Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Malaysia Halal Expo 2019 Buka Peluang Produk Halal Tempatan Ke Japan

January 22, 2019 by Admin 4 Comments

Spread the love

Tahun 2020 merupakan tahun yang sangat bermakna untuk Japan kerana mereka akan menjadi tuan rumah bagi kejohanan sukan terbesar di dunia iaitu Sukan Olimpik Tokyo 2020. Pelbagai persiapan telah dibuat negara matahari terbit tersebut bagi menerima kunjungan atlit dan peminat sukan dari seluruh dunia.

Jepun bukan lah sebuah negara Islam, jadi antara perkara yang merunsingkan mereka adalah untuk menyediakan kemudahan produk Halal kepada pengunjung yang beragama Islam dari segi makanan atau keperluan harian.

Pada 26 November 2018, Kerajaan Malaysia telah memeterai satu memorandum kerjasama (Moc) dengan kerajaan Japan dalam bidang halal bagi membawa produk halal tempatan ke Negera Japan menjelang Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan Sukan Paralimpik 2020.

Bagi memberi komitmen terhadap MoC tersebut, Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) dengan kerjasama agensinya, SME Corporation Malaysia (SME Corp. Malaysia) akan menganjurkan Malaysia Halal Expo 2019 (MHE2019) sebagai platform kepada usahawan produk halal tempatan untuk mengetengahkan produk mereka.

Majlis Pra Pelancaran MHE2019 disempurnakan oleh YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof

Tema bagi Malaysia Halal Expo 2019 adalah “Malaysia to Japan For 2020 Olympics” yang memberi fokus dan peluang kepada usahawan tempatan meneroka pasaran di Japan bersempena sukan olimpik yang akan berlangsung tahun hadapan.

Expo ini akan berlangsung bermula 24 sehingga 26 Januari 2019 di KL Convention Centre (KLCC) yang akan melibatkan usahawan dari 6 klaster iaitu :

  • Makanan & minuman (F&B)
  • Kosmetik
  • Farmaseutikal
  • Bahan & Ramuan
  • Logistik
  • Bioteknologi

Expo ni akan mengetengahkan 4 komponen penting yang akan memberikan manfaat kepada pengunjung serta usahawan yang hadir iaitu :

  • Pameran – Sebanyak 320 booth pameran disediakan.
  • Perkongsian Ilmu melalui sesi Pocket Talk, Forum & Sesi Singgah Santai Selebriti.
  • Majlis Penganugerahan Islamic Innovation Challenge (IIC)
  • Business Matching bersama sekurang-kurangnya 10 syarikat dari Jepun.

Bagi aku ini adalah peluang besar kepada usahawan tempatan untuk mengetengahkan produk mereka ke peringkat antarabangsa. Tapi usahawan yang berminat untuk turut serta dalam expo ini haruslah mempunyai sijil Halal dari JAKIM terlebih dahulu dan produk mereka bersedia untuk dieksport.

Orang awam turut dijemput untuk sama-sama melihat sendiri kualiti produk tempatan kita yang akan dipamerkan nanti. Dijangkakan 10,000 pengunjung akan mengunjungi Expo Halal Malaysia 2019 nanti.

Untuk makluman korang, program MHE2019 ini dibuka untuk kunjungan orang ramai selama 3 hari bermula 24 – 26 Januari 2019 jam 10 pagi sehingga 6 petang. Usahawan yang nak mencari peluang juga digalakkan untuk hadir.

So, rancang betul-betul jadual korang supaya tak terlepas MHE2019 kali ni. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.halal-expo.my

Loading

Filed Under: Advertorial, Event, Info Tagged With: Event, Halal Expo

« Raikan Tahun Baru Cina Dengan Makan Besar di Buffet Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur.
Untuk jimat kos, kami pasang sendiri lantai jenis vinyl seluruh rumah. »

Comments

  1. Mariana says

    January 25, 2019 at 12:05 pm

    Terbaik expo ni. Senang nak cari makanan halal kat jepun nnt

    Reply
  2. Ai says

    January 25, 2019 at 1:39 pm

    Senang nak cari makanan halal bila pegi Jepun nanti.

    Reply
  3. Lya says

    January 25, 2019 at 8:35 pm

    Bestnya ada ekspo macam ni kan Lan .. kalau dekat2 kakya dah terjah dah ni .. Semoga ekspo cam gini dapat memberi manfaat buat para usahawan dan juga pengunjung ..

    Reply
  4. Nadia Johari says

    January 26, 2019 at 1:04 am

    tadi dah pergi, memang macam2 produk ada tau..dari pagi samapi petang..hahaa..dah membeli juga tadi..sebab produk tu sedap dan mudah dimasak..heheee..beli juga kosmetik tadi..kihkih

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Rabun Pun Ada Gaya – Misi Tukar Cermin Kat Eye Pro Vision, Sungei Wang
  • Tiada tajuk yang sesuai. Hanya nak bercerita.
  • Beli Keperluan Sekolah Awal di Pusat Pakaian Hari-hari.
  • Kalau malas cat sendiri, hadap jer kos upah tukang cat sekarang.
  • Iternary Ringkas Percutian ke Medan, Indonesia
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2025 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative