Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Untuk jimat kos, kami pasang sendiri lantai jenis vinyl seluruh rumah.

January 30, 2019 by Admin 51 Comments

Spread the love

Macam tak percaya aku dengan Miss Permaisuri pasang sendiri lantai vinyl seluruh rumah. Kitorang bukan jenis yang ada kemahiran bab bertukang. Jujur cakap, aku bukan jenis orang yang pandai buat kerja-kerja macam ni.

Aku dengan Miss Permaisuri memang memasang impian nak deco sendiri rumah baru kitorang. Kitorang sepakat untuk jadikan rumah tu berkonsepkan hipster atau old school.

Jadi, benda utama yang ada dalam list kitorang adalah nak tukarkan lantai jubin seluruh rumah kepada lantai jenis vinyl. Walaupun ramai yang kata untuk masuk rumah baru tak perlu nak bazirkan duit kat situ sebab lantai sedia ada memang dah cukup cantik tapi sebab kitorang nak suasana hipster kat dalam rumah tu, jadi lantai adalah faktor terbesar yang mempengaruhi konsep ni. Cuba tengok contoh macam kat bawah ni. Lantai tu memainkan peranan penting.

Mulanya aku dah kira kos untuk pasang lantai jenis vinyl untuk seluruh rumah memerlukan sekurang-kurangnya RM4,200 termasuk upah pekerja. Tapi budget agak terhad, jadi kitorang decide untuk pasang sendiri kepingan vinyl.

Selepas puas aku survey dan buat perbandingan harga, akhirnya aku pilih produk dari Nii Floor. Aku beli direct dari gudang dan diorang ni memang specialist untuk vinyl floor. Kat hujung entry ni nanti aku share dengan korang kos dan juga detail-detail lain yang korang perlu tahu.

Tutorial Pasang Kepingan Vinyl

Perkara pertama adalah menyediakan peralatan yang diperlukan. Banyak alatan yang diperlukan ni ada dijual kat kedai eco RM2.

  • Pembaris siku L. Untuk tujuan potong kepingan vinyl.
  • Pisau yang boleh dipatahkan matanya. Pisau kena sentiasa tajam di hujung matanya sebab nak gunakan untuk potong vinyl.
  • Scrapper. Tujuannya untuk ratakan permukaan gam di lantai.
  • Simen putih. Digunakan untuk isi celahan tiles atau lubang yang terdapat di lantai.
  • Dulang / bekas untuk bancuh simen putih.
  • Pensil. Digunakan untuk tandakan ukuran vinyl yang hendak dipotong.
  • Tukul getah. Tujuannya untuk ketuk vinyl yang dah dipasang supaya rapat ke lantai dengan kemas.

Pertama, korang kena pastikan permukaan lantai adalah rata. Jadi di mana ada rongga, lubang atau lurah perlu diisikan dengan simen putih. Macam lantai aku ni, disebabkan pemasangan jubin lantai ni ada gap yang agak besar, aku perlu isikan ruang tersebut dengan simen putih.

Kedua, susun kepingan lantai vinyl bermula dari hujung. Susunan kepingan vinyl adalah seperti susunan tangga. Bukan macam susunan bata. Korang refer gambar bawah ni.

Ketiga, dah selesai susun dan potong. Korang bukak balik ikut turutan dan susun ditepi dengan teratur. Kemudian sapu permukaan lantai dengan gam khas yang dibeli. Tapi sebelum tu pastikan permukaan lantai bebas dari debu.

Gam biasanya ada dijual bersama dengan lantai vinyl. Ada juga kepingan vinyl yang dijual tak perlukan gam sebab diorang dah letak sticker kat bahagian belakang. Aku tak syorkan korang beli yang sticker sebab daya ketahanan dia tak lama macam gunakan gam. Tapi pemasangan vinyl yang ada sticker lebih mudah dan cepat.

Kemudian, tunggu lapisan gam kering then baru letak kepingan vinyl. Tempoh masa untuk kering dalam 20 hingga 30 minit. Gam tak perlu letak tebal sangat, kang tunggu sejam pun tak kering-kering. Macam mana nak tahu gam dah kering belum? Gam akan bertukar menjadi warna jernih apabila sudah kering.

