleh memberi inspirasi kepada pengikut diorang.

Baru-baru ni telah diadakan sidang media untuk memperkenalkan icon MVM yang telah dilantik. Mereka ini akan bekerjasama dengan MVM untuk menghebahkan kepada netizen tentang program kemasyarakatan, kempen-kempen dan juga aktiviti yang dilaksanakan oleh MVM.

Antara Icon MVM yang diperkenalkan adalah Mila Jirin iaitu Juara Akademi Fantasi musim Ke-5. Selain itu, Da’i Ahmad Izzhar yang merupakan peserta Pendakwah Milenia Musim Ke-2, Ustaz Dato’ Dr Mohd Izhar  Ariff iaitu personaliti dakwah dan kumpulan nasyid Inteam. Usahawan terkemuka yang turut menjadi icon MVM adalah Puan Ernayanee iaitu CEO De’Xandra.

Korang yang nak turut sama menyumbang bersama Muslim Volunteer Malaysia boleh layari www.donation.mvm.org.my. Kat situ korang boleh juga daftar sebagai sukarelawan MVM serta boleh mendapatkan info tentang program sukarelawan yang diadakan.

Untuk perkembangan lain boleh juga follow akaun social media MVM seperti di bawah :

Facebook : Muslim Volunteer Malaysia
Instagram : @muslimvolunteermalaysia
Twitter : @VolunteerMVM
Telegram : https://t.me/MuslimVolunteerMalaysia
Youtube : 

Diharapkan agar MVM akan lebih maju ke depan dalam menjadi badan sukarelawan yang lebih dekat kepada masyarakat sekaligus dapat menarik belia dan remaja untuk menjadi sukarelawan MVM.

Loading

Filed Under: Advertorial, Charity, Info Tagged With: Bantuan Syria, Kerja Amal, Muslim volunteer Malaysia, Pertubuhan muslim volunteer malaysia, Syria Care

« Program Kayuhan MAIPs Peduli bersama Raja Muda Perlis dan McDonald’s Dekati Penduduk Kampung Di Perlis
Hidup Lebih Bahagia Dengan Lebih Memberi »

Comments

  1. Mariana says

    December 18, 2018 at 11:58 am

    Allah, sedih tgk nasib mereka. Kita aman damai je. Jom sama2 membantu

    Reply
  2. mas saari says

    December 19, 2018 at 8:18 am

    Jom sama² kita bantu ringankan beban mereka.

    Reply
  3. RADHIA HAAFIZA CHE RAZALI says

    December 20, 2018 at 10:04 am

    Semoga MVM berkembang maju agar nasib-nasib insan yang tidak bernasib baik terbela

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Rabun Pun Ada Gaya – Misi Tukar Cermin Kat Eye Pro Vision, Sungei Wang
  • Tiada tajuk yang sesuai. Hanya nak bercerita.
  • Beli Keperluan Sekolah Awal di Pusat Pakaian Hari-hari.
  • Kalau malas cat sendiri, hadap jer kos upah tukang cat sekarang.
  • Iternary Ringkas Percutian ke Medan, Indonesia
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2025 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative