Ya Allah… Sakitnya hati bila dapat tahu aku kena tipu oleh tukang kayu keparat yang kononnya menjual perabot dari kayu pallet. Nama facebook lahanat tu adalah Seni Kayu Kretif.
Aku terjumpa iklan perabot kayu pallet ni dalam facebook market place. Aku PM seller tanya harga walaupun niat asal bukan nak membeli lagi sebab rumah belum ready, juz nak survey harga.
Bila aku PM seller ni, dia kata sekarang ni tengah promo akhir tahun. Tapi hari yang aku PM tu adalah hari terakhir promosi. Perabot kena tempah tapi kena bayar deposit 50% then baru die start bertukang untuk siapkan produk.
Juz imagine katil yang atas ni harganya hanya RM500 berbanding harga asal RM1,200. Dah la design katil ni lawa giler… Siap ada tangga dengan storage kat bawah. Memang aku berkenan sangat weh… Kalau jual RM1,000 pun still berbaloi bagi aku.
Katil yang ni pun harga promosi adalah RM500 berbanding harga asal RM1,000. Perghhh murah wehhh… Katil pulak nampak lawa jer..
Meja konsep industrial ni mulanya dia kata takde diskaun. Harga RM280 tapi sebab aku beli banyak item, so die boleh bagi dengan harga RM200. Bijak kan lahanat ni pancing. Grrr….
Lepas aku dah setuju, die bagi no akaun CIMB untuk aku bankin. Dan kecurigaan aku bermula bila dia suruh bankin sebelum jam 12 tengah hari. Masa tu dah pukul 11.50 pagi. Katanya sebab die nak selit order sekali kayu dengan batch lain. Kalau aku bayar lepas pukul 12, die akan order next batch. Witch is lambat la aku dapat perabot tu.
Kat sini aku dah kekurangan masa untuk selidik dia punya latar belakang. Cuma aku sempat geledah akaun facebook dia, google nama dia, no akaun bank, alamat yang dia bagi dan no telefon. Takde pun jumpa rekod yang mencurigakan. Aku chek no phone die dalam apps True Caller pun hanya keluar nama tukang kayu. So, terus jer aku bankin.
Lepas bankin aku mintak resit yang ada tertulis detail nama syarikat, alamat, no fon, no fax semua tu. Dia kata akan emailkan kemudian sebab masa tu dia kat luar.
Seharian tunggu, takde pun resit yang dijanjikan tu. Aku tanya lagi, dia kata tak sempat masuk ofic. Esoknya aku tanya lagi, dia kata dah mintak kerani sediakan. Once dah ready dia akan emailkan. Puas aku tunggu tak dapat gak. Esoknya aku tanya lagi, dia kata kerani cuti. Nanti die masuk ofic die buat. Sampai ke sudah aku tak dapat resit deposit tu.
Yang geramnya dengan mamat ni, dia sangat susah reply Whatsapp. Pagi aku send WhatsApp, lewat petang atau esoknya baru dia reply. Ya Allah, memang kena banyak bersabar deal dengan dia ni. Dah la no dia bagi tu tak boleh call, hanya boleh WhatsApp jer.
Pastu aku mintak gambar progress perabot aku, dia kata nanti dia send sebab tengah delivery perabot orang. Sampai sudah tak dapat. Grrr… Ade jer alasan die.
Pastu, untuk test mamat ni. Aku bagi tau kawan aku berminat nak tempah meja makan untuk restoran dia. Tapi nak datang tengok sendiri kat bengkel dia dulu. Mamat ni dengan yakinnya mengalu-alukan kitorang datang ke bengkel dia. Confident giler kann…
Aku tanya dia nak kena waze apa kalau nak ke bengkel dia tu. Dia kata search jer Antara Gapi, Rawang. Hoi… Jalan tu ada banyak kowt, aku suruh dia bagi yang detail. Dia kata kalau nak mudah tunggu dia sampai bengkel nanti dia send location. Bijak ko kan nak mengaburi aku.
Tunggu punya tunggu punya tunggu… Location tak diberikan. 3 hari die asyik bagi alasan bila aku mintak dia send location. Alasan macam-macam oih.. Tengah drive laa.. Tengah atas lori laa.. Tengah delivery laa.. Sakit hati weh kena main macam tu.
Masa ni dah pasrah bab duit RM600 tu. Hangus pun tak kisah dah tapi aku lebih nekad nak cari malaun ni. Kalau dibiarkan nanti akan berterusan dia scam orang.
