Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Program Kayuhan MAIPs Peduli bersama Raja Muda Perlis dan McDonald’s Dekati Penduduk Kampung Di Perlis

December 11, 2018 by Admin 10 Comments

Spread the love

Baru-baru ni aku berpeluang mengikuti program Kayuhan MAIPs Peduli bersama Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang telah masuk kali ke-92 untuk tahun ni. Wow! Dah jadi aktiviti rutin Raja Muda Perlis berbasikal memasuki kampung-kampung di Perlis untuk mendekati rakyat. Ini yang dikatakan raja berjiwa rakyat.

Ini kali pertama aku melihat sendiri bagaimana seorang Raja Muda bergaul, berborak dan bergurau bersama rakyat. Biasa nampak dalam majlis formal jer. Program kayuhan kali ni turut disertai oleh McDonalds Malaysia yang turut menyumbang zakat kepada rakyat negeri Perlis yang memerlukan bantuan.

Program ni bermula jam 4.30 petang di Sek Keb Seri Perlis. Selepas solat berjemaah dan penyampaian sumbangan MAIPs Peduli oleh Raja Muda Perlis, peserta kayuhan memulakan kayuhan sekitar jam 5.30 petang. Nasib baik cuaca hari tu cukup baik. Sepanjang kayuhan tu ada 3 buah rumah yang menjadi persinggahan.

Semua mereka bukan sahaja tidak mempunyai pendapatan tetap malah mempunyai masalah kesihatan untuk bekerja. Jadi dengan pemberian zakat dan bantuan yang diberikan diharap dapat membantu dan mengurangkan beban yang ditanggung.

Program kayuhan ni berakhir sekitar jam 6.30 petang. Disebelah malam pula, satu majlis khas diadakan oleh McDonald’s Malaysia di perkarangan restoran McDonald’s Kangar.

Dalam majlis tu, McDonald’s mengumumkan sumbangan sebanyak RM533,900 diberikan kepada golongan kurang berkemampuan di Perlis melalui pelbagai inisiatif seperti pemberian zakat, pelantikan belia asnaf ke program perantisan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s dan pemberian pek “Kembali ke Sekolah”.

Sebanyak 739 kanak-kanak dari keluarga kurang berkemampuan menerima pek Kembali Ke Sekolah yang mengandungi 1 set pakaian seragam sekolah, sepasang kasut sekolah dan juga bag sekolah. Aku anggarkan nilai untuk 1 set kelengkapan sekolah ni mungkin mencecah hampir RM150. Itu kalau seorang anak, bayangkan kalau keluarga yang mempunyai 3 atau 4 orang anak yang bersekolah.

Program pemberian pek Kembali Ke Sekolah dari McDonald’s ni sebenarnya telah memberi manfaat kepada lebih 17,000 kanak-kanak dari seluruh Malaysia termasuk di Sabah & Sarawak. Lebih RM1.7 juta diperuntukkan untuk program ni sahaja.

Selain tu, dalam majlis yang sama juga diperkenalkan beberapa orang belia asnaf yang terpilih untuk program perantisan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s dimana diorang ni yang dah tamat sekolah akan mengikuti latihan praktikal di restoran McDonald’s dan juga teori secara sepenuh masa dan diberikan elaun bulanan sebanyak RM1,200, faedah perubatan dan insurance serta makanan percuma. Program ni adalah selama 18 bulan.

Lepas tamat latihan nanti, diorang ni akan dapat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dan Tahap 3. Lepas tu terpulang sama ada nak sambung belajar atau terus bekerja dengan McDonald’s sepenuh masa atau di tempat lain.

Semoga McDonald’s terus gemilang dan dapat terus menyumbang untuk masyarakat dan negara.

Filed Under: Advertorial, Charity, Event Tagged With: McDonald’s, program kayuhan maips peduli, Program kebajikan McDonald’s

« Rarakitchy, Kedai Kek Biasa Yang Jual Kek Luar Biasa Di Bangi
Rakyat Syria Perlukan Bantuan Kita. Jom Bersama Muslim Volunteer Malaysia (MVM) Untuk Membantu. »

Comments

  1. afeefah says

    December 11, 2018 at 4:36 pm

    terbaik lah mcd ni. tahniah mcd!

    Reply
  2. Salina Johari says

    December 11, 2018 at 5:04 pm

    inisiatif yang terbaik McD !! Bantuan dihulurkan pada yang memerlukan

    Reply
  3. Sheila Adziz says

    December 11, 2018 at 5:15 pm

    Tahniah Mc D dan Raja Perlis

    Reply
  4. Mariana says

    December 11, 2018 at 5:21 pm

    Terbaik McD. Banyak kerja amal dpt bantu golongan yg memerlukan

    Reply
  5. miminadam says

    December 11, 2018 at 5:33 pm

    syoknyaaaaaaaa! bestnya ada pengalaman macam ni dengan MCD dan Raja Perlis

    Reply
  6. Cik Yaya says

    December 11, 2018 at 6:31 pm

    Terbaikk

    Reply
  7. Nadia johari says

    December 12, 2018 at 2:10 am

    Bagus sangat aktiviti ni.. Kayuh bagi sihat.. Hehehe.. Orang mcdonalds pun kayuh juga.. Hehehe.. Tervaikla Mxdonalds

    Reply
  8. nazra says

    December 12, 2018 at 11:45 am

    best nya mengayuh basikal macam tu. sihat dan dapat bantu lebih ramai orang ^_^

    Reply
  9. Ai says

    December 13, 2018 at 12:18 pm

    Beramal sambil bersenam memang terbaik lah.

    Reply
  10. mas saari says

    December 19, 2018 at 8:12 am

    Bagusnya ada program camni, beriadah sambil beramal.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
  • Bukit Gambang Water Park kembali dibuka untuk orang ramai selepas PKP
  • Tak susah pun pasang wall panel sendiri. Follow jer tutorial aku ni. Memang nice terokk.
  • Menginap di boutique hotel, Penang. Ada bathtub depan katil.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative