Cuti sekolah dah nak habis pun tapi cerita berkhatan baru nak bersiaran. Hehehe… Takpe la nak, janji story tetap ada sebagai kenangan masa depan.
Belum pun mula cuti sekolah dak Akiff ni dah excited nak sunat. Katanya nanti dah sunat boleh jadi imam kat sekolah. Alololo… Bagusnya anak abah.
Beberapa hari sebelum hari sunat, aku hadiahkan Akiff basikal baru. Sajer la nak bagi dia bersuka ria dulu kat kampung. Kayuh puas-puas keliling kampung sebelum berkain pelikat.
Tapi sebelum hari bersejarah tu, adik aku dah tolong sediakan rangka paip untuk letak kain lepas berkhatan. Biasa dulu kita gantung jer kain tu kan. Ini guna batang paip, sambung-sambung jer.. Bijak gak idea ni, boleh pindah-pindah.
Akiff berkhatan kat klinik. Sebulan sebelum cuti sekolah bermula, abah aku dah tolong bookingkan slot sunat kat klinik. Aku ingatkan boleh walkin gitu jer, rupenyer kena booking awal. So, tarikh berkhatan Akiff adalah 2 Disember 2018 pukul 10 pagi. Fariz, cousin Akiff pukul 9.30 pagi hari yang sama.
Teringat aku dulu sunat kat rumah jer. Tok mudim datang rumah dan sunatkan kat ruang tamu. Ramai orang tengok wehh… Kena duduk atas batang pisang, lepas tu zasssss… Yes aku menangis meraung bagai.. Hahahaha.. Dulu mana ada bius bagai. Aku kena tipu, diorang kata sunat rasa macam kena gigit semut jer. Ciss… Tapi itu dulu, sekarang ni dah jarang orang gunakan khidmat tok mudim. Semua ke klinik atau hospital.
Sebenarnya ada 2 teknik atau cara berkhatan yang korang perlu tahu sebelum decide teknik mana yang korang nak pilih sama ada Teknik Clamp atau Teknik Freehand.
Teknik Clamp ni adalah mengepit bahagian kulit yang nak dibuang supaya tiada aliran darah ke kulit tersebut. Dalam masa 7 hingga 10 hari, kulit akan mati dan akan tertanggal bersama-sama clamp. Tapi ada juga kes clamp dan kulit tak tertanggal dan kena ke klinik semula untuk tanggalkan. Bagusnya teknik ni sebab bebudak boleh pakai seluar terus. Tak perlu jahit. Anu pun cantik jer takde kesan jahitan. Boleh baca pengalaman bersunat cara clamp anak rakan blogger ni.
Teknik Freehand pulak adalah menggunakan peralatan seperti gunting, forcept dan lain-lain dimana kulit akan dipotong dan dijahit. Cumanya ada klinik yang menggunakan peralatan yang lebih canggih yang dipanggil Diathermy untuk menggantikan gunting. (Refer gambar bawah)
Haaa.. Diathermy ni bahasa doctor. Tapi netizen macam kita ni panggil laser. Alatannya macam gambar bawah ni yang menggunakan cas elektrik berkuasa tinggi untuk menghasilkan haba dan haba tu yang akan memotong kulit. Bukannya guna cahaya laser macam aku bayang sebelum ni.
Okeh jelas tak? Penerangan aku macam doctor tak? Hahaha.. Sebenarnya aku refer article teknik berkhatan dari portal Ohsempoi. Secara details korang baca kat situ k.
Okeh berbalik kepada cerita Akiff… Klinik yang kitorang pergi ni memang dah lama, zaman aku kecik-kecik dulu dah ada klinik ni. Doktor pun dah pangkat tokwan untuk Akiff.
Doctor ni gunakan teknik freehand, gunting dan jahit. Mulanya dia sapu krim kat anu untuk bagi kebas. Lepas tu baru bius sekitar anu tu. Biar kejap dalam beberapa minit lepas tu doctor start menggunting. Hohoho… Akiff cakap dia tak rasa sakit langsung. Masa suntik bius kat anu pun takde rasa sakit…
Bunyi kulit tu digunting memang mengerikan. Aku tak sanggup tengok tapi budak Akiff ni selamber jer terjengok-jengok apa doctor tu buat kat anu dia. Aku suruh dia tengok atas, dia boleh jawab kata tak rasa apa pun. Hahaha.. Memang laa sebab dah kena bius.