Lepas dari tu aku terus mulakan operasi menjejak mangsa penipuan dia. Aku yakin mesti ada yang dah terkena. Then aku jumpa 2 orang yang pernah jadi mangsa dia.
Allah permudahkan urusan pencarian aku. Akhirnya aku dapat details scammer ni. Nama penuh dia, salinan ic dia, alamat rumah dia, no fon wife dia, alamat tempat dia bekerja dan gambar dia bercuti pun aku ada. Hohoho…
Dah cukup segala bahan, aku terus WhatsApp dia bagi tau aku nak dia refund balik semua duit aku. Dia tanya kenapa, aku cakap aku dah tak percayakan dia.
Tapi dengan yakinnya dia kata esok dia nak hantar barang. Ahhh sudah laaa.. Sebab kali ni aku dah ada banyak bukti die ni membongak.
Aku bagi masa sehingga pukul 5 petang untuk dia bankin balik duit aku. Kalau tak aku akan viralkan semua detail dia yang aku ada.
Pukul 5 petang dia whatsApps aku mintak extend hingga pukul 9 malam. Ok takpe, aku bagi ruang lagi untuk dia. Pukul 9 malam still takde sebarang berita, aku terus send gambar salinan ic dia sebagai warning.
Haaa baru gelabah bewak. Beberapa minit lepas tu dia bagi tau tengah beratur kat mesin cash deposit untuk bankin. Pukul 10 malam dia send gambar slip bukti dah refund duit aku.
Alhamdulillah aku dah dapat balik duit aku total RM600. Tapi aku tetap kena dedahkan juga siapa makhluk scammer penipu ni supaya dapat bantu orang lain dari terkena dengan dia ni.
Alamat Facebook yang digunakan mangkuk ni adalah Seni Kayu Kretif. Tapi akaun ni dah hilang dari radar. Sama ada dia dah tutup akaun ni atau facebook sendiri dah delete.
Tapi sebelum ni, ada mangsa dia yang kena tipu menggunakan akaun facebook D Qissya Pallet. Akaun tu pun dah takde. Maksudnya ada kemungkinan lepas ni dia akan bukak akaun baru lagi.
Korang kalau ada berurusan dengan orang bernama Ahmad Suhaimi Bin Dahari yang menggunakan no akaun CIMB 7064789766 sila abaikan sebab dia ni penipu. No telefon yang digunakan adalah 0133559534.
Ni gambar profile WhatsApp dia. Gambar setan oih… Hint dah ada dari awal tapi aku yang sengal. Hahaha…
Korang yang dah terkena dengan mamat ni, boleh contact aku untuk aku bagi salinan ic dia, gambar dan detail lain. Aku harap takde lagi yang terkena dengan dia.
InsyaAllah aku akan buat report polis juga untuk tujuan nak bagi ada rekod malaun ni dalam data polis.
Ieza Ashaari says
Dia silap org main² dgn blogger. Hahah.
Saidila Rahman says
pernah dedahkan jugak pasal penipu tshirt couple malaysia…tapi sebab diorang ramai…maka fb ai selalu kena report
Faizal Fredley says
nasib baik dpt 300 balik kalau tak aku dah ckp padan muka..hahah
Bella idura says
Macam pernah kena la.
Bella idura says
Macam pernah kena la. Order dekat shopee masa tu.
Bella idura says
Macam pernah kena la. Order dekat shopee masa tu. Sama ugut dapat balik duit.
yanamib says
ada wife?? serius laa bg bini mkn duit haromjadah…bini buat apa? redho dpt laki penipu? ich emo betul aku spesis pemalas kerja tp nk duit turun dr langit..tun M pun kerja hoii…huh!
Iuzira says
Tengok gambar macam pernah nampak
sueizza says
hadoiiiii dah la perabot cantik,aku lak yg frust hahahhas
Mohd Ibnu says
Sia ni masih aktive, lagi 7 org termSuk saya kena.. guma nama fb Jibang Carpenter..Modus operandi sama, ayat pon sama..appasallah tak kena tangkap2 lagi hawau ni..
Reen says
Saya pun saja cuba nak order sbb ada member order dgn dia, tapi tak dapat2. Tapi cara dia reply tu mmg menyakitkan hati.
Zai Zamree says
perabot lawa hoiii…klau x dpt mmg frust la
Nina says
Saya juga terkena baru nie
Mr el says
Saye pon kene tipu dengan die..hari ni kate nak hantar tapi tak sampai..mmg penipu..reply mcm nk tak nak..jom kasi viral..nama penuh dia masih ada..dapat masa bankin..tak tahu la memang die ke tak nama tu
Karen says
Hi, saya order dgn orang yg sama. Dah nak masuk setahun dah, brg x dpt, duit pun x refund. Boleh saya dapat details scammer ni. Dia hanya bagi nombor bank acc CIMB kat saya.
Nur murpadzilah says
Tuan..boleh bg salinan ic org pnipu ni tak..sy terkena jgk ni..rm500…
mat says
tuan, blh bantu sy utk dapatkan detail malaun 2 x? isteri sy pn tertipu dgnnya. hrp sgt ye tuan, tq.
muni says
betul ke nama jibang carpentar tu penipu?
Rina says
Ye penipu saya pn dh kena tipu ni. Tgh tumggu dia kata nk pulang balik duit
Zarina says
Boleh bg details dia tak. Sy pn dh terkena dgn dia ni.. Habis duit rm150 tempah meja makan. Dgn penipu ni dh sebulan minyta mcm2. Alasan
Muse Razak says
Terima kasih Mohd Ibnu…Saya pun berurusan dengan Jibang Carpenter. Dan saya pun hampir2 terkena. Sikit lagi nak buat bayaran deposit. Bila minta lokasi susah sangat nak hantar. Ni selidik punya selidik akhirnya jumpa juga. Fb Jibang Carpenter ni baru lagi..tu yg saya syak juga. Then ada bbrp perkara lagi yg dia kantoi utk menipu (sy tak boleh cerita sini, nanti si penipu tambah baik MO dia) hehe… . Kena viral dia ni.
Nina says
Manusia syaitan x ada hati perut saya doakan dia dpt musibah yg x tehinga
Dila says
Sy pon terkena jg. Tolong bagi salinan ic dan details dia. Pm sy ye…0192277549
Norman says
Asalam boss.. Saya baru kena tipu mamat ni.. Pm aku kt no fon.. Whtapp 0198346292….urgent boss..
anil says
salam , admin. tolong beri details mamat ni. baru kene lah. nak buat report. email aznilazlan1993@gmail.com. tq ya
Along says
Rasanya baik kite buat report beramai2.. dalam satu surat letak semua nama org yg ditipu Jibang Carpenter ni..
Mmg patut masuk jel org mcm ni.. selagi tak kena tangkap dia hidup senang atas duit menipu org..
Along says
Alamak sy pun baru terkena dgn mamat ni.. nama sama ..no.akaun bank sama . Tp fb pakai nama lain.. jibang carpenter.. lepas bbrapa hari sy dah bayar RM250 baru sy ade rasa tak sedap hati.. skali hari ni nak msg dia dah tak boleh.. mmg kurang ajar org ni .. boleh tuan wasap sy utk sy ugut dia pulang duit sy jugak? Ke dia dah tukar no.hp?
http://www.wasap.my/60137200073
El Kay says
8.20 pagi Semalam nampak iklan jual kereta Nissan Serena di Mudah.my, paling murah dari kereta sebaya..harga pasaran sekitar 19 – 20 k, tapi Mamat ni jual 14k. Bila telefon, dia kata dealer nak datang dah nak beli dengan harga 12k+, dia kata dia urgent nak pakai duit RM6k, 8.30 paling lewat kena ada. Bila tanya nak hantar mana duit, dia kata nak hantar Kemaman, memang dia cakap ada slang Ganu.
Sekarang dia di Melaka, di Taman Hajah Yon, Jasin, suruh kawan kat Melaka tengokkan kereta ni, kawan kata, taman tu kawasan estet. Tapi modus macam sama je, “tinggal 5 minit lagi nak pukul 8.30 dah.”. Di pakai nama Mamat. Adakah ini ada kaitan dengan Ahmad Suhaimi???
Tukang kayu pallet says
Assalamualaikum para sahabat..jgn percaya pada org yg proses katil tue.. sebab saya pernah tukang katil yg cantik tue pada masa covid 19 nanti..macam-macam projek saya buat tapi harap maklum sekatan setiap daerah jalan raya,tak boleh nak pergi ke rumah customer .. saya tak pernah minta duit deposit Kat customer.. saya bahan2 dan barang katil ada kat rumah customer baru kerja dijalan kan atas persetujuan Dari pihak customer untuk kerja katil,.bukan semudah itu je nak masuk rumah tanpa izin dulu..jadi apa2 Naya..atas kepercayaan seorang itu ingat senang ke?
Kerja katil telah siap baru customer itu baru cakap berapa upah Dan sebagainya.. itu lah pengalaman kerja saya..