Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Produk HALAL Tempatan Perlu Diperluaskan Ke Japan

January 5, 2019 by Admin 13 Comments

Spread the love

Korang tahu tak yang Malaysia merupakan pilihan No. 1 destinasi percutian golongan muslim berdasarkan laporan dari Master Card-Halal Trip Muslim Millenial Travel Report yang telah dikeluarkan pada tahun 2017. Takde la hairan sangat kan sebab negara kita sememangnya negara Islam dan sangat mudah mendapatkan makanan Halal. Ofcoz la jadi pilihan golongan muslim.

Ranking ke-2 adalah Indonesia yang merupakan negara yang paling ramai penduduk Islam. Tapi yang mengagumkan aku adalah Jepun berada di kedudukan ke-3 sebagai destinasi pelancongan pilihan golongan muslim, mengalahkan Singapore, UAE dan Thailand. Walhal diorang bukan negara Islam pun.

Teringat pengalaman aku 2 tahun lepas masa bercuti ke Jepun, agak susah sebenarnya nak dapatkan makanan HALAL kat sana. Tapi diorang sedang ke arah menyediakan kemudahan yang lebih baik untuk golongan muslim ketika berada di Jepun sebab orang Malaysia sendiri pun suka bercuti ke Japan.

Negara diorang cantik giler dan budaya diorang sangat berbeza dengan kita. Tak percaya? Korang kena pergi sana sendiri dan aku yakin korang akan kagum dengan negara Japan. Korang boleh baca cerita percutian ke Jepun yang aku dah tulis.

Kat sana dah ada beberapa hotel dan restoran yang menyediakan ruang solat. Malah untuk menyambut kedatangan pelancong sempena Sukan Olimpik 2020 di Tokyo tahun depan, kerajaan Jepun ada menyediakan surau bergerak. Nampak kan betapa diorang mengambil serius keperluan kita sebagai pelancong muslim ketika berada kat negara diorang.

Dari segi makanan, memang agak sukar sebenarnya nak dapatkan makanan HALAL kat sana. Tapi still boleh dapat. Cuma pemahaman diorang tentang HALAL tak sama macam kita. Bagi diorang, asalkan takda daging babi atau arak dah dianggap HALAL. Walhal banyak lagi faktor yang mempengaruhi HALAL termasuk kaedah penyediaan makanan. Namun usaha diorang untuk memenuhi keperluan HALAL kita memang sesuatu yang bagus.

Masa aku kat Jepun, aku ada singgah di beberapa restoran yang menyediakan muslim food. Kita kena request kat restoran tu untuk muslim food. So, nanti diorang akan sediakan makanan yang bebas alkohol dan takde unsur-unsur babi kat dalam makanan tu. Tapi dari segi penyediaan aku tak pasti sama ada diorang menggunakan peralatan yang sama atau memang ada peralatan khas.

Nak tanya banyak susah jugak sebab masalah komunikasi. So, anggap jer la kita dah berusaha untuk dapatkan makanan HALAL. Hehehe.. Tapi sepanjang aku kat sana, makanan yang perlu sembelih macam ayam dengan daging memang aku tak makan kecuali ada satu restoran Pakistan yang pemilik dan pekerja restoran tu 100% muslim.

Tahun depan Jepun akan menjadi perhatian seluruh dunia dengan penganjuran temasya Sukan Olimipik Tokyo 2020. Dah tentu kerajaan Jepun sedang bersedia untuk menerima pelancong dari pelbagai latar belakang termasuk pelancong Muslim dari seluruh dunia.

So, inilah peluang kita untuk memperkenalkan produk HALAL tempatan ke seluruh dunia dengan memasuki pasaran Japan.

Malaysia HALAL Expo 2019

Sebab tu Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) dengan kerjasama agensinya SME Corp. Malaysia akan menganjurkan Malaysia Halal Expo 2019 di KL Convention Centre bermula 24 – 26 Januari 2019 yang mana ia akan menjadi platform terbaik kepada pengusaha produk HALAL tempatan untuk memperkenalkan produk diorang.

Haaaa ini lah peluang untuk pengusaha produk HALAL kita untuk masuk ke pasaran Japan. Bayangkan bila kita ke Family Mart kat sana, terdapat produk-produk halal seperti makanan segera, makanan ringan, produk penjagaan diri dan banyak lagi dan kat label ada tertulis Made In Malaysia siap dengan logo HALAL. Fuhhh memang terbaik.

