Teruja giler bila tengok video running event E.I.C yang pertama kali diadakan hujung tahun 2017 dulu. Cuba tengok video kat bawah ni. Semua obstacle yang sama juga ada untuk event kali ni.
Fuhhh… Disebabkan video ni la aku ajak member-member join EIC kali ni. Semua pun teruja nak merasa main Inflatable macam bebudak selalu main.
Ada 12 obstacle yang perlu ditempuhi dan perlu habiskan larian sepanjang 5km. Track kali ni dalam Taman Rekreasi Bukit Jalil, berpusing-pusing kat dalam tu jer.


2 bulan awal kitorang dah book tiket ambik slot pukul 7 pagi. Flag off ada banyak sesi. Paling awal pukul 6.30 dan paling last pukul 9.30. Setiap batch gap 30 minit. Kitorang batch kedua iaitu pukul 7 pagi. Tujuan diorang buat banyak batch sebab senang nak kawal masa kat inflatable nanti tapi…. Haihhh.. Baca la sampai habis pengalaman kitorang ni.

Kitorang berlima sampai dalam pukul 6.15 kat situ. Solat subuh dulu kat Petronas lepas tu terus ke lokasi flag off. Diorang ada bagi tote bag kosong sebelum flag off untuk simpan kasut masa naik inflatable nanti.
Setiap batch dibezakan dengan warna wristband, jadi korang tak boleh suka-suka hati masuk batch lain selain yang korang daftar.
Flag off agak on time. Nampak macam well manage jer kan. Kitorang tak lari sangat pun. Banyak berjalan sambil membawang. 2km pertama takde obstacle pun.

Lepas tu baru nampak ribuan orang dok beratur dan berebut nak naik Inflatable. Hohoho… Masa ni memang huru hara sebab crowd tak beratur. Masing-masing dah macam zombie tengah serang manusia. Sepatutnya diorang buat laluan zigzag untuk peserta beratur take turn naik inflatable. Tapi sebab takda crew yang jaga, itu yang semua dok berebut dan tolak menolak berlaku.

Untuk naik Inflatable ni kena bukak kasut dan simpan dalam tote bag yang diorang bagi. Lepas tu kitorang pun start mencelah dan jadi zombie macam yang lelain jugak.
Penat jugak la nak dapat naik 1st inflatable ni pun… Nak kata enjoy tu tak jugak sebab orang terlalu ramai atas inflatable tu. Huhu..

Kemudian kitorang skip 2nd inflatable sebab ramai sangat ‘zombie’. Terus ke 3rd inflatable sebab nampak kat situ macam tak ramai sangat. Tapi tetap jugak berebut dan bersesak. Kesian kat awek-awek dengan bebudak yang kena tolak.
Walaupun hanya ada 3 lokasi inflatable jer tapi sebenarnya setiap inflatable tu ada beberapa obstacle kat dalam dia. So, total ada 12 obstacle.. Aku bayangkan ada 12 inflatable semuanya.. Hahaha…


Setiap inflatable ni diorang letak tak jauh antara satu sama lain. Settle 12 obstacle kena teruskan berlari atau berjalan lagi 2km untuk sampai ke garisan penamat.



Masa 2km terakhir ni baru la jumpa booth yang menyediakan air mineral. Masa awal-awal diorang tak limitkan berapa botol seorang. Ada yang ambik 4 5 botol siap buat basuh kaki lagi. Sudahnya yang batch belakang semua tak dapat air sebab dah habis. Adehhh…
Finally, selepas 2 jam kitorang sampai ke garisan penamat. Dapat la seketul medal kecik sebagai kenang-kenangan. Alahai kecik comel jer medal.

Kalau tanya aku enjoy ke tak? Yes aku enjoy jer sebab dapat buat aktiviti dengan geng-geng buddies aku. Tapi kalau nak join lagi memang tak dah sebab bagi aku event kali ni gagal dalam manage crowd. Juz imagine ada yang kena tunggu 2 jam untuk dapat naik inflatable tu.

Meh aku listkan apakah kelemahan event EIC 5km yang berlangsung kat Taman Rekreasi Bukit Jalil kali ni.
- Terlalu ramai peserta. Walaupun dilepaskan secara berperingkat namun tetap huru hara.
- Crew tak mencukupi menyebabkan diorang gagal mengawal peserta di obstacle. Tolak menolak berlaku dan peserta tak beratur. Sepatutnya disediakan laluan zig zag untuk kawal bilangan peserta yang melaui obstacle dalam satu-satu masa.
- Terlalu ramai peserta sehingga ada yang menunggu lebih 2 jam untuk dapat naik inflatable. Penat menunggu dari berlari. Huhu..
- Hanya ada 1 booth jer untuk air mineral. Itu pun masa dah masuk 2km terakhir. Dan air tak cukup untuk semua peserta..
- Wristband, tote bag dan medal murahan. Tote bag dengan tali untuk medal kosong with no printing at all.
- Medal kecik dan tak cantik. Tapi bab cantik tu takde isu sangat sebenarnya cuma saiz medal tu alahai comel.
- Parking huru hara. Jalan jadi jem sebab ada yang double park tepi jalan.
- Ramai yang keliru dengan lokasi peserta dilepaskan. Ramai yang sesat barat kat dalam Taman Rekreasi Bukit Jalil tu.

Kalau nak tengok feedback peserta korang boleh pergi baca kat Facebook EIC. Ramai yang dok meroyan kat sana dan mintak refund balik duit.


Ni last kowt aku join event macam ni. Tapi kalau next time nak join pun aku akan ambik 1st batch dan chek dulu berapa limit peserta. Kalau ramai macam ni baik lupakan jer.
Thanks buddies Daus Redscarz, Ujang, Angah Judin & Fazrol.. Nanti kite join event running yang lain pulak.
seronok event macam ni.Hilang stress ye dak? Hihhihi..