Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Pengalaman pertama sertai Kejohanan Sukan Kerja Raya

December 5, 2018 by Admin 2 Comments

Spread the love

Beberapa bulan lepas aku dapat email hebahan tentang pemilihan atlet boling untuk mewakili Kementerian Kerja Raya. Aku sendiri pun tak tau untuk kejohanan sukan apa, tapi sajer la nak cuba nasib.

Dah jadi rezeki aku agaknya, aku terpilih masa selection tu. Lepas tu baru aku tahu yang aku akan sertai ni adalah Kejohanan Sukan Kerja Raya yang melibatkan hampir 30 syarikat konsesi serta agensi di bawah Kementerian Kerja Raya antaranya Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), CIDB, JKR, PLUS, KESAS, BESRAYA, Grand Saga dan banyak lagi syarikat konsesi. Agak besar jugak kejohanan ni rupanya.

Siap dapat set jaket, tracksuit, kasut sukan, topi, tshirt 2 helai dan elaun. Hohoho… Excited weh sebab 1st time join sukan yang level agak besar ni.

Kejohanan sukan dwi tahunan ni berlangsung kat Ipoh, Perak bermula 14 – 17 November 2018. Team boling adalah yang pertama sampai ke Ipoh sebab game kitorang adalah yang paling awal bermula.

Acara boling terbahagi kepada 2 kategori iaitu lelaki dan perempuan. Pastu dipecahkan kepada single, double dan trio. Aku main double dengan partner aku Rahizan.

Ada 24 pasukan yang ambik bahagian dalam acara boling. Meriah betul suasana kat pusat boling tu. Aku yang 1st time nak bertanding ni memang cuak giler. Giliran double waktu petang tapi dari pagi aku dah tak tentu arah.

1st frame aku dapat 149 jatuhan pin. Masa ni tengah cuba kawal kegugupan dalam diri dan cuba untuk fokus.

2nd frame aku dapat 168 jatuhan pin. Masa ni dah ada confident sikit. Tapi masa balingan kedua boleh pulak masuk longkang. Hahaha demm… Bola terlepas masa tu. Tapi mujur dapat cover balik lepas tu.

3rd frame aku dapat 166 jatuhan pin. Ikutkan takde la memberangsangkan sangat tapi masa ni kedudukan team kitorang dalam senarai podium dah. Tinggal last frame sebagai penentu.

Frame terakhir prestasi aku merosot teruk. Jatuhan pin aku hanya 120++. Aduhhh kecewa gila. Aku tak dapat kawal tekanan. Score board last frame tak sempat ambik gambar sebab kecewa sangat.

Masa ni kedudukan podium dah tergugat. Akhirnya team aku berada di kedudukan ke 4 dengan perbezaan 7 jatuhan pin dengan pemenang pingat gangsa. Aduhhh…

3 hari aku tak boleh move on dengan kekalahan ni. 1st time merasa kecewa dalam sukan. Pedihnyaa rasa tu… Asyik salahkan diri sendiri.

Kena tunggu lagi 2 tahun untuk menebus kekalahan ni. Tak sabar tunggu kejohanan seterusnya.

Filed Under: Personal, Sport Tagged With: bowling, Kejohanan sukan kkr, Pertandingam bowling, Sukan kerja raya

« Weekend Getaway di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur betul-
Program kebajikan McDonald’s mendekati asnaf di Negeri Kedah »

Comments

  1. Mrs. A says

    December 11, 2018 at 10:10 am

    Anyway Tahniah!
    Okaylah tu dapat jugak pingat walaupun gangsa.
    Oh! sama macam sukan bekalan air 2 tahun sekali

    Reply
  2. Shalimar says

    December 19, 2018 at 4:04 pm

    Anyway..tahniah…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Buka puasa dalam ladang lembu Farm Fresh UPM.
  • Cermin kereta dah lama sangat. Terpaksa tukar cermin baru sebab dah tak jelas.
  • Sambal Daging Dendeng ready to eat. Standby stock kat rumah dan pejabat.
  • Korang wajib singgah kedai makan best ni di Kuala Selangor. Sedap dan berbaloi!
  • Bercuti ke Avillion Port Dickson. Hotel lama & usang tapi ok laa…
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2022 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative