Yeaaa akhirnya selepas 4 tahun baru dapat tukar cermin mata baru. Hahaha… Lama gila aku bertahan dengan cermin mata sebelum ni. Masa tu aku buat kat kedai spec yang baru bukak kat area rumah. Nampak harga promo RM100++, dah rasa murah giler masa tu. Terus tak fikir panjang. Sebab sebelum-sebelum ni kalau buat spec semuanya mencecah RM300.
Tapi baru-baru ni aku nampak post viral kat facebook pasal kedai cermin mata murah di Sungei Wang Plaza yang harga tak masuk akal, terus pergi tempah spec kat situ jugak.
Hari tu viral kedai cermin mata Eye Pro Vision kat Sungei Wang yang buat promosi bingkai cermin mata dengan kanta multicoated hanya RM38 jer. Masa tu tak sempat nak terjah. Member aku ada pergi, dia kata nak masuk kedai pun sesak dengan orang. Fuhhh nasib baik aku tak pergi.
Tapi kalau pergi sekarang pun harga still murah wehhh. RM65 untuk bingkai tahan lasak dan kanta multicoated. Lebih 2,000 pilihan bingkai cermin mata yang ada kat kedai tu.
Rambang mata nak pilih sampai Akiff dengan Azif dah mengamuk sebab abahnya ambik masa lama sangat memilih spek.
Puas aku cuba macam-macam design sebab nak cari kelainan kononnya tapi akhirnya pilihan aku tetap design yang tak jauh beza dengan sebelum ni. Hehehe…
Yang bestnya bingkai kat sini jenis berkualiti dan tahan lasak. Boleh dilentur! Kalau terpijak atau tertidur lupa buka spec pun takda hal. Tak risau spec patah atau bengkok…
Kanta Alpha Blue 420
Masa kat kedai tu, aku dilayan oleh William iaitu boss kedai Eye Pro Vision sendiri. Alahai peramah sangat dia ni. Dia explain kat aku pasal kanta jenis Alpha Blue 420 yang boleh menghalang cahaya dan sinaran uv terus ke mata. Sangat bagus untuk korang yang ada masalah silau.
Kalau dulu benda ni jadi keperluan untuk orang yang banyak tengok screen komputer tapi sekarang kan kita banyak tengok screen smart phone.. Haa sama jer laa.. Cahaya dari screen tak bagus untuk kesihatan mata. Lama-lama nanti boleh menyebabkan mata jadi kering dan mengakibatkan terjadinya selaput mata.
Aku sendiri tengok macam mana dia buat experimen perbezaan kanta biasa multicoated dengan jenis Alpha Blue 420 ni. Cahaya laser uv langsung tak menembusi kanta ni. Kagum gilaa…
Lagi satu kanta ni jenis tahan lasak dan mudah dicuci. Tak mudah calar… Gores-gores pun tak jadi apa. Lepas tu siap conteng guna permanent market pen, boleh lap dengan tisu macam tu jer. Spec lama aku tu bila conteng dengan market terus tak boleh padam. Demmm… Cuak dah aku. Tapi mujur dia cuci balik guna bahan apa ntah. Lens ni tak mudah lekat cop jari tau. Tengok video demo yang aku record ni..
Canggih sangat kan teknologi kanta Alpha Blue 420 ni… Tapi kalau nak tukar kepada kanta jenis ni kena tambah duit. Harga yang RM65 tu hanya untuk multicoated. Lepas dengar dia kata hanya tambah RM60 jer untuk tukar cermin yang berkualiti macam ni, terus tersenyum lebar aku. Hehehe… Member aku ada komen kat fb, die baru jer buat spec dengan kanta yang lebih kurang macam ni jugak tapi brand ape ntah, harga RM500 wehhh… Melampau giler harga.
Yang aku punya ni hanya RM125!!! Dapat cermin mata tahan lasak yang tak mudah patah, cermin Alpha Blue yang canggih dan juga tahan lasak. Tak sampai sejam lepas chek mata dan pilih bingkai, spec dah siap. Giler cepat. Tak yah datang hari lain untuk collect. Serius puas hati sangat!!!
Korang kalau nak buat spec murah boleh pergi Sungei Wang Plaza. Cari kedai cermin mata Eye Pro Vision kat Ground Floor. Tak susah nak cari kedai ni sebab dia kat tengah-tengah. Tak tersorok pun. Dibuka setiap hari dari pukul 11 pagi hingga 9 malam.
Lot G1111
Ground Floor
Sungei Wang Plaza
Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur
ejulz says
terbaek.. ssh nak cari jenis dpt lentur n murah kat sini.. hehe
farah wahida says
dah murah nampk cantik pula bingkai tu boleh pilih2 yg mn berkenan
Hafiz Rahim says
Aku dah buat 2 kat sini. Memang murah. Kalau tahu murah, dari dulu lagi aku buat sini je. Jimat berganda.
azman says
klu dok jauh mcm mane nk tempah
Admin says
kena datang dekatkan diri… hahaha