Baru-baru ni telah dilancarkan program Gerobok Rezeki anjuran Surau Kementerian Kerja Raya di pejabat aku. Idea gerobok rezeki ni sebenarnya dah banyak dibuat kat masjid-masjid. Cuma aku jer tak pernah nampak lagi. Nampak sangat jarang pergi masjid kan.. Hahaha… Tapi bezanya kali ni pihak surau office aku letak gerobok ni kat lobby bawah pejabat.. Ini yang jarang-jarang dibuat oleh mana-mana pejabat…
Korang tahu tak gerobok tu apa? Gerobok tu kalau orang dulu-dulu maksudnya almari yang tempat simpan makanan. So, gerobok rezeki adalah rak dimana bahan-bahan keperluan asas diletakkan dan sesiapa sahaja boleh ambik secara percuma. Keutamaan adalah kepada mereka yang kurang berkemampuan. Tapi yang berkemampuan kalau nak ambik pun boleh, takde syarat tertentu pun. Tak perlu isi borang pun. Tak perlu tulis buku pun. Cuma kena ikhlaskan diri, bukannya dengan perasaan tamak.
Barang-barang yang diletakkan kat gerobok rezeki ni datangnya dari sumber tabung surau. Bila kurang nanti surau akan tambahkan lagi. Staff kat sini jugak digalakkan untuk menderma. Kiranya kalau beli barang tu, beli lah lebih dah letakkan kat rak tu. Nanti yang memerlukan boleh la ambik.
Benda ni bagus sebab ia menggalakkan orang ramai untuk memberi dan berkongsi. Kita ada lebih, kita kongsikan dengan orang yang memerlukan. Tak kisah barang apa pun tapi digalakkan adalah keperluan asas seperti minyak, gula, tepung, susu, beras, biskut dan macam-macam lagi.
Haaa ni adalah salah satu inisiatif yang dibuat oleh ajk surau kat pejabat aku untuk sama-sama mewujudkan budaya bersedekah dan berkongsi rezeki. Tapi kena ingat, utamakan dulu berzakat kerana ia adalah tanggungjawab dan kewajipan kita sebagai Muslim.
Allah SWT berfirman (yang bermaksud): Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. [Al-Baqarah (2): 267]
Dalam rezeki kita, mungkin terselit juga rezeki orang lain. Jadi carilah keberkatan dalam pendapatan supaya kehidupan kita lebih diredhai Allah. Lembaga Zakat Selangor selalu mengadakan kempen kesedaran supaya kita tak lupakan tanggungjawab kita untuk menunaikan zakat. Banyak kempen-kempen yang dah dibuat untuk bagi kesedaran kepada semua orang.
Sekarang ni Lembaga Zakat Selangor ada menjalankan Kempen Berbahagia Dengan Memberi. Kempen ni untuk mengajak syarikat swasta membuat potongan gaji berjadual kepada staff untuk berzakat. So, pekerja dah tak perlu lagi nak fikirkan untuk bayar zakat setiap bulan sebab pendapatan yang dia dapat setiap bulan telah ditolak dengan nilai zakat yang perlu dikeluarkan.
Syarikat yang berminat nak buat tolakan gaji boleh panggil Lembaga Zakat Selangor untuk datang ke pejabat korang dan bagi taklimat kepada semua staff. Boleh hubungi Puan Norhazirah (012-6296791) atau Encik Hatta (019-388 0573). Nanti dia akan jelaskan juga pengiraan yang betul untuk jumlah zakat yang perlu dikeluarkan setiap bulan berdasarkan gaji setiap orang.
Kempen Berbahagia Dengan Memberi ni bermula 1 Oktober 2018 sehingga 31 Disember 2018, mana-mana syarikat yang mendaftar untuk membuat pembayaran zakat pendapatan melalui potongan gaji berpeluang untuk dapat hadiah sebuah laptop atau smart tag. Haa mana tahu ada rezeki syarikat tempat korang kerja tu kan. Untuk info lanjut boleh layari www.zakatselangor.com.my
betul , dalam rezeki kita pasti ada bahagian untuk org lain…semoga dipermudahkan segala urusan pembayar2 zakat…good job dengan idea gerobok rezeki….
how true.. kenalah berkongsi rezeki dgn orang lain yg mungkin lebih memerlukan. konsep sebeginalah membolehkan kita bantu membantu
betul..nak dapat ketenangan hidup cuba lebihkan memberi..pasti berkesan