Langkah terakhir adalah susun kepingan vinyl rapat-rapat dan kemas. Yang ni kena lebih teliti sebab tak boleh ada gap antara kepingan vinyl tu. Mesti susun dengan sangat rapat dan bersambung. Korang boleh tengok video tutorial yang aku buat kat bawah ni. Jangan lupa subscribe channel youtube aku sekali tau. Hehehe…

Sebenarnya tak susah pun nak pasang lantai vinyl ni kalau ruang korang tu memang petak kosong jer. Tapi kalau ada tiang atau sudut yang perlu dipotong, itu yang buat jadi leceh.

Untuk potong kepingan vinyl ni tak susah pun sebenarnya. Gunakan pembaris dan pisau kemudian goreskan beberapa kali. Lepas tu kepak jer.

Ni adalah hasilnya yang aku dah buat bersama Miss Permaisuri. Baru siap untuk 3 bilik, tinggal ruang tamu, ruang makan dan dapur jer belum siap lagi. Excited aku nak siapkan semua cepat tapi kena tunggu hari cuti baru dapat siapkan.

Total kos untuk ketiga-tiga bilik ni adalah RM1,000. Baki untuk ruangan lain aku anggarkan dalam RM1,000 juga. Total RM2,000 untuk keseluruhan rumah bersaiz 950sqf. Cuma bilik air jer la yang takde vinyl.

Korang yang nak beli vinyl floor aku cadangkan pergi beli direct kat gudang Nii Floor di Puchong. Harga yang aku beli adalah RM2.60/sekaki persegi untuk vinyl setebal 3mm. Diorang jual sekotak RM93.60. Sekotak tu boleh cover seluas 36 kaki persegi. So, gunakan ilmu matematik korang untuk buat anggaran sendiri yer. Yang penting kena tahu dulu berapa keluasan ruang yang korang nak cover dengan vinyl floor.

Cash and carry tau. Kalau nak suruh diorang hantar nanti kos lagi. Setakat 10 kotak boleh jer muat dalam kereta.

Oh yaa… jangan lupa kira juga harga gam RM80 untuk 5kg. Gam ni boleh cover sehingga 300 kaki persegi.

Pesanan aku, kalau nak beli kepingan vinyl ni aku syorkan korang ambik yang ketebalan 3mm. Ni ketebalan yang paling ngam dan paling banyak orang pilih.

Apa kelebihan vinyl floor yang buatkan aku beriye sangat nak pasang lantai jenis ni sedangkan lantai sedia ada masih lagi elok. Macam aku kata tadi, perkara utama adalah disebabkan kami nak memenuhi kehendak konsep rumah. Selain dari tu ada banyak lagi kelebihan vinyl floor antaranya :

  • Kalis air. Tidak rosak apabila terkena air.
  • Tidak dimakan anai-anai. Korang nampak macam kayu kan tapi material sebenarnya adalah campuran getah.
  • Mudah dicuci.
  • Warna tidak pudar
  • Tidak licin
  • Selamat untuk kanak-kanak apabila jatuh.
  • Selesa dipijak

InsyaAllah, lepas ni aku ada banyak lagi yang aku nak share dengan korang tentang projek yang aku nak buat untuk rumah ni antaranya katil DIY menggunakan kayu pallet. Tapi sebelum tu kalau korang nak renovate dapur atau ubahsuai bilik air boleh baca perkongsian yang aku pernah tulis sebelum ni.

Loading

Filed Under: Info, Personal, Produk, Rumah Tagged With: DIY, diy lantai vinyl, lantai vinyl, ubahsuai rumah, vinyl floor

« Malaysia Halal Expo 2019 Buka Peluang Produk Halal Tempatan Ke Japan
Usahawan Tempatan Perlu Sertai BioUsahawan 2019 Untuk Lebih Menyerlah »

Comments

  1. reezluv says

    January 30, 2019 at 9:04 pm

    thanks bro sharing..rasa nak buh vinyl juga rasanya 😀

    Reply
    • Admin says

      January 30, 2019 at 11:35 pm

      Hehehehe… Sronok weh buat isi masa lapang. Satu kepuasan lps dah siap. Totally ruang akan bertukar mood..

      Reply
      • Uyo says

        November 28, 2020 at 9:32 am

        Boss,gam tu utk lektkan kayu tp mmg kena tggu kering bru start psang eh?

        Reply
        • Admin says

          December 11, 2020 at 12:24 pm

          yer kena tunggu kering baru gamnya kuat…

          Reply
      • MissNazzatul says

        March 31, 2021 at 12:30 am

        Nak Tanya…berapa tahun tahan? Perlu tukar tak nanti…Dan kalau nak tukar Tu? Rosak tak tiles Sedia Ada Kita..

        Reply
        • Admin says

          April 6, 2021 at 10:40 am

          kalau nak tukar nnti mmg akan rosak tiles sedia ada sbb guna gam.. kalau xnak rosak tiles kena guna jenis SPC… sy baru pakai 3 4 tahun.. so far xde nmpak apa2 kerosakan…

          Reply
  2. Julia Johari says

    January 30, 2019 at 9:05 pm

    Memang gigih lan dan wife buat projek ni. Salute betul siap dgn video dan cara nak pasang. Tinggal lagi kena ada rajin pasti jimat kos berganda. Syabas!

    Reply
    • Admin says

      January 30, 2019 at 11:36 pm

      Gigih kan siap buat vlog lagi.. Hahaha… Kitorang enjoy jer buat bende ni. Tak terkejar masa. Buat anak branak lak lg best…

      Reply
  3. Zharif Azis says

    January 31, 2019 at 1:08 am

    Kalau lantai tu x ada tile, hanya simen semata, boleh kebubuh vinyl nie ?

    Reply
    • Admin says

      February 1, 2019 at 12:41 pm

      Boleh.. Lagi bagus sbnrnya kalau lantai simen biasa tu…

      Reply
      • Jem says

        May 27, 2019 at 5:31 am

        Salam, kalau lantai simen licin yg biasa tu, mcm mna nak bwt skirting nya? Yg tepi2 dinding tu..? Ke ada bnda lain? Berminat nak buat utk rumah mak di kampung. Skrg guna tikar getah je, belum tile pun. TQ.

        Reply
  4. SalJohari says

    January 31, 2019 at 3:46 pm

    Tak tahu pulak sesenang ni.. nanti k.sal share dengan husband. Tq tutorial

    Reply
    • Nua says

      April 7, 2021 at 9:22 pm

      Salam tuan, setakat hari ni, ada masalah tak dengan lantai vinyl tuan tu? Saya tengah pikir lagi ni nak guna vinyl ataupun tiles

      Reply
      • Admin says

        April 21, 2021 at 9:52 am

        so far blum ada apa2 masalah… ok jer..

        Reply
  5. Hamidi says

    January 31, 2019 at 5:39 pm

    Winly korea ke tuan

    Reply
    • Admin says

      January 31, 2019 at 8:00 pm

      Bukan.. Tak ingat dari mana tp yg ni us standard. Keras dr vinyl korea.

      Reply
  6. Aspa Hamzah says

    February 19, 2019 at 1:28 pm

    mmg lama dah teringin nk pasang lantai ni ..tengok toturial mcm sng ..ada seetengah tu guna selotap je ..konpius mak

    Reply
    • Admin says

      February 22, 2019 at 8:15 am

      yup.. ade yg ready solatape kat belakang… tu lagi mudah utk DIY tp byk review kata mudah tertanggal…

      Reply
  7. NLoh says

    March 15, 2019 at 10:48 pm

    slm.. vinyl jenis ni rasa macam kayu ke atau mcm tikar getah ya? sbb tgk ramai pakai vinyl kedai eco.. tp yg tu nmpk mcm tikar getah pula, cuma dalam bentuk keping-kepingan..

    Reply
    • Admin says

      March 15, 2019 at 11:13 pm

      Wslm… Vinyl ni sgt berbeza dgn yg kedai eco. Itu mmg mcm tikar getah jer. Yg ni tebal dan boleh rasa alur kayu dia.

      Reply
  8. noor azlinda says

    May 24, 2019 at 11:26 am

    terime kasih ats tutorial n recommendation supplier vynil tu..boleh tak tuan share finishing yang ke toilet? mcmana ye?

    Reply
  9. Mann ck says

    June 3, 2019 at 5:44 pm

    Macamana nak hilangkan lebihan gam atas vinyl?

    Reply
  10. Addy says

    June 15, 2019 at 9:11 pm

    Assalammualaikum dan selamat malam boh nk tanya sikit…. ape nama dan jenis gam yg bos pakai.
    Sy nk guna getah ni tapi bekas lantai pejabat sebab baru lagi dan dah x sewa pejabat tu sy cabut UTK. Pasang di rumah jadi sy nk tau jenis gam tu..
    Terima kasih Bos.

    Reply
  11. sakinah says

    June 16, 2019 at 4:51 pm

    vinyl nie kalis air tak. Sesuai x kalau rumah terletak di kawasan yang mudah di tenggelami air banjir. nak tahu jugak, kan nanti baru siap pasang banjir semua rosak.

    Reply
  12. jb says

    June 22, 2019 at 8:14 am

    impressing bro boleh buat camni ,thanks 4 the info.

    Reply
  13. apple says

    July 3, 2019 at 3:01 pm

    tq atas info yg diberi..nak tanya, brp lama daya tahan vinyl ni. ada efek tak pada tiles kalo nk cabut vinyl ni.

    Reply
    • Admin says

      July 4, 2019 at 2:56 pm

      daya tahan lebih 10 tahun kalau pemasangan yg betul2 kemas… Yea kalau nak tanggal nnti akan ada kesan gam kat tiles..

      Reply
    • ziha73 says

      December 18, 2020 at 3:25 pm

      mudah ke kalau nak cuci gamny pada tiles selepas nak cabut vinyl ni.

      Reply
  14. Azizi says

    August 15, 2019 at 2:21 pm

    Asal kena susun mcm tangga… Sebab tgok ad jgk buat mcm susunan bata tu

    Reply
  15. dyla says

    December 7, 2019 at 9:17 pm

    kalau lantai jenis simen boleh x pasang vinyl?

    Reply
    • Admin says

      December 7, 2019 at 10:38 pm

      Boleh tp kena make sure lantai rata.. Kalau tak rata nnti terkopek balik vinyl tu..

      Reply
  16. Mimie says

    March 11, 2020 at 11:45 pm

    Hi nak tanya island bar yg batu bata simen tu pun buat sendiri jugak ke? Dan batu bata di dinding pun buat sendiri? Boleh share di mana beli dan harga? Terima kasih.

    Reply
  17. Aziera says

    April 10, 2020 at 2:31 pm

    Hai encik . Bole kongsikan jenama gam tu n bole dapat dimana ye ? N lagi satu bole draft kan tak mcm mne cara susunan bertangga. Terima kasih .

    Reply
  18. Affiq KN says

    May 9, 2020 at 6:23 pm

    Tuan, nak tanya, kenapa x boleh susun macam bata? Kenapa kena susun macam tangga?

    Terima kasih tuan.

    Reply
    • Admin says

      May 9, 2020 at 6:37 pm

      Juz utk bg nmpak lbh cantik..

      Reply
    • nor says

      November 2, 2020 at 7:41 pm

      sy punya susun mcm batu bata..elok juga..nak nmpk luas cari warna yg cerah…sy pakai yg dah siap gam..dah setahun lebih pakai..alhamdulillah ok…

      Reply
  19. jepp says

    May 15, 2020 at 5:52 am

    terbaek bang pasang vinyl floor dgn family members. salute! nak cuba buat jugak nanti dgn famili, harap diorang tak kecahkan rumah. hahaha..

    Reply
  20. rodziah hamzah says

    May 22, 2020 at 10:50 am

    sorry lari sikit dari tajuk,,boleh tak nak tau kos untuk buat brick wall yang gantung tv tu?

    Reply
  21. Nina Mirza says

    June 22, 2020 at 11:46 pm

    Salute laaa korang buat sendiri pemasangan! Jimat banyak ehh?
    Bila laaaa ada bajet nak jugak pasang gini. Berangan dulu laaa jawabnya tunggu tabung penuh. Hehee

    Reply
  22. Azmir Shah says

    June 29, 2020 at 12:24 am

    Baru ingat nak pasang sendiri kat rumah. Bila tengok bro punya entri, nampak la gambaran sebenar macam mana nak pasang. Senang je rupanya. Cuma perlu ketelitian je.

