Aku baru 2 tahun pasang wifi internet kat rumah. Sebelum ni hanya bergantung sepenuh kat mobile data jer tapi sebab penggunaan internet aku dengan Miss Permaisuri makin lama makin tinggi, itu yang kitorang decide pasang wifi jer kat rumah.
Memang la internet ni merupakan satu keperluan lebih-lebih orang macam aku yang banyak menggunakan internet untuk kerja-kerja online. Tapi masalah lain yang timbul ialah macam mana aku nak kawal penggunaan internet untuk anak-anak aku. Diorang makin lama makin besar, susah aku nak pantau kalau diorang boleh akses internet tanpa had.
Walaupun hanya layan youtube jer, tapi kekadang terlepas jugak kartun yang tak senonoh. Ingat lagi tak pernah viral tahun 2017 dulu pasal video spiderman yang tidur dengan Elsa then mengandung. Sekali tengok nampak macam rancangan kanak-kanak sebab ada watak Elsa dan jugak spiderman. Rupanya channel tu banyak scene-scene yang tak sesuai untuk tontonan kanak-kanak.
Alahai.. benda macam ni yang buat kita tak senang hati biarkan anak-anak melayari internet. Walaupun Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyenaraikan ratusan laman web yang tidak sesuai diakses di negara kita tapi masih banyak lagi yang masih terlepas.
Audra HomeShield
Sebab tu aku perlukan peranti yang dapat bantu aku untuk mengawal penggunaan internet. Aku diperkenalkan dengan Audra HomeShield iaitu peranti internet yang dilengkapi pelbagai ciri istimewa untuk mengawal penggunaan internet selain bertindak sebagai router.
Tak kisah la korang langgan perkhidmatan internat dari provider yang mana, semuanya sesuai menggunakan Audra HomeShield ni. Kenapa aku katakan Audra HomeShield ni sangat bagus? Sebab ia merupakan peranti yang mempunyai fungsi-fungsi keselamatan (digital wellness) yang menyeluruh seperti :
- Berupaya menyekat laman web yang tidak bersesuai seperti laman web lucah dan tidak senonoh. Tak perlu nak setting sendiri, die dah sekat awal-awal. Bagus untuk bapak-bapak jugak ni yang suka tengok benda-benda tak senonoh. Hahaha…
- Boleh menetapkan jenis sambungan internet terhadap kumpulan device tertentu. Contohnya aku boleh setkan ‘group kids’ dan list kan smartphone anak-anak aku dalam group tersebut. Dari situ aku boleh set kan jenis sambungan khas untuk group tersebut. Kiranya keupayaan internet diorang adalah berbeza dengan aku walaupun menggunakan sumber internet yang sama.
- Fungsi One Click Preset untuk menghentikan sementara penggunaan internet. Contohnya ketika waktu belajar atau waktu makan. Jangan biarkan anak korang makan sambil melayari internet. Masa makan adalah masa untuk keluarga sepenuhnya.
- Boleh mengawal penggunaan internet berdasarkan tempoh masa yang ditetapkan. Ini yang aku amalkan sekarang iaitu aku limitkan hanya 2 jam pagi dan 1 jam malam untuk anak-anak aku menggunakan internet di hujung minggu. Tapi sebelum ni aku hanya ambik simpan smartphone diorang jer, lepas ni aku hanya perlu set kan dan sambungan internet diorang akan tamat bila tempoh masa yang ditetapkan habis. Dah macam kat cybercafe pulak kann.. Hahaha…
- Imbasan dan sekatan secara automatik terhadap malware dan adware.
Yang bagusnya, semua fungsi keselamatan dan khusus ni boleh di set melalui applikasi khusus iaitu AudraGo. Kelebihan applikasi ni ialah korang boleh kawal dari jarak jauh ketika berada di luar rumah. Korang boleh gunakan apps AudraGo untuk hentikan seketika penggunaan internet. Mudah kann..
Selain berfungsi sebagai alatan keselamatan digital, peranti ni juga berperanan sebagai router. Sebelum ni aku menggunakan high speed router yang aku beli di luar untuk kepuasan capaian internet yang maksimum. Selepas seminggu aku menggunakan Audra, kelajuan internet yang aku dapat langsung tidak berkurang malah lebih baik.
Untuk info, Audra HomeShield mempunyai spesifikasi sepertimana berikut :
- Bersaiz 33 x 23 x 8.5 cm
- Seberat 1.56kg
- Menyokong fungsi dual band 2.4Ghz dan 5Ghz
- Warna matte white
- Mempunyai 3 x LAN gigabit port
- Mempunyai 1 x WAN port
- Mempunyai 1 USB 2.0 port
Proses pemasangan Audra HomeShield ni takde la susah sangat. Just connect sambungan dari modem ke peranti dan kemudian dari peranti tu connect pulak ke laptop untuk registration dan proses setup. Korang boleh refer ip address yang ditulis di kotak dan follow jer instruction yang ada then nanti dia akan auto update.
Secara jujurnya aku sangat berpuas hati dengan peranti Audra HomeShield ni dan fungsi yang terdapat dalam peranti ni adalah sangat memuaskan. Demi kesejahteraan keluarga aku, memang tepat sangat pilihan aku menggunakan peranti ni untuk mengawal penggunaan internet anak-anak. So, takde la istilah penggunaan internet tanpa batasan lagi untuk anak-anak aku.
Selain Audra HomeShield, ada juga Audra BizSecure untuk kegunaan syarikat dan pastinya fungsinya pun berbeza. Kalau korang nak dapatkan info lanjut tentang device Audra boleh layari www.audra.io atau Facebook Audra.
Sis Lin says
Bagus juga macam ni, banteras dengan alasan logik..
Ye la kot anak tiba-tiba tengah main sekali wifi takde, boleh kita jawab ;entah; dan anak tak boleh kata apa-apa kan..hehhehe
YB Shehan says
menarik.. tu la risau gak budak2 nih dok akses youtube kan? so mmg dok pantau history je la so far. bgs lah ada benda nih.. mahai x? huhu