Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

I-City Shah Alam, Themepark FREE Tapi Mencekik Duit

January 13, 2019 by Admin 4 Comments

Spread the love

Kali terakhir aku pergi i-City Shah Alam tahun 2013 dulu. Masa tu Akiff baru umur 2 tahun. Ni Akiff dah nak masuk 8 tahun baru pergi sekali lagi walaupun I-City tu hanya 45 minit dari rumah.

I-City Shah Alam adalah open outdoor themepark yang mana korang boleh masuk secara percuma. Takda bayaran tiket masuk cuma bayar duit parking jer la. Parking pun tak mahal, kalau tak silap aku dalam RM10 macam tu jer. Ada yang bayar per entry, ada yang bayar per hour.

Tapi kalau korang pergi sini silap-silap boleh habis beratus sebab setiap permainan tu dikenakan bayaran berasingan. Kalau datang sekadar nak tengok-tengok jer ok laa… Tapi kalau bawak anak-anak, berpeluh wallet wehhh… Takkan bawak diorang nak bagi tengok jer, baik tak yah datang.

Aku hari tu seharian kat I-City Shah Alam habis hampir RM500 untuk sekeluarga termasuk tiket masuk Snowalk. Huhuhu… Pasal Snowalk next entry aku cerita k… Kali ni aku nak highlight outdoor themepark jer dulu.

Kitorang sampai sana dalam pukul 1 petang. Tapi semua permainan kat outdoor theme park tu hanya dibuka start pukul 5 petang. So, kitorang masuk Snowalk dulu sebab waktu awal-awal macam ni tak ramai orang. Tak perlu bersesak pun kat dalam Snowalk tu.

Keluar dari Snowalk lebih kurang pukul 3 petang. Sementara tunggu themepark dibuka, kitorang keluar pergi cari makan dulu. Pastu datang balik ke i-City dalam pukul 4.30 petang.

Start pukul 5, kaunter tiket dibuka. Korang kena beli kredit kat kaunter tu. Die akan bagi slip yang ada bar code yang ada nilai kredit kita beli. Dinasihatkan jangan beli kredit banyak sangat sebab takut tak habis nanti bukan boleh refund pun. Mula-mula aku beli kredit RM50, so setiap kali nak main staff die akan scan bar code kite tu dan kredit akan ditolak dari situ. Setiap game lain-lain harga tau. Untuk game bebudak mostly harga RM5/ride.

Ada beberapa seksyen kat outdoor theme park tu. 1st aku pergi kat area Its Bitsy. Area ni sangat sesuai untuk bebudak usia macam Akiff dengan Azif. Kat sini ada 9 jenis permainan. Tapi Akiff dengan Azif main 5 jer kat area ni.

Bila cuaca dah mula gelap, elok lah pergi main kat area City of Digital Light pulak. Kat sini banyak lampu cantik-cantik. Sesuai sangat untuk bergambar. Kat sini ada 11 permainan tapi kitorang hanya main 4 jer. Kat sini baru ada permainan untuk orang dewasa.

Aku dengan Miss Permaisuri merasa naik Space Walk jer. Aku naik dengan Akiff, Miss Permaisuri naik dengan Azif. Limit 1 kereta tu 2 orang jer. Harga RM20 untuk sebiji kereta tu.

Giant Ferris Wheel ni terletak kat area ni tapi agak terasing sikit. Harga untuk naik mendalah ni RM10 sorang. Gondola yang kite naik tu takkan kongsi dengan orang lain, so tak perlu risau.

Permainan untuk orang dewasa tak banyak sangat, kalau tak silap aku ade la dalam 4 atau 5 jer dari keseluruhan ride yang ada kat I-City tu. So, nampak sangat yang tempat ni memang dibuat sebagai syurga permainan untuk si kecil.

Bagi aku tempat ni memang best untuk korang bawak anak-anak tapi pastikan budget kena lebih. Kesian budak-budak kang meragam pulak bila banyak benda yang dia nak main tapi tak dapat. Akiff dengan Azif hari tu memang aku kasi can betul-betul untuk diorang enjoy sampai diorang sendiri ajak balik sebab dah tak larat. Hahaha…

Alaaa sesekali boleh la.. Disebabkan hujung tahun hari tu kitorang takde pergi bercuti mana-mana sebab si Akiff berkhatan, ni kira ganti percutian la ni. Nak datang pulak kat sini mungkin 4 5 tahun lagi kot.

Korang boleh tengok video ringkas yang aku dah sediakan ni dan jangan lupa subscribe sekali channel YouTube aku tau.

Selain theme park, ada banyak lagi tarikan lain yang ada kat I-City antaranya Trick Art Museum. Tempat untuk korang bergambar dengan hasil seni 3D yang lawa giler. Ada juga 5D Cinema, Space Mission, House Of Horror dan juga muzium patung lilin yang dinamakan Red Carpet.

Masuk kat tempat-tempat ni semua kena bayar berasingan tau. Maklumat lanjut korang boleh refer terus website rasmi www.iticket.i-city.my

Filed Under: Akiff, Azif, Family, Personal, Travel Tagged With: bercuti ke i-city, i-city shah alam, percutian di i-city shah alam, theme park i-city

« Patut lah tayar kereta bunyi berdengung.. Rupanya bearing rosak.
Tarikan Terbaru di Snowalk I-City Shah Alam. Ini Pengalaman Percutian Kami. »

Comments

  1. Bala 54321 says

    January 16, 2019 at 11:36 am

    Blh bagi no tel tak, sy nak beli safety door

    Reply
    • Admin says

      January 16, 2019 at 12:51 pm

      Maaf.. Saya tak jual safety door.

      Reply
      • Masarah says

        December 26, 2021 at 7:25 pm

        X ade game extreme ker

        Reply
  2. Lily says

    April 14, 2021 at 12:53 pm

    Yg akk terang psl byr guna kredit tu sy tk bape phm. Msk sane pembayaran secara cash atau kredit card?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
  • Bukit Gambang Water Park kembali dibuka untuk orang ramai selepas PKP
  • Tak susah pun pasang wall panel sendiri. Follow jer tutorial aku ni. Memang nice terokk.
  • Menginap di boutique hotel, Penang. Ada bathtub depan katil.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative