Aku kenal jenama 5 Waktu bila tengok anak-anak buah aku dengan sepupu sepapat diorang pakai jubah di pagi raya. Jarang tengok bebudak muda pakai jubah pagi raya.
Bila aku tanya, rupanya jubah slim fit tengah jadi trend bebudak muda. Paling popular masa tu adalah brand 5 Waktu. Haa dari situ la aku kenal brand ni.
Setahun lepas tu diorang keluarkan pulak koleksi kurta 5 Waktu yang sekali lagi booom kat pasaran dan jadi trending musim raya. Sampaikan nak dapatkan kurta 5 Waktu pun jadi rebutan sebab permintaan tinggi. Sekali dengan aku terikut-ikut trend kurta slim fit masa tu. Nasib baik badan sesuai lagi pakai baju slim fit walaupun perut tak slim sangat. Hahaha…
Aku siap bawak pakai jalan-jalan masa bercuti ke Jepun dulu. Kurta yang aku pakai dalam gambar atas ni adalah kurta Sunan yang koleksi 3 tahun lepas punya. Dah banyak kali pakai dan basuh tapi sampai sekarang warna dia still merah menyala dan nampak macam baru.
Bagi aku, koleksi 5 Waktu mempunyai kualiti yang tinggi dari segi material kain, design yang trendy dan selesa dipakai. No wonder koleksi 5 Waktu jadi pilihan ramai terutama musim raya.
Terbaru, jenama 5 Waktu mengumumkan pembukaan butik fizikalnya sendiri di Seri Bangi, Seksyen 8 Bandar Baru Bangi. Majlis perasmian pembukaan butik diadakan pada 27 April baru-baru ni. Ramai giler yang datang. Terkejut aku bila sampai nampak orang beratur panjang sampai ke luar.
Masa hari pembukaan tu, 5 Waktu ada berikan 100 helai kurta percuma kepada 100 pelanggan pertama serta harga istimewa khas untuk semua koleksi pada hari tu.
Aku sampai butik dalam pukul 10 pagi. Parking takde masalah sangat kat area situ. Masa aku sampai, diorang dah agihkan nombor giliran untuk masuk dalam butik.
Diorang tak nak semue masuk serentak dalam butik, kang nak memilih dan try baju pun tak selesa. So, take turn la masuk ke butik hari tu. Dengar kata ada yang start beratur dari pukul 8 pagi. Wow..
Kat butik ni semua koleksi jubah dan kurta 5 Waktu dari 1st keluaran sampai terkini ada jual kat sini. Korang boleh rasa sendiri kualiti kain dari jenama 5 Waktu. Memang terbaek!
Yang koleksi aku pakai dalam gambar atas ni adalah Kurta Jabar (lengan panjang) dan Kurta Aryan (lengan pendek) iaitu koleksi terbaru untuk Kurta 5 Waktu 2019.
Korang kalau nak datang Butik 5 Waktu kat Bangi ni jangan risau sebab butik ni tak terletak kat kawasan Bangi Sentral yang sentiasa sesak di musim perayaan.
Butik 5 Waktu terletak di Seri Bangi iaitu bersebelahan Restoran RSMY yang popular dengan nan cheese leleh tu… Kawasan sini tak crowded sangat. Memang pilihan lokasi yang tepat.
Untuk tengok koleksi Kurta 5 Waktu korang boleh jengok Facebook Lima Waktu Official atau Instagram @limawaktuhq
BUTIK 5 WAKTU
(Seri Bangi) G10, Jalan 8/35, Seksyen 8,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan
0122828907
Haida says
Memang smart la baju diaorg ni.
Dura Norell says
Wahh, ramainya yang serbu butik..