Korang tahu tak hosting itu apa? Hosting ni macam pendrive la, semua data-data kita yang ada dalam blog akan disimpan kat situ. Kalau guna blogspot, tak perlu pun fikir pasal hosting sebab data kita semuanya disimpan oleh google.

Disebabkan blog aku jenis WordPress, aku prefer untuk ada hosting sendiri untuk simpan semua data yang aku upload kat blog. So, aku menyewa hosting dengan GB Network.
Baru-baru ni aku renew hosting untuk tempoh setahun lagi dengan GB Network. Aku ambik pakej Rookie iaitu RM120 setahun.

Atas faktor tertentu, aku punya hosting perlu dipindahkan kepada sever yang lain tapi masih milik GB Network. Ntah macam mana proses perpindahan tu tak berjalan lancar seperti sepatutnya.
Ada beberapa masalah sehingga menyebabkan aku kehilangan trafik blog. Bukan hilang sikit tau, boleh dikatakan hampir tiada trafik. Kalau sebelum ni trafik aku sehari 4 angka, lepas pindah server trafik aku kurang 50 view. Huhuhu… Sedih tengok trafik macam tu.
Jadi aku contact technical support GB Network untuk mintak bantuan diorang. Kemudian diorang dapat kesan terdapat beberapa plugin yang bermasalah dalam blog aku yang menjadi punca kepada kehilangan trafik.
Bila dah betulkan plugin yang dikatakan tu, trafik masih lagi tak naik.. Dalam masa yang sama aku pun cuba chek jugak apa yang menyebabkan aku kehilangan trafik. Rupanya article aku kebanyakannya tak boleh di baca. Bila klik hanya akan appear blank page. Kosong jer…

Aku maklumkan kepada GB Network dan dengan pantas diorang solve kan problem tu. Article aku dah boleh dibaca. Aku cuba bukak random article yang aku pernah tulis dan yes memang dah boleh boleh baca.
Tapi trafik still tak naik. Time ni aku dah cuak dah sebab kot disebabkan masalah ni aku punya article yang top di carian google jatuh ke page belakang-belakang. So, aku try search keyword top dalam blog aku.
Yess.. article aku masih di 1st page tapi masalahnya bila klik melalui google tidak dapat masuk ke blog aku. Tapi kalau taip url blog boleh jer baca. Sekali lagi aku maklumkan kat GB Network dan diorang pun cuba search dan klik melalui google ternyata article yang aku tulis tak dapat dibaca, hanya blank page.
Pastu technical team GB Network cuba solvekan problem tu dan akhirnya masalah aku selesai. Trafik mula masuk ke blog aku walaupun tak sepenuhnya. Team technical GB Network maklumkan diorang akan pantau dulu trafik aku beberapa hari sehingga pulih sepenuhnya.
Terima kasih technical team GB Network yang sungguh komited untuk membantu aku menyelesaikan masalah ni. Kalau harapkan aku memang tak selesai la sampai ke sudah.
Ini antara faktor kenapa aku memilih hosting provider GB Network. Sebab diorang sangat pantas respond dengan setiap aduan kita dan diorang sedaya upaya membantu kita sekiranya terdapat masalah.
Ingat lagi kes blog aku kena hack, diorang jugak yang selesaikan. Ni adalah salah satu sebab kenapa aku memilih untuk ada hosting sendiri. Kalau harapkan kat google, aku risau kalau berlaku apa-apa masalah kita tak tahu nak refer siapa.

Korang kalau berminat nak sewa hodint boleh klik GB Network dan tengok sendiri pakej-pakej yang ada. Tak pun contact diorang terus jer kat situ untuk pertanyaan lanjut.
Pantas bertindak dan memberi bantuan itu yang bagus dan sangat penting.