Aku percaya, kerajaan Jepun pun mesti mengalu-alukan produk HALAL dari kita sebab diorang nak memenuhi kehendak dan permintaan pelancong. Dengan expo HALAL ni diharapnya ia membuka laluan yang lebih mudah untuk produk kita berada di negara Jepun.

Orang awam juga dialu-alukan ke Expo HALAL Malaysia dan korang boleh dapatkan pelbagai produk HALAL berkualiti tinggi kat sana. Expo ni bukan hanya fokus kepada makanan jer tau, produk lain seperti penjagaan diri, produk kesihatan dan banyak lagi juga boleh didapati semasa expo tersebut.

Filed Under: Event, Isu Semasa Tagged With: advertorial, Event, Expo, Halal Expo, Japan

« Akiff selangkah ke alam dewasa!
Seni Kayu Kretif. Tukang Kayu Penipu. Tempah Perabot Tapi Habuk Yang Dapat »

Comments

  1. Mariana says

    January 5, 2019 at 2:50 pm

    Senang la lepas ni, tak payah susah2 nak bawa bekal sambal ikan bilis, sambal hitam lagi buat berat luggage

    Reply
  2. ummi nani says

    January 5, 2019 at 2:52 pm

    Bagus expo macam ni. Taknak terlepas jugalah. Bila kesana tahun depan, serius yakin yang makannan halal mudH didapati. So, Jepun 2020 adalah lokasi percutian dalam wishlist. Cuma, bila olimpik, harga mungkin sikit mahal.

    Reply
  3. Huda says

    January 5, 2019 at 2:56 pm

    Wah, menarik betul expo yang bakal di adakan ni. Bagus yer nnt nak travel ke Jepun ada kemudahan yang muslim friendly macam surau dan juga lebih banyak pilihan makanan halal.

    Reply
  4. SalinaJohari says

    January 5, 2019 at 2:56 pm

    Malaysia antara negara yang bertuah sebenarnya dari segi produk makanan HALAL . Lately ni pun hubungan diplomasi Malaysia – Jepun semakin diperkukuhkan dlm pelbagai aspek usahasama

    Reply
  5. Mama Kembar Tiga says

    January 5, 2019 at 3:08 pm

    Harap harap masa I pi Jepun nanti dah banyak laa makanan Halal jual kat Family Mart kan. Tahun bila nak pi tatau lagi hehehee

    Reply
  6. shazillahsani says

    January 5, 2019 at 3:11 pm

    Wahhh.. Cantik tempatnya.. Jom Sama-sama kita kongsikan info ini..

    Reply
  7. Nadia johari says

    January 5, 2019 at 3:12 pm

    Senang kalau ade makanna malaysia, makanna halal dengan negara luar, takda kita terkial-kial cari atau rasa was-was.. Nanti nak pergi la..

    Reply
  8. Qaseh says

    January 5, 2019 at 3:48 pm

    Tq for sharing , mana tahu ada rezeki nanti hihi

    Reply
  9. Sueizza says

    January 5, 2019 at 4:28 pm

    Usaha yg bagus,selain dptmembantu usahawan dr malaysia kembangkan perniagaan.

    Reply
  10. Eirna says

    January 5, 2019 at 7:44 pm

    Bagus la buat event mcm tu..Bila lg nak tgk produk buatan kita berada di negara org…?

    Reply
  11. Bella idur says

    January 5, 2019 at 11:00 pm

    Yes! Semua pemaju kena ambil peluang ni.

    Reply
  12. Bella idura says

    January 5, 2019 at 11:00 pm

    Yes! Semua pemaju kena ambil peluang ni.

    Reply
  13. Lya says

    January 8, 2019 at 3:15 pm

    Wahh menarik ni . Baca info ni pon dah rasa berdetak dum dum nak g jepin jugak kita hahhaa .. bestnya kalau dapat pergi . Best kan bila produk malaysia berada kat sana . Lagi mudah nak pelancong2 dr malaysia nak makan makanan halal waktu kat jepun nanti .

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Penting untuk tahu ubat sapu jenis apa yang sesuai untuk masalah kulit baby
  • Blender harga RM288 dijual harga RM57.90 sempena promo Double Digit Sales 11.11 di PG Mall
  • Resepi Maggie Goreng Basah viral yang sedap giler
  • Install Smart Door Lock kat rumah.. Antara kelebihan yang korang perlu tahu..
  • Projek DIY ubahsuai rumah. Kali ni upgrade lantai kepada SPC Flooring
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2021 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative