McDonald’s Malaysia mengeluarkan zakat bernilai RM1.125 juta kepada Pusat Zakat Dan Golongan Asnaf Negeri Kedah. Fuhhh… Bukannya nilai yang kecik oi. Banyak manfaat yang diperolehi melalui pengeluaran zakat itu..
Antara inisiatif yang diadakan bagi menyalurkan sumbangan tu adalah melalui beberapa program seperti pemberian pek “Kembali Ke Sekolah”.
Sekarang ni kan ibu bapa yang mempunyai anak bersekolah mesti tengah buat persiapan untuk musim persekolahan tahun depan kan. Kos memulakan sesi persekolahan bukannya murah, perlu beli kasut sekolah, baju sekolah, beg sekolah, buku sekolah dan banyak lagi.
Aku sendiri pun belum sempat lagi buat persiapan sekolah Akiff. Huhuhu… Tapi untuk 1,250 pelajar dari keluarga kurang berkemampuan di negeri Kedah, McDonald’s dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia memberikan pek Kembali Ke Sekolah yang mengandungi 1 set pakaian seragam sekolah, sepasang kasut sekolah dan juga bag sekolah.
Program ni sebenarnya bukan hanya untuk pelajar di Negeri Kedah jer malah melibatkan hampir 17,000 kanak-kanak sekolah rendah dari seluruh Malaysia. Program ni merupakan acara tahunan yang diadakan oleh McDonald’s Malaysia bagi membantu mengurangkan beban ibu bapa dalam membuat persiapan persekolah anak-anak.
Selain tu, dalam majlis yang diadakan di McDonald’s Aman Sentral, Alor Setar baru-baru ni, McDonald’s memperkenalkan 8 orang remaja lepasan sekolah yang akan mengikuti Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) di bawah program perantisan McDonald’s Malaysia.
Mereka ni akan mengikuti latihan selama 18 bulan dimana 70% adalah secara praktikal di restoran McDonald’s manakala 30% lagi adalah secara teori. Sepanjang program ni, remaja tersebut akan diberi elaun bulanan sebanyak RM1,200, faedah perubatan dan insurance serta makanan percuma. Perghh… Beruntung korang dik…
Lepas tamat latihan nanti, diorang ni akan dapat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dan Tahap 3. Lepas tu terpulang sama ada nak sambung belajar atau terus bekerja dengan McDonald’s sepenuh masa atau di tempat lain.
Aku pun baru tahu tentang program perantisan McDonald’s Malaysia ni dan bertuah betul sesiapa yang dapat menyertai program ni. Program ni terbuka kepada belia dari golongan asnaf untuk memohon.
Bagi aku McDonald’s adalah contoh terbaik sebagai syarikat perniagaan yang 100% milik umat Islam yang berjaya melaksanakan tanggungjawabnya dalam memenuhi kewajipan zakatnya. Harapnya ia boleh menjadi contoh kepada syarikat lain bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik.
Nadia johari says
Wah bagusla apa yang dibuat Mcdonalds Malaysia.. Memng kurangkan beban mak ayah pelajar