Aku pernah bercita-cita nak ada produk sendiri dengan jenama sendiri. Tapi aku takut untuk memulakan langkah dalam industri perniagaan sebab aku tahu berniaga ni cabarannya bukan kecil. Bukan modal sahaja yang perlu ada untuk memulakan perniagaan tapi perlukan ilmu jugak.
Dah banyak perniagaan yang aku tengok awalnya gah tapi makin lama makin menyepi. Produknya bagus cuma macam mana nak bertahan lama itu yang mungkin menjadi taruhan.
Kita sebenarnya mempunyai ramai usahawan tempatan yang mempunyai produk yang berkualiti tinggi dan sangat bagus tapi diorang ni tak dapat peluang untuk menonjol.
Bila kita dah ada produk, penting untuk kita memperkenalkan produk kita kepada pengguna. Salah satu cara adalah dengan menyertai expo perniagaan yang dianjurkan seperti program BioUsahawan 2019 yang akan berlangsung pada 15 & 16 Mac 2019 (Jumaat & Sabtu) di KL Convention Centre (KLCC).
BioUsahawan 2019
BioUsahawan 2019 yang dianjurkan oleh Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia (MOA) dan Bioeconomy Corp merupakan program dimana mengumpulkan usahawan tempatan dan luar negara dalam satu tempat. Ni peluang untuk para usahawan bertemu dan mengembangkan rangkaian masing-masing.
Dalam expo BioUsahawan 2019 ni, bukan hanya sekadar pemaran produk dan demonstrasi dari usahawan malan akan diadakan beberapa aktiviti lain seperti berikut :
- Sesi padanan perniagaan (business matching)
- Sesi ‘pitching’ pernigaan (business pitching – BioPitch)
- Sesi perkongsian ilmu dan pengalaman dari pakar indutstri, tokoh masyarakat dan juga selebriti yang turut terlibat dalam perniagaan. (pocket talk / panel session / forum)
- Perkongsian pengalaman melalui #BIOCHAT bersama eFM.
Para usahawan memang sangat-sangat digalakkan untuk menyertai program ni sebab dapat memperkenalkan produk korang bukan hanya kepada pengguna malah kepada pemain industri yang terlibat sama. Kat sini la korang nak tingkatkan jualan produk dan perkhidmatan yang ada.
Dengan program ni korang boleh meningkatkan kepercayaan orang awam tentang produk tempatan dan meningkatkan kesedaran orang awam bahawa produk tempatan sememangnya berkualiti tinggi, selamat dan berpatutan.
Bagi aku ini adalah platform terbaik untuk korang kembangkan rangkaian perniagaan sama ada dalam negara mahupun luar negara.
BioUsahawan 2019 adalah terbuka kepada usahawan tempatan dan luar negara sama ada usahawan persendirian, Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia (PKS), Syarikat Perniagaan Berdaftar, pengeluar dan pembekal termasuk OEM, koperasi, agensi kerajaan, penyelidik dan pelabur.
Dalam program BioUsahawan 2019, para usahawan dibahagikan kepada 3 segmen utama iaitu :
1. Bio-Based (Zon Oren)
- Syarikat, produk dan perkhidmatan BioNexus
- Kesihatan dan penjagaan diri
- Kosmetik
- Bioteknologi
- Produk dan perkhidmatan biodegradasi (biodegradable)
- Produk dan perkhidmatan kelestarian (sustainability)
2. Agro-Based (Zon Hijau)
- Teknologi agro (agrotech)
- Hortikultur
- Akuakultur
- Pertanian dan penternakan
- Pertanian bandar (urban farming)
- Keselamatan dan teknologi makanan
3. Entrepreneurship (Zon Kelabu)
- Halal
- Makanan dan minuman (agroculinary)
- Pembiayaan (bank dan institusi kewangan)
- Perdagangan (trading)
- Pengeluar dan pembekal (termasuk OEM)
- Business pitching
Banyak manfaat yang korang boleh dapat dengan sertai BioUsahawan 2019 selain dapat menyerlahkan produk korang sendiri iaitu :
- Mendapatkan pembiayaan dan sokongan dari pelbagai pihak, termasuk bantuan dari Kerajaan, institusi kewangan, agensi dan pemain industri bagi mengembangkan perniagaan usahawan.
- Meluaskan jenis/basis pelanggan (customer base)
- Melalui bual bicara secara siaran langsung dengan eFM/#BIOCHAT dan demonstrasi produk
- Mendapatkan petua, nasihat dan hack yang hebat oleh pakar industri, tokoh masyarakat dan selebriti bagi mengembangkan dan mengekalkan perniagaan.
- Menjalinkan kerjasama (partnership) strategik untuk memperkasakan perniagaan/bidang keusahawanan
- Mengukuhkan kepakaran dan kemahiran untuk menjayakan perniagaan/bidang keusahawanan
Korang yang serius nak mengembangkan perniagaan aku syorkan sertai program BioUsahawan 2019. Maklumat lanjut bolehlah melayari http://www.bioeconomycorporation.my/biousahawan-2019/ atau social media Facebook BioeconomyCorporation, Twitter BioeconomyCorp dan Instagram Biousahawan.
Dengan menyertai BioUsahawan 2019 sebagai pempamer, korang berpeluang sertai peraduan yang dianjurkan dengan mengisi Borang Survey untuk Pempamer – BioUsahawan 2019 dan berpeluang memenangi hadiah menarik dari pihak penaja iaitu :
Hadiah Utama
1x Baucar Penginapan Percuma di Bilik Standard untuk 2 Hari 1 Malam di Hotel ibis KLCC untuk 2 orang, termasuk Sarapan Pagi (bernilai RM248++)
Hadiah Kedua
1x Baucar Bufet Hi-Tea pada Hujung Minggu untuk 1 orang di Kampung Kitchen, ibis KLCC (bernilai RM68nett).
Untuk komunikasi yang lebih mudah dan cepat korang boleh hubungi :
Cik Marlia: +603 2116 5471 / +6012 364 8179
Cik Norma: +603 2116 5442 / +6011 222 6384
Shud says
macam best ni..
resepi sotong