Lepas gunting, kulit tu dijahit. Jahit ni yang ambik masa sikit. Akiff still ok macam takda apa berlaku. Langsung tak nangis. Semua proses ni ambik masa 25 minit.
Keluar dari klinik siap tersenyum riang lagi. Doctor ada bekalkan ubat tahan sakit, antibiotic dan minyak gamat. Rare sikit kan sebab klinik bagi minyak gamat. Hahaha… Tengok keadaan klinik pun tau yang klinik ni memang dari zaman dulu kala.
Hari pertama sunat ok jer. Akiff terbaring jer kat dewan orang ramai tempat dia ‘dipamerkan’. Hahaha… Hari berkhatan tu kitorang ada buat kenduri kat kampung. Ramai jugak la yang datang. Memang meriah sangat…
Paling seronok si Akiff dengan cousin dia laa… Orang yang datang biasa akan hulur duit kat diorang. Tradisi ni dari dulu sampai sekarang masih ada kat kampung aku.
Hari kedua, aku dah bukak ikatan yang melilit kat tempat jahit tu. Tapi just tali tu jer bukak, kain yang lilit anu tu doctor suruh biarkan hingga tertanggal sendiri.
Masuk hari ketiga aku nampak macam ada nanah sekitar anu tu. Risau punya pasal aku bawak Akiff ke klinik sekali lagi. Doctor kata tu bukan nanah tapi air bisa. Masa tu doctor terus tanggalkan kain pembalut kat anu. Tak sempat kain tu tertanggal sendiri.
Hari ke 3, 4 dan 5 agak mencabar sebab Akiff asyik mengadu gatal-gatal sekitar anu terutama waktu malam. Tido malam memang terganggu sebab gatal tu. Kekadang kalau tak gatal, dia rasa sakit berdenyut. Gatal dengan sakit ni datang singgah kejap-kejap jer. Lepas tu hilang.
Hari ke 6 aku dah bagi Akiff pakai seluar. Itu pun seluar tido aku sebab kain lembut dan longgar. Tapi biasa la, berjalan pun dok pegang seluar depan tu sebab dia rasa ngilu bila seluar tu bergesel dengan kepala anu dia.
Hari ketujuh dah makin ok. Dah mula aktif sikit, siap main kat playground. Alaaa main yang tak lasak pun. Tapi aku pantau rapat-rapat la takut jatuh ke ape ke kann… Tak pasal-pasal pulak…
Hari kelapan dan kesembilan dah boleh pakai seluar dia sendiri. Dah nampak kering kat tempat luka tu. Tapi keruping luka tu masih ada lagi cuma sakit-sakit dengan gatal-gatal tu dah takde.
Bab mandi, hari pertama langsung tak mandi. Lap jer badan dia. Hari kedua baru mandi tapi tutup anu tu dengan mangkuk sebab takut pedih. Hari ketiga mandi dah tak tutup sebab doctor suruh basahkan kat situ.
Kalau makan pulak, makanan yang boleh buatkan gatal kitorang tak bagi langsung. Contohnya ayam dengan seafood. Makanan yang berasas telur pun tak bagi sebab mak abah kata takut bernanah kat luka tu. Tapi doktor kata boleh jer bagi, bukannya beranak nak berpantang bagai.
Dekat 3 minggu baru betul-betul ok sebenarnya. Baru boleh pakai seluar dalam. Bergantung kepada budak jugak la, ada yang seminggu dah boleh berlari dah.
Jaga Akiff masa sunat tak susah pun sebenarnya, tak banyak kerenah. Cumanya manja terlajak. Makan nak bersuap, sakit sikit nak nangis, gatal pun nangis. Pastu main handphone setiap masa. Ni dah habis sunat, handphone dah simpan dalam almari.
Leave a Reply