    Reply
  23. Zack says

    July 9, 2020 at 7:01 pm

    Rasa2 letak atas parkir akan ada issue tak? Nampak mcm mudah pasang. Baru dptkan quotation to budget out plak

    Reply
  24. mohamad says

    July 18, 2020 at 5:04 pm

    Assalamualaikium n salam sejahtera tn,
    lantai simen sebenarnya yg betul2 licin ke kesat diperlukan utk pemasangan vinyl ni tn ?
    sweba sy baru menyimen lantai . tksh

    Reply
    • Admin says

      July 18, 2020 at 11:21 pm

      surface yg licin better rasanya…

      Reply
  25. Nazrie says

    August 14, 2020 at 1:09 am

    Salam… Boleh beri kod warna lantai vinl yang tuan punya tu tak.. Cantik dan Kena dengan citarasa saya.. Saya tak pasti bila Tuan akan baca mesej saya.. So boleh terus direct wassap saya di 0195741907… Jika Tuan dah baca mesej saya ni. Tks

    Reply
  26. Ika says

    January 17, 2021 at 6:46 pm

    Salam.. boleh share tak code vinyl yg encik guna nie? Thanks you

    Reply
  27. Nabila says

    January 30, 2021 at 3:09 am

    bilik saya dalam 15 x 10 kaki, so 150 kaki persegi. then, encik ckap satu kotak 36 kaki persegi. so 150/36 = 4.166. so dalam 4 kotakla kan? bilik saya tak petak btul2, ad side. so sy amik kiraan paling bnyak skali. ni bilik tidur je tp nambak bnyak pulak nak guna? btul ke saya kira ni? sbb kalau 4 kotak dah rm374.4 untuk bilik tidur sahaja.

    Reply
    • Admin says

      January 30, 2021 at 4:34 pm

      Haa btul la tu kiraanya… Kena extra takpa sebab nanti akan ada part part yang dipotong pastu tak boleh gunaa dah. Pastu belum masuk yang salah potong lagi.

      Reply
  28. flooring says

    May 25, 2021 at 11:56 am

    mantap kali untuk pengaplikasiannya
    sama kayak kita punya nih

    Reply
  29. Anita says

    May 28, 2021 at 1:52 pm

    Hi, boleh repair Tak ?

    Reply
  30. Muza says

    March 26, 2024 at 9:40 am

    Assalamualaikum.. Nice Sharing and info, btw..
    Kami di Deco Hub ada menjual, supply dan installation brg flooring.
    Deco Hub is a one-stop shop for transforming your home’s interior. They offer a vast selection of carpets in the latest designs, alongside flooring options like vinyl and SPC. For a cohesive look, Deco Hub also supplies wallpaper, blinds, and curtains, all delivered and installed throughout Kedah, Perlis, and Penang.
    Alamat : 304, Lorong Perak 16, Kawasan Perusahaan Mergong, 05150 Alor Setar, Kedah
    Phone: 019-900 6904

    Reply

Trackbacks

  1. Tak susah pun pasang wall panel sendiri. Follow jer tutorial aku ni. Memang nice terokk. - Blog Abah Careno says:
    July 26, 2022 at 10:10 am

    […] pencapaian sekarang banyak yang aku dah buat sendiri kat rumah. Dari kerja-kerja mengecat sampai kerja-kerja memasang vinyl dgn spc floor pun aku boleh buat sendiri. Bukan nak cakap aku ni dah hebat bertukang tapi nak bagi […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Rabun Pun Ada Gaya – Misi Tukar Cermin Kat Eye Pro Vision, Sungei Wang
  • Tiada tajuk yang sesuai. Hanya nak bercerita.
  • Beli Keperluan Sekolah Awal di Pusat Pakaian Hari-hari.
  • Kalau malas cat sendiri, hadap jer kos upah tukang cat sekarang.
  • Iternary Ringkas Percutian ke Medan, Indonesia
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2025 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative