Aku rasa geng-geng kaki travel mesti dok ternanti-nanti Matta Fair 2019 pada 15 Mac 2019. Ramai sanggup bersesak kat PWTC tu semata-mata nak dapatkan Matta Fair Promo yang murah giler. Time ni la nak rembat pakej-pakej percutian yang super jimat.
Bercuti memang la best tapi perlu banyak modal. Kos untuk travel bukan murah, nak kena bijak dapatkan tiket flight murah, nak kena survey hotel yang berbaloi, nak plan aktiviti dan tempat yang nak dilawati. Kena buat budget betul-betul. Nanti kat hujung article ni aku nak share dengan korang tips untuk dapatkan diskaun pakej percutian macam kat Matta fair jugak.
Macam aku sendiri, kalau travel sorang aku tak kisah sangat. Tapi kalau bawak family nak kena fikirkan banyak benda kowt. Sebab tu kena ada perancangan dari awal.
Setiap tahun aku akan bawak isteri dengan anak-anak bercuti. Aku lebih prefer percutian dalam negara sebab bebudak ni kecik lagi nak bawak pergi negara orang. Tunggu diorang besar sikit baru selesa nak bercuti jauh-jauh…
Tahun lepas kitorang ke Pulau Pangkor. Tahun sebelum tu ke Pulau Langkawi. Tahun sebelum tu terlajak sikit bercuti ke Hatyai. InsyaAllah tahun ni aku plan nak bawak anak-anak bercuti ke Sabah sempena Anniversary kitorang yang ke-10. Mengimbau balik tempat honeymoon kitorang dulu kat Sabah. Kehkehkeh…
Sabah banyak tempat menarik untuk pergi. Antara tempat yang dalam list aku adalah area Taman Laut Tunku Abdul Rahman. Kat situ ada 3 pulau yang aku nak pergi iaitu Pulau Sapi, Pulau Manukan dan Pulau Mamutik.
Aku jugak nak spend satu hari satu malam ni Nexus Resort Karambunai sebab situ la port hanimun kitorang dulu. Throwback zaman berdua dulu. Hehehe… Stay kat sini pun dah banyak aktiviti yang boleh dibuat antaranya lepak kat private beach diorang yang bersih giler tu, naik ATV bersiar-siar tepi pantai dan kayuh basikal mengelilingi resort.
Lepas tu aku plan nak bawak anak-anak ke Lok Kawi Wildlife Park. Kat sini ada pelbagai spesis haiwan liar khususnya yang popular di Borneo seperti monyet belanda, orang utan, harimau dan banyak lagi.
Haaa… Antara perkara yang korang tak boleh skip bila bercuti ke Sabah adalah untuk melawat cultural village dan tengok sendiri keunikan etnik di Sabah. Budaya diorang sangat berbeza dengan kita kat semenanjung. Ada 2 perkambungan budaya yang dalam list aku iaitu Mari Mari Cultural Village dan Monsopiad Caltural Village. Tapi tiket masuk Mari Mari mahal oihh… So nak jimat mungkin aku pergi kat Monsopiad Caltural Village. Sama jugak konsepnya, kite boleh mendekati cara hidup, kesenian, tarian dan budaya etnik kat sana.
Last skali dalam list percutian aku ke Sabah adalah nak ke Kundasang dan Ranau. Nak bawak anak-anak tengok padang ragut dan lembu-lembu macam kat New Zealand. Nak tengok panorama puncak Gunung Kinabalu dan merasai kesejukan kaki gunung. At least satu malam nak bermalam kat Kundasang.
Lepas tu lajak sikit ke Ranau untuk ke spa ikan Tagal Luanti Sungai Moroli. Sini aku yakin bebudak ni tak kan berani masukkan kaki kat dalam sungai. Penakut oihh anak-anak aku ni. Bebudak bandar gitu laaa… Diorang dapat tengok real live depan mata pun dah cukup dah…
Sebab lokasi satu tempat dengan tempat lain kat Sabah ni agak jauh, jadi aku plan nak sewa kereta yang selesa sikit. Nak kena servey betul-betul dan cari kereta sewa yang paling murah dan berbaloi. Doa-doa la supaya plan percutian aku tahun ni menjadi.
So, aku dah kena start hunting tiket flight murah, booking hotel penginapan dan jugak cari kereta sewa. Untuk mudah buat tempahan semua ni dan dalam masa sama dapatkan harga yang terbaik, aku tak sabar tunggu kempen Traveloka Sale-Abration bermula. Kat situ ada promo kow-kow macam kat Matta Fair jugak. Tak payah aku bersesak dengan anak-anak ke PWTC.
Traveloka Sale-Abration ada promosi berbaloi dengan diskaun untuk tempahan bilik hotel, tiket penerbangan dan ada juga tiket tempat-tempat tarikan pelancong yang boleh dibeli secara online dengan traveloka.
Kenapa aku suka buat tempahan dengan Traveloka? Sebab sangat mudah dan sebab semua tempahan sama ada hotel, tiket flight dan tiket-tiket attraction place boleh dibeli melalui applikasi Traveloka.
Lagi pun harga yang dipaparkan adalah harga sebenar. Takde caj tersembunyi macam surcharge peak season atau tax tertentu. Ni paling aku tak suka sebab aku pernah beli pakej percutian sebelum ni dengan travel agent, harga memang murah tapi sebab aku pergi peak season kena bayar pulak surcharge masa chek-in. Grrr… Sakit hati jer… Awal-awal tak nak bagi tau.
So, lepas terkena tu aku memang cukup berhati-hati. Nak tahu harga sebenar kena tanya betul-betul, jangan tengok kat iklan jer. Kekadang kita tak perasan pun tulisan surcharge tu sebab die tulis kecik giler.
Sebab tu aku prefer beli jer online dengan Traveloka. Takyah terpedaya dengan janji manis agent. Kita sendiri boleh servey dengan selesa menggunakan web atau apps dan baca semua term yang ada sebab term yang ada ditulis dengan jelas.
Sebagai persediaan menunggu kempen Traveloka Saleabration, korang boleh download dulu apps Traveloka atau layari www.traveloka.com
[…] lebih bijak kerana harga pakej yang ditawarkan adalah murah dan berbaloi. Tak perlu pun tunggu ada Matta fair baru nak dapatkan pakej murah, boleh hubungi terus travel agent di […]