Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Raikan Tahun Baru Cina Dengan Makan Besar di Buffet Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur.

January 20, 2019 by Admin 2 Comments

Spread the love

Perayaan Tahun Baru Cina dah makin dekat. Pergi mana-mana shopping mall dah boleh dengar lagu raya cina. Memang terasa kemeriahan bila dengar lagu raya diorang..

Tahun Baru Cina biasanya diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, kuih dan limau mandarin.

Dulu aku pernah bekerja dengan sebuah syarikat consultant milik orang cina, masa sebelum sambutan Tahun Baru Cina diorang ada bawak semua staff makan besar kat restoran. Masa ni lah kali pertama aku makan yee sang. Kena gaul beramai-ramai menggunakan chop stick, lagi tinggi gaul lagi ong katanya…

Baru-baru ni aku pergi review buffet dinner sempena sambutan Chinese New Year di Coffee House, Sunway Putra Hotel. Dapat la merasa makan yee sang skali lagi selepas sekian lama tak merasa.

  • Yee Sang pinggan kecik sebab kongsi 4 orang jer..

Yang bestnya buffet Chinese New Year kat Sunway Putra Hotel ni, ada banyaaaaaaak giler menu yang berkonsepkan makanan tradisi masyarakat cina. Memang heaven giler makanan yang ada sampai aku tak tahu nak makan yang mana dulu.

Antara yang menarik perhatian aku adalah Roasted Peking Duck Pizza. Serius aku tak pernah rasa sebelum ni, memang sedap. Korang wajib cuba.

Lepas tu ada juga nasi ayam yang ditambah dengan Stir-Fride Hong Kong Nai Pak with Garlic, chinese black perpper beef, sushi, seafood BBQ, Vietnamese Noodle Soup dan banyak lagi.

Aku tak mampu nak makan semua manu yang ada tapi ambik jugak rasa serba sikit sebab takut kempunan pulak. Mini octopus salad tu 1st time aku makan. Sedap jugak rasanya tapi kalau yang jenis suka benda-benda comel ni mesti korang tak sampai hati sebab mini octopus tu comel wehhh… Hahaha… Korang tengok lah sendiri antara menu istimewa yang ada.

Mini Octopus Salad
Wok Fried Prawns with Superior Soya Souce
Homemade Meat Loaf with sauces
Indian Chicken Curry
Asian Seafood Buttered Spaghetti
Kerabu Assam Limau Bali
Seafood on Ice
Seafood BBQ

BBQ kat sini diorang bakar upon request… Kalau ko nak sotong bakar, mintak kat kaunter tu nanti die akan bakarkan. Makan panas-panas memang terbaik.

Selain tu, makanan Jepun pun banyak pilihan jugak. Aku tengok sushi yang tersusun ni terus teringat kat anak-anak. Diorang peminat sushi lebih-lebih lagi yang salmon tu.

Bab desert ni yang buat aku tak tahan sebab semuanya marvelous. Pencinta desert macam aku, korang mesti akan tersenyum puas hati tengok pelbagai jenis kek yang hanya terdapat di Coffee House sempena buffet dinner kali ni.

Gambar desert aku letak lebih sebab ni part fevourite aku.. Hahaha… Korang wajib cuba Red Dragon Fruits Layer Cake, Green Tea Red Bean Chocolate Cake dan Ginger Chocolate Cheese Cake. Aduhhh… Teringat sampai sekarang.

Kuih Bakul

Satu lagi yang wajib ada sebagai simbol kepada perayaan Chinese New Year semestinya kuih bakul.

Buffet Chinese New Year kat Sunway Putra Hotel KL ni hanya pada 4 & 5 February 2019 ni jer tau. Yer la, dah kata sempena Chinese New Year kan… Tempat memang sangat selesa untuk korang raikan makan besar bersama rakan-rakan dan keluarga.

Chinese New Year Buffet Dinner at Sunway Putra Hotel KL

  • RM118 nett / adult
  • RM68 nett (Kids 7 – 12 years old)

Bagi aku harga adalah berbaloi dengan hidangan yang disediakan. Buffet bermula jam 6.30 petang hingga 10.30 malam. Haaa boleh makan sepuasnya. Makan sambil borak-borak dalam suasana yang cukup selesa.

Maklumat lanjut boleb layari www.putra.sunwayhotels.com dan tempahan boleh dibuat melalui talian 03-4040 9888 atau email spkl.fbadmin@sunwayhotels.com

Kepada rakan-rakan aku yang meraikan Tahun Baru Cina, selamat menyambut Tahun Baru. Semoga tahun ni memberikan lebih ong kepada kita semua.

Filed Under: Food, Hotel, Review Tagged With: Buffet CNY, buffet dinner, Buffet Dinner CNY, CNY, Food Review, sunway putra hotel

« Tarikan Terbaru di Snowalk I-City Shah Alam. Ini Pengalaman Percutian Kami.
Malaysia Halal Expo 2019 Buka Peluang Produk Halal Tempatan Ke Japan »

Comments

  1. akk printing says

    January 24, 2019 at 12:18 pm

    info yang sangat berguna..

    Reply
  2. sueizza says

    January 27, 2019 at 3:48 am

    erghhhhh nyesal bukak entry ni,lapar balik akuuuu huhuuu

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
  • Bukit Gambang Water Park kembali dibuka untuk orang ramai selepas PKP
  • Tak susah pun pasang wall panel sendiri. Follow jer tutorial aku ni. Memang nice terokk.
  • Menginap di boutique hotel, Penang. Ada bathtub depan katil.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative