Bestnya bermalam di hotel 5 bintang. Bukan anak-anak jer teruja, mak bapak pun sama happy. Bukannya selalu aku bawak anak-anak bermalam di hotel sekitar KL. Iyer la kan sebab rumah pun kat KL, buat apa nak bermalam kat hotel. Tapi sesekali jadi pelancong kat tempat sendiri apa salahnya kan. Jadi aku pilih Sunway Putra Hotel sebagai hotel pilihan sebab lokasinya yang strategik dan berkembar dengan shopping centre Sunway Putra Mall.
Korang kalau nak pilih hotel, biasanya faktor apa yang korang ambik kira? Kalau aku biasanya faktor lokasi hotel, kemudahan yang disediakan di hotel, tarikan yang ada disekitar hotel dan paling penting nak baca review orang dulu sebab dari situ kita boleh tahu servis hotel tu ok ke tak.
Sampai kat Sunway Putra Hotel, aku drop bag dulu mintak diorang bawak naik. Lepas tu terus naik ke parking. Alhamdulillah parking banyak jer. Tak susah nak dapat parking.
Kitorang disambut oleh staff yang peramah dan murah dengan senyuman. Urusan chekin pun laju jer. Tak sempat si Akiff dengan Azif berlari berkejaran kat lobby hotel, aku dah pun dapat kunci bilik.
Masuk jer dalam bilik, wowwww besarnya bilik. Hotel ni dah lama tapi nampak serba baru! Bebudak dah mula excited nak melompat atas katil tapi sebelum tu jom selfie dulu sebelum tilam bersepah. Hehehe…
Wifi laju dalam bilik. Yang datang atas urusan kerja memang selesa giler sebab ada work station kat dalam bilik.
Miss Permaisuri berkenan sangat dengan sofa dalam bilik tu. Simple tapi nampak exclusive sangat.
Bilik aku mengadap city view, menghala ke arah PWTC. Jangan berangan nak request garden view atau sea view yer. Non hadoo… Paling tidak pun korang boleh request city view yang panoramanya ada KLCC dan KL Tower… Ohsemmm giler kalau dapat view tu waktu malam.
Tapi Azif suka view ni sebab boleh tengok LRT. Asal LRT lalu jer die sebok panggil kitorang tengok skali. Teruja betul dia..
Apa yang disediakan dalam bilik serba lengkap. Set complimentary tea and coffee, iron, toilettaries, mini fridge, safety box dan penimbang berat. Aku dari dulu tak tahu kenapa hotel berbintang-bintang ada sediakan penimbang. Pelik lak…
Bilik air bersih dan besar. Takde bathtub sebab design tandas adalah frendly OKU. Ni adalah salah satu kemudahan yang sangat sangat diperlukan oleh golongan istimewa.
Okeh.. Lepas chekin dan berehat kjap, kitorang turun makan kat Coffee House iaitu restoran dalam hotel ni jugak. Ada set ala cart RM25. Murah ke mahal? Harga di hotel bertaraf 5 bintang dah dikira murah sangat ni.
Kitorang order set pizza dengan set spaghetty. Serius sedap sangat. Sedap bukan sebab lapar tau tapi memang betul-betul sedap. Next time walau tak stay sini pun aku nak jer datang repeat makan kat Coffee House.
Lepas makan kitorang ke Kidzania KL. Dah lama Akiff ajak nak ke situ, alang-alang tengah mood bercuti ni boleh la ke sana. Balik dari Kidzania dah malam dah.
Bebudak ni pun dah sebok lapar tapi badan dah tak larat nak keluar cari makan. Mulanya nak cari makan kat mall bawah jer tapi teringat member cakap kat hotel ni ada Japanese Restaurant yang sedap. So, nak jugak try sebab dah alang-alang stay sini kann…
Gen Japanese Restaurant merupakan restoran yang berkonsepkan Jepun. Dari dekorasi hingga ke makanan semuanya berkonsepkan Jepun. Korang boleh baca review makanan Jepun kat restoran ni yang aku dah tulis. Serius berbaloi makan sini.
Malam pertama kitorang makan set bento. Malam esoknya repeat lagi tapi kali ni terus ambik set buffet.
Esoknya awal pagi kitorang dah turun breakfast kat Coffee House.. Best giler breakfast kat hotel 5 bintang. Segalanya ada. Puas hati melepak makan situ.
Bagusnya kat sini sebab sebelah Coffee House ada mini playground untuk bebudak. Boleh la lepaskan diorang main kat situ sambil mak bapak melayan selera makan.
Kalau dah stay hotel biasanya bebudak ni mesti sebok nak mandi kolam. Haaa kat sini kolamnya agak luas. Walaupun ramai orang tapi tak sesak pun. Siap ada petugas jaga tepi kolam tu.
Ada 3 kolam, yang besar sekali tu kolam dewasa. Ada juga kolam jacuzzy dan kolam kanak-kanak. Kalau bebudak nak berendam dalam kolam dewasa pun masih boleh sebab kat hujung sana tu masih cetek.
Gym ada betul-betul mengadap pool. Kalau tak sempat nak bersenam kat gym jangan risau sebab gym dibuka 24 jam. Nak datang bersenam tengah malam pun boleh.
3 hari 2 malam kitorang stay sini tapi rasa kejap sangat. Pelan asal nak berjalan banyak tempat jugak sekitar KL tapi sayang betul nak keluar tinggalkan hotel ni. Hahaha…
Mulanya nak bawak Akiff dengan Azif naik LRT ke Masjid Jamek. Nak layan keindahan River of Life yang merupakan salah satu tarikan baru kat KL tapi ‘termalas’ pulak. Hahaha…
Tapi apa pun staycation atau weekend getaway kitorang di Sunway Putra Hotel memang Ohsemmm… Anak-anak happy, mak ayah pun happy. Hehehe..
Kalau korang ke sini jangan lupa try makan di Gen Japanese Restaurant dan Coffee House diorang. Korang wajib try set Kari Kepala Ikan di Coffee House jugak tau. Hanya RM39.90 jer untuk 2 orang. Sangat berbaloi.
Sunway Putra Hotel
100 Jalan Putra 50350 Kuala Lumpur
Tel : 03-4040 9888
Leave a Reply