Bersempena musim cuti sekolah, memang sesuai sangat nak isi masa bersama anak-anak dengan menonton filem di pawagam. Akiff dengan Azif dah beberapa hari ajak aku tengok filem Upin Ipin terbaru. Tak sampai hati pulak kalau tak bawak sebab diorang membesar ditemani watak Upin dan Ipin.
Lepas baca review orang ramai, aku jadi teruja nak tengok sendiri filem ni. Ada yang bagi rating 9/10 malah ada yang katanya film ni layak dapat 5 bintang. Kemain korang punya review. Tau la nak support filem tempatan tapi jangan lah over sangat.
Disebabkan review orang ramai, aku meletakkan expectation yang agak tinggi untuk filem ni. Tapi akhirnya sedikit kecewa dengan beberapa elemen yang aku rasa masih ada ruang untuk diperbaiki.
Meh aku nak gambarkan secara ringkas sinopsos filem ni. Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal adalah kisah pengembaraan Upin Ipin dan rakan-rakan yang secara tak sengaja termasuk dalam dunia lain selepas diorang terjumpa keris lama masa tengah kemas stor Atok.
Dunia lain tu adalah di Negara Inderaloka yang mana ketuanya adalah Raja Bersiong yang telah merampas takhta dari raja terdahulu. Cerita ni agak klise iaitu perebutan kuasa dan takhta..
Masa tercampak ke Negara Inderaloka, Upin Ipin dan kawan-kawan dia terpecah kepada dua kumpulan. Sarung keris di pegang oleh Upin dan hulu keris dipegang oleh Ipin. So, kat sini diorang mula mengembara untuk mencari satu sama lama.
Tanpa diorang sedar, kehadiran diorang ke Inderaloka bersama keris tu telah dihidu oleh Raja Bersiong. Tapi bebudak ni tak tahu menahu pun yang diorang ni dicari oleh Raja Bersiong disebabkan keris tu.
Dalam pengembaraan diorang, ada beberapa watak kisah lagenda melayu dahulu kala yang diselitkan antaranya kisah Mat Jenin, si tanggang, batu belah batu bertangkup, bawang merah bawang putih, nujum pak belalang, kisah Singapura dilanggar Todak dan Raja Bersiong. Agak menarik sebab diorang dapat selitkan watak kisah lagenda ni.
Komen aku pasal filem animasi ni, jalan cerita dia tak membosankan. Banyak aksi lawan dan pertempuran. Penampilan upin dan ipin sebagai watak utama memang betul-betul menyerlah. Dari awal sampai habis diorang sentiasa muncul di screen. Ini salah satu sebab kenapa bebudak boleh terpaku dari awal sampai habis untuk tengok filem ni.
Cuma untuk bebudak berusia 7 tahun ke bawah, mungkin agak susah untuk faham jalan cerita ni. Diorang tak faham pun siapa Abang Jenin sebenarnya dan apa kaitannya semua cerita ni dengan keris siamang tunggal.
Dari segi visual, karektor kartun lebih cantik tapi masih sedikit kaku bila compare dengan filem animasi luar negara. Contohnya masa scene Upin dan Ipin bertemu kembali selepas berpisah, scene tu agak menyentuh perasaan tapi disebabkan riak muka Upin Ipin masih sedikit keras jadi kesedihan tu tak dapat disampaikan sepenuhnya.
Dari segi audio, memang aku puji sebab bunyi suara tu dapat di dengar dari pelbagai sudut. Akiff siap pusing belakang masa dengar suara atuk panggil dari belakang.
Secara keseluruhannya, aku bagi rating 7/10 dan tak rasa membazir keluarkan duit untuk menonton filem animasi ni. Yang penting anak-anak enjoy dapat tengok cerita Upin Ipin.
Haaa ada tragedi masa aku tengok wayang baru-baru ni. Si Azif leka layan filem ni sambil makan popcorn, tiba-tiba aku nampak dia macam nak termuntah. Rupanya dia tercekik popcorn. Ya Allah, cuak kjap aku. Sabor jer la budak ni.
Scha Nazri says
Nak bawak Sofia,kecik lagi lah plakk. Haha. Apa2 pun memang nampak menarik cerita upin ipin ni.
ejulz says
menarik.. kalau anak dah besar mesti best ajak tgk movie ni 🙂
andi says
untuk anak bawah 7 tahun itu inilah masanya para ibu dan bapa cerita kisah2 dongeng tersebut kat anak2.cerita ni hanya nak trigger supaya ibu bapa boleh communicate dgn anak ,kan lagi membuatkan hidup berkeluarga harmoni
Admin says
Yer setuju sangat. Saya pun dha ceritakan sikit dan ank mntak belikan buku koleksi cerita lagenda melayu. Haa satu hal nak mencari lak ni..
maihiendanang says
Nice movie. I really want to go theater with my kids…kakaka
Radhia says
tuela yang paling pentingkan..anak2 enjoy menonton
ruggedmom says
Hari tu bagi anak-anak je tengok, maknya mereput menunggu dalam kereta hahahah…. bila ramai kata best rasa menyesal tak tengok sekali.